Thursday, December 30, 2010

PROMOTE CONTACT LENS

Hi geng!

Cerita pasal contactlens, sejak aku darjah 6 aku dah berjinak-jinak dengan contactlens. Sebab kakak aku pakai. Mama pun pakai. Jadi aku pun terpengaruh. Tapi, aku hanya pakai contact lens yang colourless. Dan ya, inilah pertama kali aku membeli contactlens berwarna. Woo hooo!

Tadi baru je aku selesai buat online business. Ahh, teruja. Beli apa? Contact lenslah. Kenapa? Murah sangat, beli 1 pasang contact lens geo super series, dapat free lagi 1 pasang contact lens geo nudy blue, per order. Hoi, untung tuu!! Tak ada lagi dah sale macam tu lagi.

RM30
RM30
RM30

RM30 boleh dapat dua contact lens! Huyyohhhh!

Kira macam buy one free one lah. Per Order tapi!

Okay, okay. Tak ada gambar memang susah, meh aku tunjuk gambar sikit! 

Ini adalah pilihan yang korang boleh buat untuk geo super series :
Green, Brown, Blue and Grey adalah antara contact lens yang korang boleh pilih. 
14.8 mm saiznya.

Lepas pilih, order lah dekat Tuan Taukeh! PM inbox dia macam ini :
NAMA:
ADDRESS:
HP NO:
LENS:
POWER:

Selepas mengorder, dia akan bagi tahu cara-cara mentransfer duit. No account dan segala bagai yang berkaitan.

Selain itu, dia juga akan memberitahu bahawasanya korang akan menerima contact lens percuma yaitu contactlens di bawah. Taaa daaaa!
Geo Nudy Blue!
14.8 mm saiznya.

Comiey tak? Comiey tak? Huk Huk. Comiey kan? Bagi anda yang rabun, jangan risau, ada di sediakan contact lens yang ber-power okay. 

And jangan risau, Taukeh Blog ni memang peramah. Layanan first class! Aku tanya soalan semua dia jawab dengan sabar. So memang berbaloi-baloilah wa cakap luu!


Hah, apa lagi. Lai lai cepat order, kang stock habis melepas pulaks!


Susah ke pakai contact lens : Mula-mula susah. Lama-lama, memang kalau dah hebat rasa cool. Macam pro jek! Bweh!

CONTEST GAMBAR KENANGAN SEKOLAH DULU-DULU 03#

Hi geng!

Jadi ni contest ketiga aku. Hee. Rajinkan aku join contest sejak akhir-akhir ni? Contest menarik, apalagi, join jelahkan. Bukan rugi pun. Tak kene tabur duit pun.


Kalau baca tajuk entry pun mesti dah tahukan apa yang pertandingan ni mahukan? Gambar sekolah. Jadi, apalagi. Layanlah gambar sekolah aku ni. Untuk pengetahun korang, aku guna gambar ni untuk pertandingan senyuman manis yang pernah aku join sebelum ni. Tapi tak bernasib baik. Apa salahnya untuk pertandingan ni pulakan?

So, tada!!!

Nama Sekolah : Sekolah Menengah Taman Desa Skudai <3
Trivia Menarik Tentang Gambar : Di ambil pada tahun 2009. Aku yang belah kanan sekali. Masa ni, ada Hari Kokorikulum dekat sekolah. Jadi, ada jual-jual sikitlah kan. Aku ingat lagi, time ni dah nak balik dah. Gerai-gerai pun dah nak tutup, tiba-tiba muncul satu abang datang, cakap dia nak habiskan jualan kek coklat ni. RM2 sebungkus. Siap letak chocolate melt lagi atas dia. Kitorng terus beli carik tempat duduk dan makan. Tengah makan, Cikgu Hunaidi pulak datang terus tangkap gambar kitorng. Hihi. Tu jelah ceritanya.

Hee, harap-harap ada luck. Weeeeee!!!!!!!

Eh sebelum terlupa, bagi siapa nak join pertandingan ni, boleh click sini. Jangan lewat, sebelum 11 Januari 2011 tau!

CONTEST CANDID ITU CUN LAA / JOM JOIN CONTEST TYQAA WANDERLAND 04/05#

Hi geng!

Hari ni saya nak buat kerja gila. Masuk dua contest dalam satu blog.

Sebab kedua-dua pertandingan ni merupakan pertandingan gambar candid, jadi saya rasa, apaadahal kalau sekalikan je. Harap juri tak marah. Kalau tak boleh, tak apa, bagitahu. Nanti saya spratekan eh. Hikhik.

Terima Kasih dekat Imah juga Chaa yang dah tag saya untuk join pertandingan ni. So far petandingan ke empat dan kelima saya. Amacam, nampak rakus tak?

Banner contest dari Cik Dila(Klik).


Banner contest dari Cik Tyqa(Klik).


Last but not least, gambar candid yang saya nak pertaruhkan adalah berbentuk :









Kapsyen : I dont have eating skills.
*Matan stawbelly detat kemelen hailen cicah honey dennan krimmerr.

Agak-agak cukup candid tak gambar ni?

Yang di tag adalah :
Wawa
Imah 
Chaa



*Kalau tak menang anggap aku tayang gambar ajalah. Okay?


Wednesday, December 29, 2010

WE WON AND WE DESERVE!

EDITED: Fans Khairul Fahmi di facebook hampir ke angka 100K. Hanya kurang dalam masa 24 jam sahaja. Whoop whoop!



Hi geng!

Firstly, aku nak cakap tahniah untuk skuad bola sepak Malaysia.

Dan penghargaan harus aku berikan untuk goalkeeper Malaysia yang memang cekap sangat! Isk. Sampai dekat twitter pun jadi TT. Muka pun boleh tahankan? Tak lama lagi memang toplah dia. 


Sampaikan orang Indonesia puji Khairul Fahmi tu. Di sebabkan ketangkasan dia. Bangga betul aku dengan kualiti permainan dia! Nah hamik kau.


Dan untuk Safee, lu pun hebat bro! Gua tak nafikan. Kalau tak, mana boleh menang penyumbang goal terbanyakkan?

Ahh, semuanya hebat-hebat belaka. Tak tahu aku nak cakap apa.

Rajagobal pun sama okay. Nice work!

Sekarang fans Khairul Fahmi dekat facebook naik dengan mendadak ye. Tambah tak henti-henti. Setiap lagi refresh wall dia, ada je wall post baru. Dulu aku like dia, fans ada 30 ribu je tak silap. Ke 15 ribu. Sekarang, 77 ribu. Tak lama lagi 100 ribu. Wait and see!
*Saja nak cakap : Khairul Fahmi ada awek dah. Melepaslah korang, aku pun.

Btw, Rio Ferdinand puji pemain bolak sepak kita ah!


Cuma aku pelik, kenapa Malaysia pakai baju biru? Bukan kuning? Kuningkan lagi macho!

Tak sabar tunggu paper besok! Ahhhhhh~

*Lepas ni Dato Rajagobal, Dato Khairul Fahmi dan Dato Safee!



Spread the love between Malaysian and Indonesian <3

PEMIKIRAN KELAS KETIGA

Hi geng!

Aku benci betul baca paper sejak akhir-akhir ni. Macam-macam tuduhan liar diorng bagi dekat Malaysia. Kalau aku nak tulis, mahu muak orang baca blog aku. Jadi aku stop nak cerita pasal bola. Kalau aku cerita, buat hati aku jadi busuk. Membenci orang yang tak pernah-pernah mahu berhenti. Tolonglah.

Orang kata perasaan marah jangan layan sangat. Sabar sahajalahkan? Dok canang itu, dok canang ini dah tak guna, Malaysia dah menang. Malam ni kan ada, tunggu je boleh tak? Boleh tak? Yang kau rakus sangat pahal? Macam kau yang main bola!

Also,

Dalam game, tak ada alasan. Yang ada cuma dua. Menang atau Kalah. And the best man will win. Lelaki Malaysia memang the best. Sebab tu tak ada pemain import.

Ye dak? *Tiru style ZA

Ini game bola. Bukan game politik. Tahu bezakan bukan?

Aku? Kenapa aku dok bengang sangat ni? Sebab ni haa :

Dah dah. Semua istighfar ya anak-anak. Jangan layankan sangat perasaan marah tu. Kita sabar sama-sama tau. Kita menang ke, kalah ke malam ni, lain cerita. Yang penting, kita sayang Malaysia kita. <3

*HAHA, kawan -kawan aku cakap aku taksub bola dah. Eh?

Kalau di takdirkan Malaysia kalah malam ni, aku mungkin kecewa, tapi tak apa. Malaysia banyak lagi ahli-ahli sukan yang boleh tahan hebat macam badminton dengan skuasy. 

Kan?

Wuu wuu wuu. Apa-apa pun, tahniah Malaysia!

Monday, December 27, 2010

MURAH SANGAT PUN SUSAH OKAY

Hi geng!

Terutamanya awek cun dekat luar sana. Aku tengok, sekarang, macam trend, couple clash, couple clash, couple clash, couple clash, couple clash, couple clash, couple clash, couple clash, couple clash.....
*Penat copy paste

Best ke? Saja tanya, sebab aku tak pernah rasa.

Dah couple clash, lepastu boyfriend tukar-tukar. Ada je pakwe backup dia. Pelik juga aku tengok. Terpikir juga aku, korang ni, memang mudah sangat ke jatuh cinta. Atau couple tu cuma title bagi korang. Kononya single tak macho. Ada pakwe baru brann. Boleh bawak jalan-jalan. Bekepit duapulohimpat jam sehari.

Ada boyfriend buat kite rasa selamat. Nanti malam-malam boleh gayut-gayut. Pergi wayang dia belanja. Makan pun dia belanja. Bila rindu main msg. Takada topup, dia topupkan. Hidup bahagia, macam dekat syurga!

Jadi istilah boyfriend patut di tukar kepada kuli? Okay okay bodyguardlah, sopan sikit.

Walaupunlah korang ni cun, lawa, educated, malatops, hot, tapi agak-agaklahkan. Takkanlah lelaki usha maut sikit terus nak cair. Make it harderlah sayang. Bukan nak suruh jual mahal, cuma nak suruh korang memilih. Bukan asal boleh. Lagi pun,

If he really into you, he won't give up. And If he give up, he's not really into you. Leave him, he's not even worth to be yours.

Aku tahulah sekarang ni tengah ENDYEAR. Tapi takkan korang nak buat 'cheap sale' pulak. Atau, nanti dah naik sekolah, nak buat promosi besar-besaran? Junksale may be? Isk, wake up sayang.

Cinta amat berharga bagi orang-orang yang tahu menghargainya.

Bukan ayat aku, ayat cikgu aku. Yang masih sampai sekarang aku pegang. Tapi bila aku tengok, diorng dah jadi heartless. Siapa-siapa saja boleh diorng panggil 'sayang'. Siapa-siapa saja boleh diorng cakap 'I love You'. Betul-betul love ke? Betul-betul sayang ke? Atau cuma status?

Orang ada blog kau nak ada blog. Orang ada facebook kau nak ada facebook. Orang punya pacar kau nak jugak? Okay nak sangat, nah hamiklah. Sebesar kuman pun saya tak heran.

Lagipun, single tak mati pun. Aku pernah cuba. Dan sedang. 

*Heh, tak ada niat nak promote diri.

Sunday, December 26, 2010

TAHNIAH HARIMAU MUDA AHUMM!! (3-0)

Hi geng!

Dua tiga harimau berlari,
Mana nak sama si garuda helang,
Kalau mahu lawan mari sini,
Nanti kena cakar berbelang-belang.
*Bukan pantun aku

Cewah cewah. Alhamdulilah, thanks Allah. Betul-betul terharu ni. 3-0. Bertubi-tubi. Senyum sampai telinga je aku tengok diorng main. Sebelum ni aku tak pernah tengok bola sampai 90 minit. Biasanya, tukar-tukar tengok tv lain. Tak pun, tunggu result esok. Tapi kali ni, korbankan 90++ minit aku dekat depan tv. Memang berbaloi-baloi!

Tapi aku nak tetap complaint, pasai apa diorng duk suluh laser-laser hijau tu. Isk. Sedih je aku tengok. Tapi no offence kalau Indonesia cakap dia kalah hanya sebab laser?

Walhal masa player Malaysia shoot bola tak ada pun kelibat laser-laser hijau. Ke ada, aku yang tak nampak? Lagipun ada tambahan masakan? Kalau Indonesia betul-betul hebat, at least ada satu goalkan? Ni? Okay okay. Ada a few Indonesian mungkin akan baca entry ni. Dah jangan duk lebih-lebih Nini. Kang. Heheh.

Still aku nak mintak maaflah andai laser tu telah membuatkan Indonesia kalah. Tak apa, masih ada baki 90 minit. Masih boleh betulkan apa yang salah. Masih boleh. Kalau betul Indonesia hebat, okay ada masa 90 minit lagi. Belum sepenuhnya kalahkan?

And one more, pemain Malaysia tak main tipulah. Yang suluh laser-laser tu penonton. Jangan salahkan pemain okay. HIKHIK.

Bangga betul aku tengok yang duk jaga goal Malaysia tu. Apa? Yelah. Khairul Fahmi. Lebih dikenali sebagai Apex. Ehem. Ehem. Hensem juga dia tu aku tengok. Amboi.

Insya Allah, Malaysia akan menang Piala Suzuki pada tahun 2010.

Last game dekat Indonesia. I hope everything will be fine!

Apa-apa pun, stay cool ye semua.

^^,

Layankan video ni dulu okay!

MALAYSIA VS INDONESIA

Malaysia tolong menang eh?

Hi geng!

Wa die hard fans Malaysia. Bak kata orang putih kipas mati susah. Wa memang jarang layan bola sebelum ni. Tapi semenjak dua menjak ni, bola macam dah darah daging gua pulak. Isk eksaited betul.

Bila tahu Malaysia akan lawan Indonesia dalam Final Piala Suzuki wa jadi dedoo semacam. Isk macam wa yang main tau. Betul ni. Apa macam nak layan kegelabahan gua?

Kalau ikutkan hati gua yang dah tereksited ni, nak je wa beli baju kuning hitam tu. Patuh layan bola dekat Stadium Bukit Jalil. Sorak-sorak go Malaysia go Malaysia go! Tapi wa tahan-tahan jelah ke-eksaited-an gua ni Gua istighfar banyak-banyak. Nanti kalau diorng menang, isk memang gua beli!

Bepore

Apter

Hah apa macam, jeles tak? Jeles? Apalagi tukarlah juga.



Gua dah like dah!

Ni pun sama wa like!

Setakat ni wa masih dalam nak ingat-ingat ah player Malaysia. Yang gua ingat Apex Goalkeeper tu je. Yang lain, kembar dua comel tu. Yang comel-comel je wa ingat. Wa selow sikit bab ngapal ni. Tetap wa akan cuba sedaya upaya nanti. Tapi Rajagobal wa ingat. Cuma dia tak ada facebook je. Isk sayang.

Wa memang menaruh harapan Malaysia akan menang. Kalau kalah. Isk. 

So wa ada pesanan, apa kata lu orang tukar default facebook korang kepada gambar baju ni. Baru kasi semangat sikit an. Berkobar-kobar. Lu orang copy paste je gambar ni. Wa tak kisah. Boleh je nak right-hand-click. Save photo as. Dan sebagainya.

Mari kita sama-sama doakan pemain kita ya?

^^,

Btw, lagu ni khas untuk pemain Malaysia kita. Ikhlas daripada hati aku :



Nota Kaki : Kalau gambar kecik clicklah untuk saiz lebih besar. Takkan nak cakap lagi. :P Semua pandai sekarang. Gila IT!

Saturday, December 25, 2010

KENDURI KAHWIN DAY!

Hi geng!

Sekarang musim orang kahwin ni. Perut aku pun berselera terima makanan. Isk non-stop. Lagilah kalau pergi kenduri yang undang sambal pun ada. Kambing golek. Tak kurang dengan ketupat rendang semua ada. Rojak petis. Cendol. Kuih. Buah. Nasi beriani memang aku dah tak pandang dah.

Ya Allah, berlipat ni dah perut aku. Macam ibu bersalin.

Sebenarnya aku main webcam tadi. Saja bosan tunggu abang siap tadi. Lama betul. So nak show off sikit gambar. Uhuk Uhuk!

Pipi debab macam biasa. Ehe.

Sa Nyum, tak perlu kata apa-apa.

Kerutkan hidung. Kau boleh ke? HIKHIK.

Macam semut eh? Foinelah. No badis perfet.

Gigi memang tak straight. Lekak lekuk. Isk. Tapi tak gay eh.

Amboi mata. oo Hidung apatah lagi.





Last but not least,



Eleh gedik. Pleaselah Nini. Wkakakaka.

Janganlah marah-marah sangat aku gedik-gedik ni. Tahun depan SPM, insyaAllah tak ada macam ni lagi. HAHA. Letak gambar buku-buku je.

Nota Kaki : Happy Chirstmast day untuk siapa yang menyambutnya. Yang tak sambut jangan ngada-ngada nak celebrate eh. Dan tahniah untuk pemenang anugerah skrin okay!

Friday, December 24, 2010

AGAK AGAK BOLEH TAK?

Kalau kau tak anggap hati aku hati manusia, boleh tak aku nak anggap hati kau hati binatang? Lepas tuh

Aku cincang , sampai lumat.

Aku goreng , sampai garing.

Aku bakar , sampai hangus.

Aku rebus , sampai cair.





Atau tak pun aku makan mentah-mentah.

Agak-agak boleh tak?

Thursday, December 23, 2010

REVIEW : FILEM AKU MASIH DARA

Hi geng!


Aku Masih Dara. Betul lah, tak tipu.

