Friday, January 7, 2011

TIPS PENJAGAAN CONTACT LENS

Hi geng!

Hari ni, aku nak tulis entry yang ringan-ringan. Yang tak menyentuh pasal perasaan. Atau Hati. Harini, lebih spesifikasi kepada mata. Contact lens.

Contact lens ni khususnya, untuk orang-orang yang rabun. Tapi kebanyakan orang-orang sekarang, pakai contact lens untuk bergaya. Ada juga yang pakai untuk rabun dan bergaya. Macam aku. *Ceh.

Sekarang ni, aku tak nak sebut tentang jenis-jenis contact lens. Tapi tentang cara-cara jaga mata kita. Supaya tak infected dengan apa-apa bakteria semasa menggunakan contact lens.


Tips tentang contact lens :
  1. Mahal atau murah bukan masalah untuk beli contact lens. Tapi kualiti dan originaliti kau kene ambil kira.
  2. Pastikan contact lens tersebut buatan Korea atau Japan. Bukan China.


Tips pemakaian contact lens :
  1. Basuh tangan bersih-bersih sebelum memakai atau membuka contact lens.
  2. Dahulukan pakai contact lens sebelum pakai make-up.
  3. Jika anda baru memakai contact lens, di nasihatkan supaya memakai contact lens bersaiz sederhana. Jangan cuba big effect. Diameter 14mm dan ke bawah.
  4. Kalau selepas memakai contact lens anda merasa mata anda tidak selesa, bukak. Mungkin ada habuk di dalamnya. Cuci contact lens tersebut dengan menggunakan cecair contact lens.
  5. Jangan pakai contact lens semasa tidur.
  6. Jangan gosok mata anda kuat-kuat setelah memakai contact lens.
  7. Tempoh masa paling sesuai pakai contact lens ialah 8 jam dan jangan lebih 12 jam.


Tips penjagaan contact lens :
  1. Jangan simpan contact lens anda di dalam tisu, kalau terdesak, simpan di dalam bekas yang berair. Air masak boleh, hanya kalau terdesak. Sebaiknya, cecair contact lens.
  2. Bekas contact lens yang baru hendaklah di rendam dengan air suam sebelum digunakan. 
  3. Sentiasa bawak bekas contact lens anda ke mana-mana.
  4. Pastikan cecair contact lens di dalam bekas contact lens sentiasa bersih dan tiada apa-apa habuk.
  5. Sebaiknya jangan tukar-tukar jenama cecair contact lens.
  6. Jangan cuci contact lens dengan menggunakan air paip.
So far ini je yang aku terpikir, InsyaAllah, kalau ada apa-apa tambahan, aku akan update daripada masa ke semasa. Yang mungkin pakar dalam penggunaan contact lens pun di alu-alukan untuk tambah idea. Ye lah, benda baik, tak salah kita kongsi bersama.

Ye dop?

Bye yahhh !