Saturday, December 31, 2011

IM BACK!

Salam semua.

Kelantan - 2011 December

Finally. Lama saya diam. And now saya kembali dan akan mulakan rutin update blog seperti biasa. So guys, lepas ni rajinlah ke blog saya untuk usha kut-kut ada tiba-tiba entry baru yek?

Tamat sekolah. Esok saya 18. 18 bajek budak besar. Bajek boleh drive kereta. Hehe. Besar dah saya. Dulu masa masuk Form 1 asik fikir je bila nak habis SPM. Now, yes, its over.

Classmates sayang 2011/2012
Percayalah, walaupun kadang-kadang saya ni kawan  yang ter-annoying, saya still sayang dekat korang semua. Isk. Sayang sangat tau. Dua tahun melayari bahtera sekolah bersama, mestilah sayangkan? Mwa mwa. Friendship forever, kahwin jangan lupa jemput kita tau guys.

Entry terakhir untuk tahun 2011,
Moga yang terbaik untuk tahun 2012. Yang terbaik untuk keputusan SPM. Semoga Kau memberkati 17 tahun selama aku hidup. Amin ya Rabb, Amin.

Friday, October 7, 2011

MEN WOMEN, WHO IS THE BETTER DRIVER?

Well actually, soalan ni cikgu aku pernah bagi essay BI. And yes aku tak jawab pun. Aku pilih soalan lain sebab aku pun tak pasti nak jawab apa. Okay, back to the topic.

MEN WOMEN, WHO ARE THE BETTER DRIVER?

Personally jawapan aku men. Why? Sebab daripada apa yang aku nampak, kalau di jalan, lelaki memang lebih cekap daripada wanita. Bukannya aku tak nak sokong jantina aku sendiri. But yeah memang lelaki lebih cekap di jalan.

Somehow, bila aku fikir-fikirkan balik, do really men are the better driver?

Cuba kita fikir. Who usually causes an excident?

Tennenenetentenenenenetententenn. *Sound effect.


Of course le jawapannya men. Statistik pun menunjukan biasanya kalau excident pemandu atau penungganya adalah lelaki. Kalau kita tengok berita dan paper pun biasanya mengatakan kereta yang terlibat dalam kemalangan biasanya di pandu oleh lelaki.

Jaranglah kita dengar perempuan memandu kereta sampai eksident. Kalau eksident pun biasanya tak teruk. Tak sampai membunuh. Eksident yang luka-luka atau rosak-rosak sikit-sikit je.



So now. Do really men are the better driver?

Tennenenetentenenenenetententenntentennntennenenennenetennnnnnnn. *Longer sound effect.

Wednesday, October 5, 2011

PIZZA HUT DAY

Hi guys. This entry should be written last week. But unfortunately I busy sangat, so harini baru dapat update. So here we go.


My bestfriend suddenly teringin nak makan pizza hut and yep we make desicion to have a lunch there. I pun dah lama tak makan pizza, so I just agree with them.


Nazihah kata tak nak minum air pepsi, bergas katanya. Dia order air asam boi. But at last air asam boi pun bergas. Memang kurang ashem.


Pergi Pizza Hut ini memang wajib makan. Mushroom Soup!

Garlic bread oso one of my fav at Pizza Hut! Cicah degan mushroom soup.

Ini volcano apa tah. Mahal. Rasanya biasa-biasa je. So I don't recomandedlah. Kek I buat pun rasanya lebih kurang macam ni je.

Ni boleh tahanlah.

This one katanya pizza baru yang ada 10 lapisan. Tapi very the nipis you. Indah khabar daripada rupa. Sedap, but tak mengenyangkan pun. Langsung.


Berfore makan and after. HEHE. Mesti  nak ada eh?

Overall, I rasa this one is the best Pizza Hut day lah. Sebab makanan tak ada yang lebih. Usually makan Pizza Hut mesti nak ada lebih. Pembaziran. So yang ni memang I kenyang. Oso affordable for a student like me. Hee.

That's all guys. Got to go first!

Thursday, September 29, 2011

QUOTES #004


People are sometimes being so mean and heartless. But to tell the truth, I am not even feel insecure with them. Let them be, because I am me.

Wednesday, September 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY 02#

Infant photos.

Monday, September 26, 2011

Saturday, September 24, 2011

BBQ PARTY FOR KJ's


Hi semua!

Lama dah rasanya tak update blog. Haritu aku dengan classmate aku buat BBQ party dekat rumah Nazihah which is Cikgu Math aku jugaklah. Buat hari Rabu lepas. But seems jadual macam pack, baru ler harini dapat update blog.

So let's make the pictures tell about the event.

Daging

Chikeng
                                                               
Pictures with mates. <3


        
































Daging dijilat api.

Bad habit- Kembangkan lubang hidung

Hungry people

Tiup daging terbakar. HEHE.


Nampak tak sepinggan daging rentung? HEE.


Etinn tyme.

 
Girls Talk. HAHA. Tengah gossiping, time ni.

Act Machos.

Ahaa. Thats all. Havin a really precious time with them. Perut kenyang, hati pun senang. Walaupun, quite a lot of KJs tak dapat join, still fine. Harap best moment macam ni selalu datang. Whee.

Last but not least,

Aha! Salam guys! Also, SELAMAT HARI RAYA. 

Monday, September 5, 2011

HOW TO RELEASE TENSION FOR A FEW HOURS BEFORE SPM TRIAL?

Mula-mula awak, update blog dan nyatakan bagaimana tensyennye awak harini kerana wujudnya hari esok.

Kemudian publish.

Jangan lupa pingkan di facebook, innit dan sebagainya.

Kemudian, online lagi lama-lama. Chatting dengan kawan-kawan yang tak ambil SPM. Jangan chatting dengan yang amik SPM, nanti dia terganggu.

Lepas tu bukak youtube tengok kpop, bieber dll.

Kemudian tidur dengan nyenyak. Senyenyak-nyenyaknye.

Haa, macam tu. Betul macam tu.  Betulah macam tu. Macam tu baru betul.

Okay guys. Amalan ni jangan amalkan. Memang, tak stress pun masa beberapa jam jawab exam. Rasa cool best je. Tapi, masa jawab exam. Ha, tanggung ler kau sendiri.

Okay guys.

I would love to wish all of you guys here who will be taking SPM trial tommorow. Gambateh!

#Entry nasihat untuk diri sendiri.

Sunday, August 21, 2011

CUBA TRY TEST


Haa? Apa macam?
Nama Siti Nurhaliza pun ada dalam google translate tau.
Nama Krisdayanti pun tak dak.
Apatah lagi Kak Pah.
Apalagi, jom google translate nama masing-masing.
Untung-untung ada maksud.

*This is not a joke. Non-edited. Also, you can try it by yourself here http://translate.google.com/

Saturday, August 20, 2011

SOMETIMES, THINGS WILL NOT RUN AS WE HAVE PLANNED

Kadang-kadang banyak benda kita dah aturkan baik-baik. 100% kita workhard. Kita ingat bila workhard semua benda tu sempurnalahkan. Tapi ironinya, semuanya jadi lain. 

Manusia merancang, tapi perancangan Allah lebih sempurna. --Cikgu Kamilah.

Tulah, sedangkan kalau kau usaha 100% pun belum tentu kau dapat hasilnya 100% seperti apa kau nak. Nikan kalau kau datang dengan zero usaha.

Zero bai. 5% tu tak apa le lagi.

Kalau dah usaha 100% tapi apa yang dapat zero, siapa tak sentap? Kalau aku pun bengang apa.

Sedap-sedapkan hati. Allah uji.

Allah won't give you anything you can't handle.

Kalau orang tanya, banyak-banyak benda apa yang paling susah nak di buat dalam dunia ni. Aku pilih muhasabah diri. 

Admit our own mistakes. Feel guilty. Regret. Then ask for the forgiveness.

Memang. Susah sangat weh.

Tapi 17 tahun memang angka yang buat aku jadi matang. Walaupun kadang-kadang aku hyper tak memasal. Aku sedar, nak di bandingkan daripada masa aku 13 tahun, aku sekarang jauh berbeza.  

Alhamdulillah. Dah 17 tahun rupanya aku ni.


Walaupun entry harijadi ni lambat. Bukan lambat. Lambat kuasa dua. Tak apa. Still nak update. Also, thanks for my lovely buddies for the lovely cake. Nazihah, Nas and Megat.

InsyaAllah, kalau ada jodoh, birthday aku yang tahun depan, kita jumpa lagi! Okay? 

Monday, August 15, 2011

I DON'T GET IT WHY 01#

I don't get it why ada a few makcik-makcik yang tarik tangan dia bila kita nak cium.

Seriously. I tak tahu kenapa dia mesti kena tarik tangan dia. Why must she?

It's okaylah if dia kakak-kakak. Umur 30an. I bolehlah terima. Mungkin dia segan nak I salam dia, kan? But when it comes to makcik-makcik yang umur pun lebih tua daripada Mak I. How was it? I pulak yang segan bila dia tarik tangan dia. Lagilah bila I punya hidung dah lebih kurang 2 inch dari belakang tangan dia. Dia tarik sentap kemain. Worst, bila I tersepak dahi I sendiri akibat kerakusan dia nak sentap tangan dia semata-mata nak elakkan I cium tangan dia.

Am I doing wrong?

Atau dia rasa tangan dia bau bawang. Atau tangan dia ada alah tak boleh kena hidung I yang cute ni. Atau yang atau atau yang lain?

Well. It is how I show my respect to oldies.

Heh, takkan tak sudi terima rasa hormat saya pulekkk?

So sad ah gini makcikkkk.

Sunday, August 14, 2011

SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA

13 OGOS 2011

*Entry lambat satu hari.

Aku baru tahu semalam hari kidal sedunia masa online twitter. Time tu jam pukul 11:59 tengah malam. So sad kau. Tak dapat meraikan diri yang kidal ini. Hanya dapat raikan untuk saat-saat terakhir je.

Okay. Aku kidal mungkin di sebabkan genetic mak aku yang kuat dalam badan aku. Ya, mak aku pun kidal. Dalam family, aku dengan mak aku kidal. Kakak aku yang sulung tu aku tak pasti. Macam kidal.

Mula-mula, masa kecik, aku sendiri rasa aku pelik. Lagi bila menulis, siku aku berlaga dengan kawan-kawan yang normal. Tak memasal aku kena marah. Lagilah bila ada cikgu cakap aku tulis pakai tangan tahi. Amboi. Tapi, masa tu aku kecik lagi. Masih belum ngerti apa-apa donk.

Bila aku makin besar. Aku sedar. Menjadi salah seorang daripada 15%  daripada seluruh orang dekat dunia ni memang ajaib. 

Bukan aku sorang je, ramai lagi! Albert Einstein, Henry Ford, Bill Gates, Leonardo da Vincci, Tom Cruise, Nichcol Kidman, Angelina Jolie, Lin Dan, Barrack Obama, Rafael Nadal, Lionel Messi.

Zahiril Adzim pun. Haah. Ye. Dia pun kidal.

Mereka semua, kidal. Well at least I am not alone.

Gara-gara didominasi otak kanan, orang kidal jadi jauh lebih kreatif dibanding orang-orang yang biasa menggunakan tangan kanan. Otak kiri fungsinya mengatur hal-hal yang berhubungan dengan logika, sedangkan otak kanan mengatur hal-hal yang abstrak seperti seni, bahasa, musik dan emosi.

Aku tak cakap eh. Google yang cakap.

Oh ya, Nurul Cakap-Cakap pun kidal rupanya. Dia yang menyedarkan aku tentang hari kidal semalam. Maksud aku, aku baca twitter dia.

Ada juga a few classmate aku yang kidal. Woohooo. Entah. Aku rasa aku surrounded dengan ramai orang kidal. So, being lefthanded it doesn' matter anymore.

Jadi, untuk sesiapa yang kidal. Live your life. It doesn't mean you are wierd. You just unlike any other. And I assume that is unique.

SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA! <3

entry kidal yang paling menarik aku pernah baca :

Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY 01#

My strength and my weakness for the past 2 years. <3

Thursday, August 4, 2011

AIMING


Tiba-tiba gua rasa macam main Blackshot pulak dah. Kerja asik aiming je. Ni dah nak trial ni. Aiming lagi kerja gua. Harap terkena sasaran. 

Bayangkan, ada 10 penjahat dekat satu bangunan. Kalau boleh, memang gua nak bagi sepuluh-sepuluh mati. Tapi gua sedar, skill gua tak kuat. Senjata gua tak hebat. 

Apa yang gua harap, 5 orang mati pun jadilah. Jangan sampai 2-3 orang je yang mati. Nanti gua yang mati, susah beb.

Lagi 5 orang gua nak sekurang-kurangnya dia cedera. Lagi parah, lagi bagus. Tiga koma masuk ICU. Dua lagi tembak kaki cukuplah. Biar dia jalan senget-senget. Comel macam suster ngesot.

Kalau menang, boleh jadi hero. Jadi hero Mak Bapak bangga. <3 Siapa tak suka.

Lepas ni gua tak nak menembaklah, nak cuba memanah pulak. Mana tahu, gua boleh bunuh 8 orang. Bukan je gua boleh jadi hero, legend pun boleh.

Jom sama-sama yang lahir tahun 1994 tu. Kita fight-fight. Jadi legend tahun 2012.

Legend-legend 2012 cewwah.

Wednesday, July 27, 2011

QUESTION & ANSWER


4 days remain till Ramadan 1432H, InsyaAllah.
Sama-sama kita meraikannya ya.

Tuesday, July 26, 2011

MAAP MAAP



So apa plan Nini lepas SPM? 

Sunday, July 24, 2011

SYAFIQ YUSOF

Sebenarnya aku pun tak kenal Syafiq Yusof ni sangat. Tapi haritu aku tengok berita. Budak ni nak buat flem. Macam abang dia. Aku okay je at first. Tapi bila tahu dia baru 18 tahun, rasa macam pelik sikit pun ada. Sebenarnya bukan pelik. Tapi rasa macam perasaan yang pelik. Awkward. Strange. Haaa, fahamkanlah please. Thanks.

Then aku tanyalah abah. Abah kenal ke Syafiq Yusof ni bah? Abah cakap kenal. Patuh abah cakap dia tak hensem macam abang dia. Kira Syamsul Yusof lagi hensemlah. Tu buat aku lagi pandang rendah dekat sikit Syafiq ni. *Sebenarnya boleh tahan banyaklah rendah tu.

Yelah budak 18 tahun nak buat flem. Boleh ke? Aisey mampu ke lu bro? Kira 18 tahun tu line-line umur akulah. Baru  setahun jagung habis SPM. Aku pun 17 kut. Kalau macam ni aku pun nak buat flem. Boleh dapat juta-juta. Ye dak?

Tapi apa boleh buat. Bapak aku Yusof Akmar. Bukan Yusof Haslam. Cewah.

So aku rasa macam money can buy anything. Macam kau ada duit. Semua kau boleh buat. Guna duit untuk beli lagi duit. Hmm. Tapi aku malas nak jadi pasif sangat. Busuk hati dan sebagainya. Itu rezeki diakan? Kita buat hal kita dahlah. Belajar BM BI Agama Math AddMath LK TK Chemistry Physics Sejarah sampai pandai.

Tapi tangan aku ni gatal jugak. Nak google jugak pasal Syafiq ni. Jumpalah twitter. Baca blog. Then bukak youtube channel dia.

Awesome dia ni! Brilliant pun ada. Kira dengan abang dia ni boleh fight-fightlah. Dengan Mr David Teo pun boleh jugak ni.


