Sunday, January 23, 2011

PEREMPUAN DAN PERIOD(HAID)

Hi geng!

Kepada yang mindanya belum terbuka, sila bukakan. Jika masih tertutup, disarankan agar jangan membaca. Entry ni menyentuh isu sensetif pasal perempuan. Tapi jangan risau, kalau semua otaknya bersih, tak akan jadi sensetiflah isu ni.

Aku buat khas entry ni untuk lelaki tahu, tapi kalau perempuan nak baca boleh kut. Aku bukan budak Sains Tulen. Aku hanya tulis, berdasarkan pengalaman. Jadi, maafkan aku kalau aku tak dapat bagi alasan yang tepat kenapa berlaku itu. Okay?

Seminggu Sebelum Period.
Biasanya perempuan akan jadi tepat touching. Sikit-sikit merajuk. Marah. Bengang. Nangis tak pasal-pasal. Jadi, hati-hatilah ya. Kalau ter-touchingkan tu, mintak maaflah ya. Benda ni, perempuan pun tak dapat halang. Kan? HEHE.

Dua/Sehari Sebelum Period.
Perempuan akan jadi hyper! Yeah. Dia akan cegas. Bertenaga. Kuat gelak. Ceria. Dan biasanya, dia akan lebih cepat berpeluh.

Hari Pertama/Kedua Period.
Perempuan akan lenguh satu badan. Terutamanya bahagian pinggang ke tapak kaki. Tak kurang juga yang kene period pain. Lutut rasa macam nak tercabut je.

Period Pain.
Period pain ni tak semua orang rasa. Dan bukan setiap kali period perempuan rasa sakit. Cuma ada sesetengah perempuan, yang akan selalu sakit-sakit masa period. Ada je yang tak pernah kena period pain. Biasalah. Kuatkan.

Macam Mana Rasa Sakit Period Pain.
Rasa macam sakit dekat bahagian bawah perut. Di antara perut dan vagina tu. Rasa macam nak tertarik keluar. Lebih spesifikasi. Sakit dekat ari-ari, sebab rasa macam rahim nak terkeluar. Eh? Korang faham kan? HAHA.

Perempuan Period Suka Tidur.
Yup! Sebab letih sebenarnya. Lagi pun asik keluar masuk tandas. Mana tak letih kan? Kaki kebas-kebas je. Lepas tu, perempuan period ni, tak ada komitmen dengan sembahyang lima waktu. Sebab itu, dia suka tidur. Agak je rasanya macam tulah.

So, informasi ni harap boleh fahamkan mana-mana yang korang tak fahamlah ya. Macam yang aku cakap, aku bukan budak sains tulen. Jadi aku tak dapat buktikan benda ni melalui saintifiknya. Cuma aku tulis, berdasarkan pengalaman.

Okay?

Hah, nak macam ni ke kawan? HAHA.

Gambar daripada Tumblr.

Jom main laike-laike :

4 comments:

  1. Ya Allah gambar tu tk boleh blah derr, geli geli Hahaha

    ReplyDelete
  2. nanadd:
    kan! masa mula2 nini tengok pun rasa geli, lama-lama rasa ok je. hehehe

    ReplyDelete
  3. on the other hand, lelaki pun ada sindrom macam ni (cuma takde "pain" tu je). namanya IMS-irritable male syndrome. cuba google :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih for the info! haha :D gmbr tu x boleh blah je XD dia simpan period dia selama setahun? wooo O_O

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap