Sunday, February 13, 2011

REVIEW : TELEMOVIE LA IQRO HA FIDDIN

Hi geng!

Harini aku nak bercerita tentang cerita La Iqro Ha Fiddin. Bermaksud tiada paksaan dalam Islam. Ya, tiada paksaan dalam Islam.

Cerita ni merupakan telemovie Astro Prima yang super awesome! Ya kawan-kawan, super AWESOME!

Cerita ni merupakan cerita cinta. Yang sangat touching. Sangat-sangat okay. Dan aku rasa, boleh bukak sikit minda manusia-manusia yang tertutup tu. Mesej banyak. Sangat banyak. Walaupun aku tak boleh terima ending dia. Hero dia mati. TT. Sedih.

Okay. Sikit synopsis La Iqra Ha Fiddin.

Cerita ni pasal seorang lelaki kristian bernama Edward (Zachery Francis - Xfactor) yang telah jatuh cinta dengan perempuan Islam di Indonesia. Edward decide untuk berkahwin dengan perempuan itu. Sebab di Indonesia ni mereka menghalalkan perkahwinan bukan sesama Islam, family Edward tiada tentangan dengan keputusan Edward.

Malang tidak berbau, sebelum sempat mereka bernikah, perempuan itu kemalangan meninggal dunia.

Edward pun balik ke Malaysia. Edward merupakan seorang doktor. Dan sebab dia tak dapat menyelamatkan girlfriend dia, dia telah bersumpah akan menyelamatkan seberapa banyak nyawa yang dia boleh selagi dia mampu.

Lepas tu, Edward jadi doktor di sebuah perkampungan.

Di perkampungan tersebut Edward terjumpa dengan Nurlia (Syarifah Amani) seorang Ustazah mengajar mengaji. Dia pun jatuh hati dengan Syarifah Amani. <3

Dalam pada masa yang sama, ada satu watak jahat, Fauzi Nawawi yang sentiasa condemn Edward ni. Kononya Edward ni buat ajaran yang sesatlah.

Edward pernah menyatakan feeling dia pada Nurlia. Tetapi Nurlia menolaknya mentah-mentah. Padahal Syarifah Amani suka jugak dengan Edward tu.

Persoalannya. Bagaimanakah Edward mati? Apa terjadi dengan Nurlia? Kenapa Nurlia menolak mentah-mentah cinta dari Edward?

Siapa belum tengok cerita ni angkat tangan cepat!

Okay good. Jangan risau kawan-kawan. Dunia sekarang dah maju. Segalanya di hujung jari jemari anda.

Url untuk watch online La Iqro Ha Fiddin di youtube :
Url untul download telemovie La Iqro Ha Fiddin :

Layan gambar yang aku sendiri dah print screen meh.

Masa ni, Nulia telah menolak cinta Edward. Tu pasal dia nangis tu. Katanya, lima tahun dia dah tutup hati dia untuk bercinta. Tapi bila dia menyatakan hasrat hatinya, dia di tolak mentah-mentah ibarat daging belum dimasak.

Time ni, lepas bapak Nurlia buat pengakuan. Bahawanya Nurlia ada penyakit. Dan time ni, Edward buat perjanjian yang dia akan jaga Nurlia. Serious toucing gila time ni. TT. Dengan lagu background dia lagi. Ya Allah.

Don't cry baby, dont. TT. Aku pulak rasa nak nangis tengok mamat hensem ni nangis.

Ni adalah gambar hasil aku google.


Mesti korang rasa cerita ni berat. Tetiba ada sister segala bagaikan? Tak apa. Watch first. Komen kemudian ya. Dan. Gambar yang belah kanan tu, comelkan? Bagai pinang di belah belah. Nice je aku tengok mereka berdua ni.

Kalau boleh memang aku nak bagi 10 per 10 cerita ni. Memang nice. Tapi sebab dia guna ost lagu Indonesia. Aku tolak setengah. Jadi 9 1/2. Sebab apa aku tolak setengah? Bukan satu? Sebab lagu dia sedih gila. O-amm-jayyyy. Dan sesuai sangat dengan cerita ni. And lagu tu, ada very deep meaning. Ahh, lovelehhh!

Ayushita - Tuhan Beri Aku Cinta

Untuk yang kesekian kalinya. Marilah tengok cerita La Iqro Ha Fiddin ni secara online. Dan sama-sama kita nikmati sebuah kisah cinta yang SUPER AWESOME ni.

Url untuk watch online La Iqro Ha Fiddin di youtube :
Url untul download telemovie La Iqro Ha Fiddin :


Bagi yang tak tahu :
Zack tu, memang bukan Islam. Dia orang Sarawak kalau tak silap. TT. Sedih aku mendengarnya.


2 comments:

  1. blog walking..nice blog btw..kalau free singgah la kat my blog.. didiyanalove.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. after browsing a lot of crappy blogs today, thisone is different!

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap