Monday, January 31, 2011

CARA NAK PRINT SCREEN

Hi geng!


So, harini aku nak ajarlah cara print screen tu macam mana. Kalau dah tahu, tak apa, diam-diam je okay!

Print Screen tu apa? Print Screen tu adalah untuk tangkap gambar screen kita. Okay, if nak belajar, here we go!
  • Mula-mula buka page yang korang nak print screen tu.
  • Kemudian tengok keyboard korang, ada tak perkataan PrtScSysRq. Haa, sila click!
Fokus pada kotak merah ya.
  • Lepas tu, bukak paint. Paint yang ada dekat start tu.
  • Lastly, tekan Clrt + V.
  • Tadaaa! Jadi tak. Jadi kan?
  • Lepas tu jangan lupa, save ya! 

Mudahkan kawan kawan? Harap tutorial yang ini dapat membantu. Bye-bye ya geng!


Sunday, January 23, 2011

PEREMPUAN DAN PERIOD(HAID)

Hi geng!

Kepada yang mindanya belum terbuka, sila bukakan. Jika masih tertutup, disarankan agar jangan membaca. Entry ni menyentuh isu sensetif pasal perempuan. Tapi jangan risau, kalau semua otaknya bersih, tak akan jadi sensetiflah isu ni.

Aku buat khas entry ni untuk lelaki tahu, tapi kalau perempuan nak baca boleh kut. Aku bukan budak Sains Tulen. Aku hanya tulis, berdasarkan pengalaman. Jadi, maafkan aku kalau aku tak dapat bagi alasan yang tepat kenapa berlaku itu. Okay?

Seminggu Sebelum Period.
Biasanya perempuan akan jadi tepat touching. Sikit-sikit merajuk. Marah. Bengang. Nangis tak pasal-pasal. Jadi, hati-hatilah ya. Kalau ter-touchingkan tu, mintak maaflah ya. Benda ni, perempuan pun tak dapat halang. Kan? HEHE.

Dua/Sehari Sebelum Period.
Perempuan akan jadi hyper! Yeah. Dia akan cegas. Bertenaga. Kuat gelak. Ceria. Dan biasanya, dia akan lebih cepat berpeluh.

Hari Pertama/Kedua Period.
Perempuan akan lenguh satu badan. Terutamanya bahagian pinggang ke tapak kaki. Tak kurang juga yang kene period pain. Lutut rasa macam nak tercabut je.

Period Pain.
Period pain ni tak semua orang rasa. Dan bukan setiap kali period perempuan rasa sakit. Cuma ada sesetengah perempuan, yang akan selalu sakit-sakit masa period. Ada je yang tak pernah kena period pain. Biasalah. Kuatkan.

Macam Mana Rasa Sakit Period Pain.
Rasa macam sakit dekat bahagian bawah perut. Di antara perut dan vagina tu. Rasa macam nak tertarik keluar. Lebih spesifikasi. Sakit dekat ari-ari, sebab rasa macam rahim nak terkeluar. Eh? Korang faham kan? HAHA.

Perempuan Period Suka Tidur.
Yup! Sebab letih sebenarnya. Lagi pun asik keluar masuk tandas. Mana tak letih kan? Kaki kebas-kebas je. Lepas tu, perempuan period ni, tak ada komitmen dengan sembahyang lima waktu. Sebab itu, dia suka tidur. Agak je rasanya macam tulah.

So, informasi ni harap boleh fahamkan mana-mana yang korang tak fahamlah ya. Macam yang aku cakap, aku bukan budak sains tulen. Jadi aku tak dapat buktikan benda ni melalui saintifiknya. Cuma aku tulis, berdasarkan pengalaman.

Okay?

Hah, nak macam ni ke kawan? HAHA.

Gambar daripada Tumblr.

Jom main laike-laike :

Friday, January 7, 2011

TIPS PENJAGAAN CONTACT LENS

Hi geng!

Hari ni, aku nak tulis entry yang ringan-ringan. Yang tak menyentuh pasal perasaan. Atau Hati. Harini, lebih spesifikasi kepada mata. Contact lens.

Contact lens ni khususnya, untuk orang-orang yang rabun. Tapi kebanyakan orang-orang sekarang, pakai contact lens untuk bergaya. Ada juga yang pakai untuk rabun dan bergaya. Macam aku. *Ceh.

Sekarang ni, aku tak nak sebut tentang jenis-jenis contact lens. Tapi tentang cara-cara jaga mata kita. Supaya tak infected dengan apa-apa bakteria semasa menggunakan contact lens.


Tips tentang contact lens :
  1. Mahal atau murah bukan masalah untuk beli contact lens. Tapi kualiti dan originaliti kau kene ambil kira.
  2. Pastikan contact lens tersebut buatan Korea atau Japan. Bukan China.


Tips pemakaian contact lens :
  1. Basuh tangan bersih-bersih sebelum memakai atau membuka contact lens.
  2. Dahulukan pakai contact lens sebelum pakai make-up.
  3. Jika anda baru memakai contact lens, di nasihatkan supaya memakai contact lens bersaiz sederhana. Jangan cuba big effect. Diameter 14mm dan ke bawah.
  4. Kalau selepas memakai contact lens anda merasa mata anda tidak selesa, bukak. Mungkin ada habuk di dalamnya. Cuci contact lens tersebut dengan menggunakan cecair contact lens.
  5. Jangan pakai contact lens semasa tidur.
  6. Jangan gosok mata anda kuat-kuat setelah memakai contact lens.
  7. Tempoh masa paling sesuai pakai contact lens ialah 8 jam dan jangan lebih 12 jam.


Tips penjagaan contact lens :
  1. Jangan simpan contact lens anda di dalam tisu, kalau terdesak, simpan di dalam bekas yang berair. Air masak boleh, hanya kalau terdesak. Sebaiknya, cecair contact lens.
  2. Bekas contact lens yang baru hendaklah di rendam dengan air suam sebelum digunakan. 
  3. Sentiasa bawak bekas contact lens anda ke mana-mana.
  4. Pastikan cecair contact lens di dalam bekas contact lens sentiasa bersih dan tiada apa-apa habuk.
  5. Sebaiknya jangan tukar-tukar jenama cecair contact lens.
  6. Jangan cuci contact lens dengan menggunakan air paip.
So far ini je yang aku terpikir, InsyaAllah, kalau ada apa-apa tambahan, aku akan update daripada masa ke semasa. Yang mungkin pakar dalam penggunaan contact lens pun di alu-alukan untuk tambah idea. Ye lah, benda baik, tak salah kita kongsi bersama.

Ye dop?

Bye yahhh !