Haha! Tiba-tiba aku rasa bersalah pulak sebab bagi early judge dekat dia. But at least aku recorrectkan diri aku. Masih tak lambatkan? Hmmm. Well don't judge a book by its cover. Konon selalu sangat pegang ayat ni. Akhirnya makan tuan jugak. Hampeh.


So guys. Pergilah ronda-ronda dekat youtube channel dia. Tak rugi rasanya.

Itu aja quick update daripada aku. Okay bye ^^,


Terima Kasih sebab follow blog ni walaupun lama dah tak update. Thanks. <3

Sunday, June 26, 2011

OHOIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Dah lama tinggalkan ezatulhani.blogspot.com. 

Wrindu nyew titew. Biasalah. Kalau exam week, seminggu dah tinggalkan blog, terus jangkit. Jadi dua minggu. Tiga. Empat. Sampai dah dua bulan rasanya tak update apa-apa.

Tapi follower makin bertambah. Alhamdulillah. ^^,

InsyaAllah, lepas ni aku update selalu. 

Wednesday, April 20, 2011

SINOPSIS PENUH , TRAILER/TEASER, CAST JUVANA TV3

Trailer Juvana
Date and Time on Air :
25 April 2011. Isnin. On tv3. At 9.00 pm.

Cast :
Zahiril Adzim, Bront Palarea, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, Hariry serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.

Sinopsis Penuh :
Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.


Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya? (info: budiey.com)

Personal Opinion :
Kekuatan cerita ni of course terletak pada pelakon bertahi lalat tu. Hee. Mungkin jugak tu sebab aku rajin sangat nak buat sinopsis macam ni. Ceh. Okay. Pada aku. Cerita ni sangatlah berbeza daripada cerita Melayu yang lain. Dan bila baca sinopsis pun, rasa storyline dia menarik. Dan rasa tak sabar sangat dah nak tengok! Kemudia cerita ni akan tunjuk perkara yang kita tak biasa tengok dalam kehidupan sebenar. Tapi sebenarnya dia ada berlaku dalam kehidupan sebenar. Biar mata kita bukak sikit. Lihat dunia. 



Frust, sampai sekarang aku tak tengok lagi Senjakala. Haihh. I'll make sure that I'll catch him that movie. HE HE. 


Sunday, April 17, 2011

NEW BOOKS

Hi geng!

Baru beli tadi. ^^,

Rasanya macam tak pernah aku tulis dekat blog aku ni tentang hobi aku, baca buku bukan fiksyen. Mungkin satu hari nanti aku akan buat satu entry tentang koleksi-koleksi buku yang aku dah ada. Kebanyakkan buku yang aku suka baca adalah buku bukan fiksyen. Tapi, aku baca jugak buku fiksyen.

Genre yang aku suka adalah tentang Men and Women. Cool sangat. Banyak benda yang kita kena baca untuk kenal lelaki dan perempuan sebenarnya. Kalau korang baca, baru korang sedar, betapa coolnya jadi lelaki. Betapa coolnya jadi perempuan. Paling penting, melengkapi satu sama lain.

Nampak macam buku cinta-cinta. Geli geleman. Tapi aku rasa lebih memotivasikan diri kita. In the other hand, dapat jugak perbaiki diri kita dalam perhubungan dan komunikasi sesama manusia. Or kalau korang berfikiran lebih jauh, boleh jugak siapkan diri jadi seorang suami atau isteri yang baik. Tu pun kalau korang berfikiran jauhlahkan. Hehe.

Jadi sekarang aku tengah baca buku yang belah kanan tu. Men are from Mars, Women are from Venus (MAFMWAFV) - John Gray. Lagi satu buku, kakak aku baca.

Aku tahu buku ni lepas baca buku Aku terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga. Penulis buku tu suggestkan untuk baca buku MAFMWAFV. Kebetulan harini baru dapat beli.

Rasa seronok! Sungguh.

Aku baru baca few pages and yes, it was so interesting. Walaupun aku baca sikit. 

Tak pe, nanti aku cuba baca review buku ni dari masa ke semasa.

