Sunday, February 20, 2011

REVIEW : TELEMOVIE KASHAF IMANI

Hi geng!

Poster Kashaf Imani - Google

Harini aku pergi tengok telemovie Kashaf Imani. Kawan aku, Nazihah Yaacob yang suruh tengok. Katanya best. Aku ada tengok iklan dia, cuma, aku ada tusyen masa malam Khamis tu. Tak sempat pulak nak tengok. Kebetulan, dekan laman web aku selalu tengok movie, telemovie dan drama tu, ada pulak cerita ni. Terus aku tengok. Layan pelakon-pelakon dia dulu.

Syarifah Amani sebagai Imani dan Beto Khusyairi sebagai Kashaf.
Muka hero dia. Sejap macam vokalis kumpulan Dewa. Kejap macam Rusdi Ramli.

Mak(Normah Damanhuri) dan adik perempuan(Wan Syarmilla-Syamim) Kashaf

Ada lagi a few pelakon. Tapi aku rasa, watak dia kurang penting. Tak ada pun tak apa rasanya. Lagi pun, malas nak print screen time tu. Hehe.

Cerita ni pasal seorang jejaka, Kashaf yang di lahirkan di dalam family yang boleh tahan dahsat. Mak dia pelacur. Family dah porak peranda, apakan anaknya. Ye dak. Tapi Kashaf ni, anak yang baik. Walaupun teghejal-teghejal dia, dia tetap sayang mak dia.

Imani merupakan seorang anak yatim piatu yang duduk dengan neneknya. Dia ada speciabiliy melihat dan bercakap dengan roh. Dalam pada masa yang sama, dia ni menyimpan perasaan dekat Kashaf ni. Selalu jadi stalker dia. Apa-apa je barang Kashaf yang Kashaf buang, dia kutip dan simpan dalam satu tin biskut.

Nak di jadikan cerita, tin biskut tu, sampai ke tangan Kashaf. Tapi sebab Imani ni pemalu, dia pun mendalihkan dia suka Kashaf ni. ^^, Sweet auu part ni!

Pada suatu malam yang suram. Kashaf pun balik ke rumah. Bila dia sampai je di rumah. Mak dia terus tampar dia. Sebab kereta adik dia kena tarik. Kashaf di salahkan sebab tak bayar duit kereta Syamim. Kashaf ni pun melawanlah. Sebab dia kata, dia dah bayar. Lepas tu, terjadi pergaduhan antara anak beranak itu. Mak dia pun apa lagi, halaulah Kashaf keluar dari rumah tu.

Kashaf dengan perasaan bersalah pada mak dia ni, blah lah dari rumah tu. Lepas tu, ada sekumpulan pemuda, telah datang. Dan dia telah di tikam dengan pisau!

Tak ada siapa bantu dia. Lepas dia kena tikam. Dia pun terbaring di atas jalan dengan keadaan berlumuran darah.

Okay dah. Stop. Sampai sini je aku cerita. Malas. Korang tengoklah. Best. Thumbs up astro!

Cerita tak ada. Gambar ada! Banyak tau.

Beto Khusyairi capture from Kashaf Imani.

Beto Khusyairi cry - Captured from Kashaf Imani.
Aku suka tengok laki menangis, comel je.

Teruskan pulak dengan gambar Syarifah Amani kita!

Comel sangat Syarifah Amani dalam cerita ni!


Banyak-banyak gambar, ni paling aku suka.
Comel je diorng ni kan! ^^,

Dialog best dalam cerita ni adalah :

Imani : Awak tak percaya saya?
Kashaf : Tak. *Geleng kepala*
Imani : Asal?!
Kashaf : Sebab awak tipu. *Ketawa*

Okay tu je dah rasanya. Yang pasti, semua boleh tengok cerita ni ramai-ramai. Bagi pengajaran sangat. Cerita pun comel. ^^, Boleh tengok secara online di sini :

Url tonton Kashaf Imani secara online :
http://malaymoviesfull.blogspot.com/2011/02/kashaf-imani.html

Okay, semoga kita semua dapat kesedaran daripadaNya bila melihat telemovie ni!


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap