Wednesday, April 20, 2011

SINOPSIS PENUH , TRAILER/TEASER, CAST JUVANA TV3

Trailer Juvana
Date and Time on Air :
25 April 2011. Isnin. On tv3. At 9.00 pm.

Cast :
Zahiril Adzim, Bront Palarea, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, Hariry serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.

Sinopsis Penuh :
Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.


Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya? (info: budiey.com)

Personal Opinion :
Kekuatan cerita ni of course terletak pada pelakon bertahi lalat tu. Hee. Mungkin jugak tu sebab aku rajin sangat nak buat sinopsis macam ni. Ceh. Okay. Pada aku. Cerita ni sangatlah berbeza daripada cerita Melayu yang lain. Dan bila baca sinopsis pun, rasa storyline dia menarik. Dan rasa tak sabar sangat dah nak tengok! Kemudia cerita ni akan tunjuk perkara yang kita tak biasa tengok dalam kehidupan sebenar. Tapi sebenarnya dia ada berlaku dalam kehidupan sebenar. Biar mata kita bukak sikit. Lihat dunia. 



Frust, sampai sekarang aku tak tengok lagi Senjakala. Haihh. I'll make sure that I'll catch him that movie. HE HE. 


Sunday, April 17, 2011

NEW BOOKS

Hi geng!

Baru beli tadi. ^^,

Rasanya macam tak pernah aku tulis dekat blog aku ni tentang hobi aku, baca buku bukan fiksyen. Mungkin satu hari nanti aku akan buat satu entry tentang koleksi-koleksi buku yang aku dah ada. Kebanyakkan buku yang aku suka baca adalah buku bukan fiksyen. Tapi, aku baca jugak buku fiksyen.

Genre yang aku suka adalah tentang Men and Women. Cool sangat. Banyak benda yang kita kena baca untuk kenal lelaki dan perempuan sebenarnya. Kalau korang baca, baru korang sedar, betapa coolnya jadi lelaki. Betapa coolnya jadi perempuan. Paling penting, melengkapi satu sama lain.

Nampak macam buku cinta-cinta. Geli geleman. Tapi aku rasa lebih memotivasikan diri kita. In the other hand, dapat jugak perbaiki diri kita dalam perhubungan dan komunikasi sesama manusia. Or kalau korang berfikiran lebih jauh, boleh jugak siapkan diri jadi seorang suami atau isteri yang baik. Tu pun kalau korang berfikiran jauhlahkan. Hehe.

Jadi sekarang aku tengah baca buku yang belah kanan tu. Men are from Mars, Women are from Venus (MAFMWAFV) - John Gray. Lagi satu buku, kakak aku baca.

Aku tahu buku ni lepas baca buku Aku terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga. Penulis buku tu suggestkan untuk baca buku MAFMWAFV. Kebetulan harini baru dapat beli.

Rasa seronok! Sungguh.

Aku baru baca few pages and yes, it was so interesting. Walaupun aku baca sikit. 

Tak pe, nanti aku cuba baca review buku ni dari masa ke semasa.

*Ada orang takut baca buku genre macam ni, konon mat jiwang minah jiwang. Tapi seriously. Trylah baca dulu. Komen kemudian. Bukan nasihat semata-mata dalam buku ni. It is more than that. Knowledgeable sangat okay. Trust me!

And if aku ada future husband, tunang ke, boyfriend ke, I will defenitely hadiahkan buku ni pada ni. HEHE.





Undi kawan saya di link ini!

Saturday, April 16, 2011

JOM UNDI KAWAN-KAWAN SAYA DI DIGI LIVE SEKOLAHKU BERBAKAT

Hi semua!

Minta jasa baik rakan-rakan yang saya sayang, undi kawan-kawan saya yang dah participate DiGi LIVE Sekolahku Berbakat. ^^,

So here we go!

Step 1 :

Step 2 :
Bukak link ini --> http://www.facebook.com/DiGiYouths?sk=app_150023795061167
Sila click kotak yang warna merah tu.

Teruskan dengan click butang Allow.

Step 3 :
Sroll up and down dan cari DiGi Live Sekolahku Berbakat - Soultol Amal. Dan click butang undi!


Okay, once you dah click butang undi, akan ada pop out keluar dan butang undi tersebut akan berubah menjadi Terima Kasih kerana mengundi. Seperti gambar di bawah.


So guys! Jom undi! Setiap undian ada begitu bermakna buat saya dan juga mereka. Boleh ajak kawan-kawan anda untuk undi mereka sekali ya!

Terima Kasih.


Teringat dekat setan kuning DiGi tu. HEHE.

Friday, April 15, 2011

HEADING FOR THE HALF YEAR EXAM ON NEXT MONTH

*At classrom.

09052011-18052011

Masa tarikh ni ,
Betul-betul aku nak buat yang betul-betul.
Sungguh-sungguh aku nak buat yang sungguh-sungguh.
Main main jugak. Tapi result biar power.
HAHA.

Kelakar je aku rasa.
Semangat sungguh nak jawab mid-year ye.
Jom doakan untuk masing-masing? Eh?
<3

Okay dah.

Kenapalah banyak movie best keluar bulan 4 dengan bulan 5 kan? Kan? Dengki je kan ni? Ceh.




Monday, April 11, 2011

WON EXPLORACE 1 MALAYSIA!

Hi geng!

Entry ni sepatutnya ditulis semalam, tapi sebab dah letih sangat, tidur. ZZzzZZzzz.

Okay. Here we go! Aku dengan 11 orang kawan aku participated dalam pertandingan explorace 1 Malaysia yang dianjurkan Persatuan Bahasa Cina sempena Bulan Bahasa. Tapi yang datang ada 10 orang je dan termasuk aku ada 11 oranglah kesemuanya. Walaupun tak cukup sorang, kumpulan aku still havoc gila!

Nama kumpulan GRENADE, amik aura Bruno Mars.

Muka excited sangat sangat!

Lepas tu macam biasa, mulakan dengan doa. Ice breaking. Warm up. Sedikit penerangan tentang game ni. Antaranya adalah, ada 8 station dalam game ni. Dan untuk setiap station, kita akan diberi masa 15 minit untuk menyelesaikan cabaran dan masalah di setiap station. Kalau dapat selesaikan dengan cemerlang, dapatlah markah banyak. Kalau tak dapat selesaikan, dapat sikit je. Dan kita akan tiba di station bersama satu lagi kumpulan yang lain. Kira setiap station akan ada dua kumpulan yang berentap. Kalau kita kalah dengan lawan kita dalam station tu, kita kena denda. Setiap station kita akan berlawan-lawan dengan kumpulan-kumpulan yang lain.

Alhamdulillah, ada 8 station ada satu je yang kitorang kalah. Dendanya adalah, kena pakai LOSER yang ditulis di atas kertas. Dari mula perlawanan, sampai akhir. How sad. Tapi siapa peduli. Sebab at the end, kitorng WINNER! ^^, 

Team members.

 

At the end, Alhamdulillah. Kami menang. <3 Happy and teruja sangat-sangat.

Macam biasa, bila dah menang. Ada je mulut mulut busuk bising bagai. Mungkin, diorng ingat diorang yang akan menang kut. Dah kalah, reject kami. Kata kami LOSER.

Pesanan untuk yang ye ye Kelapa tu :
Eh, what for sayang? Yang kalah tukan kau. It was too obvious. Kita orang dapat 81 points. Diorang dapat 70++ points. Jadi madah nak bising. Lepas tu kata kami loser. Ya Allah, wake up. Padanlah Allah tak nak bagi korang no 1, sebab baru dapat no 2, angkuh macam apa. Tulah, lain kali, masa mula-mula game, jangan nak ye ye kelapa sangat. Macam boleh menang sangat je. Bila macam ni, kerja rejek orang je. Shame-shame lah. Tak sedar diri. Kat rumah dia tak ada cermin agaknya.
Ewyuu, mulut busuk. Yang peliknya, mulut-mulut busuk ni, yang lelaki tau. Pelik.
GEBANG AH KAU LOSER.
*This words for certain people only form that group. Not all of them. ^^,


Okay ah bai semua.


Saturday, April 9, 2011

Thursday, April 7, 2011

MAHA SUCI ALLAH

Seorang bayi yang dilahirkan secara pembedahan telah mengejutkan doktor..
Jantungnya berada diluar..
Subhanallah..
Lokasi Kejadian : di Hospital Sultanah Aminah , Johor Bharu

Hah, hah. Takut tak? Takut tak? Hmm. Terkedu aku. Diam jap.

Ya Allah, mintak mintaklah di jauhkan. Amin.

Jom sama sama kita doa. Jangan bila dah kena batang hidung baru nak tadah tangan. Lambat dah masa tu. Okay?

*Tak pasti dengan kesahihan video tersebut.

Wednesday, April 6, 2011

MUST WATCH : SEKALI LAGI!

TRAILER SEKALI LAGI

Tarikh Tayangan : 10 Jun 2011
Director : Hashim Rejab
Genre : Romantik Komedi
Cast : Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha dan Bront Palarae.

Poster Sekali Lagi
Sinopsis :
Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah lakonan mantap SHAHEIZY SAM, LISA SURIHANI, MIA SARA NASUHA dan BRONT PALARAE di pawag



Bila tengok trailer dia, aku rasa tak sabar betul nak tengok. Rasa cerita ni macam tangkap leleh je. Dah lama rasanya tak feeling-feeling dekat pawagam. Ceh ceh. :P Bila baca sinopsis ringkas movie ni, lagi rasa tak sabar nak tengok. Sebab Shaheizy Sam akan melakonkan watak pesakit autisme. Nak tahu apa itu autisme? Boleh baca di sini : 

Mesti semua dah tak sabar dah kan tunggu 30 Jun 2011? As well as me guys. ^^,

Tuesday, April 5, 2011

ADA LAGI KE?


Kau rasa, wujud lagi tak lelaki macam ni?

Yang sanggup peluk cium mak dia. Depan orang ramai. Sambil disaksikan satu rakyat Malaysia.

Wujud lagi tak lelaki macam ni?

Kalau ada, kabarkan dekat aku.

Boleh buat suami. :P

Sunday, April 3, 2011

ABPBH

Hi semua.

Memandangkan malam ni ada ABPBH, jadi aku tertariklah nak buat target aku. Siapa yang akan menang. Agak takut jugak aku nak target. Nanti tak menang. Malu je. Tapi tak apalah, yang menang diorng. Yang kalah pun diorang. So kita tak payah gelabah-gelabah sangat. HEHE.

Tiga orang yang aku target. Ya, tiga je beb. Tak banyak.

1) Superman. HEHEHE

2) Zizan!!!


3) Eh bukan. Salah. Ni Sam Tsui.

3) Shaheizy Sam!!!

Hah. Itu je rasanya. So macam mana? Tekaan korang sama tak macam aku? Haaa. Apa-apa pun kita tunggu malam ni je lah. Okay guys? Byeee!

Saturday, April 2, 2011

VOICE OF AN ANGLE

I believe that this person is born with talent.

In music the passion enjoy themselves.

And yes, I just love you , the way you are.

Oh ya. You have such a preety colgate smile. I don't lie.

Sam's drawing.
You good at drawing too. Am I right?

Hi Sam Tsui, is there anything about you bad at?

*Bajek macam dia baca blog gua je. HEHE. Heh, apelah.

Apa-apa pun, awesome ah mamat shoghe ni.