*Ada orang takut baca buku genre macam ni, konon mat jiwang minah jiwang. Tapi seriously. Trylah baca dulu. Komen kemudian. Bukan nasihat semata-mata dalam buku ni. It is more than that. Knowledgeable sangat okay. Trust me!

And if aku ada future husband, tunang ke, boyfriend ke, I will defenitely hadiahkan buku ni pada ni. HEHE.





Undi kawan saya di link ini!

Saturday, April 16, 2011

JOM UNDI KAWAN-KAWAN SAYA DI DIGI LIVE SEKOLAHKU BERBAKAT

Hi semua!

Minta jasa baik rakan-rakan yang saya sayang, undi kawan-kawan saya yang dah participate DiGi LIVE Sekolahku Berbakat. ^^,

So here we go!

Step 1 :

Step 2 :
Bukak link ini --> http://www.facebook.com/DiGiYouths?sk=app_150023795061167
Sila click kotak yang warna merah tu.

Teruskan dengan click butang Allow.

Step 3 :
Sroll up and down dan cari DiGi Live Sekolahku Berbakat - Soultol Amal. Dan click butang undi!


Okay, once you dah click butang undi, akan ada pop out keluar dan butang undi tersebut akan berubah menjadi Terima Kasih kerana mengundi. Seperti gambar di bawah.


So guys! Jom undi! Setiap undian ada begitu bermakna buat saya dan juga mereka. Boleh ajak kawan-kawan anda untuk undi mereka sekali ya!

Terima Kasih.


Teringat dekat setan kuning DiGi tu. HEHE.

Friday, April 15, 2011

HEADING FOR THE HALF YEAR EXAM ON NEXT MONTH

*At classrom.

09052011-18052011

Masa tarikh ni ,
Betul-betul aku nak buat yang betul-betul.
Sungguh-sungguh aku nak buat yang sungguh-sungguh.
Main main jugak. Tapi result biar power.
HAHA.

Kelakar je aku rasa.
Semangat sungguh nak jawab mid-year ye.
Jom doakan untuk masing-masing? Eh?
<3

Okay dah.

Kenapalah banyak movie best keluar bulan 4 dengan bulan 5 kan? Kan? Dengki je kan ni? Ceh.




Monday, April 11, 2011

WON EXPLORACE 1 MALAYSIA!

Hi geng!

Entry ni sepatutnya ditulis semalam, tapi sebab dah letih sangat, tidur. ZZzzZZzzz.

Okay. Here we go! Aku dengan 11 orang kawan aku participated dalam pertandingan explorace 1 Malaysia yang dianjurkan Persatuan Bahasa Cina sempena Bulan Bahasa. Tapi yang datang ada 10 orang je dan termasuk aku ada 11 oranglah kesemuanya. Walaupun tak cukup sorang, kumpulan aku still havoc gila!

Nama kumpulan GRENADE, amik aura Bruno Mars.

Muka excited sangat sangat!

Lepas tu macam biasa, mulakan dengan doa. Ice breaking. Warm up. Sedikit penerangan tentang game ni. Antaranya adalah, ada 8 station dalam game ni. Dan untuk setiap station, kita akan diberi masa 15 minit untuk menyelesaikan cabaran dan masalah di setiap station. Kalau dapat selesaikan dengan cemerlang, dapatlah markah banyak. Kalau tak dapat selesaikan, dapat sikit je. Dan kita akan tiba di station bersama satu lagi kumpulan yang lain. Kira setiap station akan ada dua kumpulan yang berentap. Kalau kita kalah dengan lawan kita dalam station tu, kita kena denda. Setiap station kita akan berlawan-lawan dengan kumpulan-kumpulan yang lain.

Alhamdulillah, ada 8 station ada satu je yang kitorang kalah. Dendanya adalah, kena pakai LOSER yang ditulis di atas kertas. Dari mula perlawanan, sampai akhir. How sad. Tapi siapa peduli. Sebab at the end, kitorng WINNER! ^^, 

Team members.

 

At the end, Alhamdulillah. Kami menang. <3 Happy and teruja sangat-sangat.

Macam biasa, bila dah menang. Ada je mulut mulut busuk bising bagai. Mungkin, diorng ingat diorang yang akan menang kut. Dah kalah, reject kami. Kata kami LOSER.

Pesanan untuk yang ye ye Kelapa tu :
Eh, what for sayang? Yang kalah tukan kau. It was too obvious. Kita orang dapat 81 points. Diorang dapat 70++ points. Jadi madah nak bising. Lepas tu kata kami loser. Ya Allah, wake up. Padanlah Allah tak nak bagi korang no 1, sebab baru dapat no 2, angkuh macam apa. Tulah, lain kali, masa mula-mula game, jangan nak ye ye kelapa sangat. Macam boleh menang sangat je. Bila macam ni, kerja rejek orang je. Shame-shame lah. Tak sedar diri. Kat rumah dia tak ada cermin agaknya.
Ewyuu, mulut busuk. Yang peliknya, mulut-mulut busuk ni, yang lelaki tau. Pelik.
GEBANG AH KAU LOSER.
*This words for certain people only form that group. Not all of them. ^^,


Okay ah bai semua.


Saturday, April 9, 2011

Thursday, April 7, 2011

MAHA SUCI ALLAH

Seorang bayi yang dilahirkan secara pembedahan telah mengejutkan doktor..
Jantungnya berada diluar..
Subhanallah..
Lokasi Kejadian : di Hospital Sultanah Aminah , Johor Bharu

Hah, hah. Takut tak? Takut tak? Hmm. Terkedu aku. Diam jap.

Ya Allah, mintak mintaklah di jauhkan. Amin.

Jom sama sama kita doa. Jangan bila dah kena batang hidung baru nak tadah tangan. Lambat dah masa tu. Okay?

*Tak pasti dengan kesahihan video tersebut.

Wednesday, April 6, 2011

MUST WATCH : SEKALI LAGI!

TRAILER SEKALI LAGI

Tarikh Tayangan : 10 Jun 2011
Director : Hashim Rejab
Genre : Romantik Komedi
Cast : Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha dan Bront Palarae.

Poster Sekali Lagi
Sinopsis :
Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah lakonan mantap SHAHEIZY SAM, LISA SURIHANI, MIA SARA NASUHA dan BRONT PALARAE di pawag



Bila tengok trailer dia, aku rasa tak sabar betul nak tengok. Rasa cerita ni macam tangkap leleh je. Dah lama rasanya tak feeling-feeling dekat pawagam. Ceh ceh. :P Bila baca sinopsis ringkas movie ni, lagi rasa tak sabar nak tengok. Sebab Shaheizy Sam akan melakonkan watak pesakit autisme. Nak tahu apa itu autisme? Boleh baca di sini : 

Mesti semua dah tak sabar dah kan tunggu 30 Jun 2011? As well as me guys. ^^,

Tuesday, April 5, 2011

ADA LAGI KE?


Kau rasa, wujud lagi tak lelaki macam ni?

Yang sanggup peluk cium mak dia. Depan orang ramai. Sambil disaksikan satu rakyat Malaysia.

Wujud lagi tak lelaki macam ni?

Kalau ada, kabarkan dekat aku.

Boleh buat suami. :P

Sunday, April 3, 2011

ABPBH

Hi semua.

Memandangkan malam ni ada ABPBH, jadi aku tertariklah nak buat target aku. Siapa yang akan menang. Agak takut jugak aku nak target. Nanti tak menang. Malu je. Tapi tak apalah, yang menang diorng. Yang kalah pun diorang. So kita tak payah gelabah-gelabah sangat. HEHE.

Tiga orang yang aku target. Ya, tiga je beb. Tak banyak.

1) Superman. HEHEHE

2) Zizan!!!


3) Eh bukan. Salah. Ni Sam Tsui.

3) Shaheizy Sam!!!

Hah. Itu je rasanya. So macam mana? Tekaan korang sama tak macam aku? Haaa. Apa-apa pun kita tunggu malam ni je lah. Okay guys? Byeee!