Heh, tengok dulu baru komen okay. Cerita ni memang aku akui, agak panas. Tengok poster pun dah tahu. Apa lagi kalau kau tengok trailer. Memang dahsat. Aku tengok pun segan je wei. Tapi macam biasa, ada baik, ada buruk. Ada pro, ada kontra. So pada aku cerita ni cool! Nak tahu sebab apa? Sebab biasanya, bila aku tengok trailer sesuatu cerita, otak aku akan cepat merangka cerita ni. Bila tengok wayang, apa yang aku rangka lebih kurang 80% akan sama dengan cerita asal. Tapi bila aku tengok cerita asalnya, aku rasa 60% je sama dengan apa yang aku rangka. Apa yang aku cuba sampaikan, cerita ni bukan stereotype dengan cerita-cerita Melayu yang lain.

Betul ni aku tak tipu. *Berapa kali betul dan tak tipu nih.

Aku tengok cerita ni dekat Skudai Prade. Macam biasa, dengan Tuan Sponser Tiket Wayang, kakak aku. Dan yang lebih menarik, Mama pun ikut sekali. Layankan jelah menantu dia belakon dalam cerita tu. Asyraff Muslim eh, bukan Farid Kamil.

Okay mungkin ada yang terpersan. Babak di mana Asyraff Muslim ikut pergi pub tu. Dan aku pun ada terperasan, ada orang kutuk-kutuk babak tu. Tapi aku tengok, okay je. Tak ada cacat cela dengan babak tu. Dan sebenarnya, Asyraff Muslim, bukan sengaja nak ikut diorng pergi pub tu. Dia tak tahu pun mereka akan ke pub. Lagi pun, okay apa buat dakwah dekat pub. Maksud aku, rata-rata orang kita pikir, orang warak sesuai di masjid. Berdakwah dekat situ. Padahal dah tentu dekat masjid kebanyakkannya orang alim-alim. Jadi, kalau berdakwah dekat pub pun not bad lah. Walaupun tak berapa masuk akal. Lagi pun, tak semestinya orang dekat pub tak ada rasa nak berubah.

Favourite scene aku adalah masa Asyraff Muslim kena tetak. Nampak real. Macam betul-betul kena tetak. Macam dia pernah rasa sakit kena tetak. Favourite scence aku yang kedua adalah masa.. Okay tak ada.. Satu je ada.

Cuma yang aku rebel masa tengok cerita tu, asal watak jahat dia nama Hani? Asal? Hah? Isk, discrimination betul. Rasa teranianya.

Tapi, untuk menggalakkan korang tengok cerita ni dekat wayang, aku tak yakin sangatlah. Takat beli cd tengok dekat rumah okaylah. Kira bukan-wajib-tonton. Tapi, kalau korang ada disease, die-hard-fans-asyraffmuslim, okay wajib-tonton.

Jap, nak show off gambar boleh? Okay thnks.

Muka excited eh nak pergi tengok Asraff Muslim. Wkakaka.

Show off tiket :P Truth, contact lens aku terkoyak, kena pakai cermin mata. Demi Abang Asyraff tersayang, apa-apa pun boleh.



Mula-mula ingat nak letak 7 gambar. Tapi tak jadi ah. Kang ada yang tak boleh tidur malam ni. Isk.

HAHA. Okaylah. Bye bye!!


*Tahniah untuk adik adik yang cermerlang PMR.


Wednesday, December 22, 2010

HANI(TV3) VS 1 LITRE OF TEARS(JEPUN)


Hi geng!

Jadi harini aku nak cerita sikit pasal drama tv3 dalam slot Lestari tajuk Ezatul Hani. Malam tadi pukul 9 malam sampai 10 malam. Tengok tak? Lah apasal tak tengok. Rugi. HAHA. Bukan senang nak tengok aku belakon. Hee hee.

Cuma aku terperasan sikit, cerita tu macam lebih kurang dengan cerita 1 litre of trears. Okay mula-mula meh layan sinopsis kedua dua cerita tersebut. Bagi clear sikit! Klik link di bawah ya!

Bagi yang tak tahu, cerita 1 litre of tears ni base on true story. Cerita ni memang takat sedih yang aku tak boleh cakap. Seriously. Aku nangis memang tak henti-henti tengok cerita ni. Kalau tengok, mesti nak ada kotak tisu. Baik laki. Mahu pun perempuan. Kalau tengok cerita ni mesti nangislah punya! Aku pun tak ingat berapa litre tears aku dah nangis. Isk memang sedih gila. Sambil gigit-gigit bantal aku tengok. And aku rasa, cerita ni MEMANG-WAJIB-TONTON. 

Okay, jadi antara perasamaan kedua-dua cerita di atas adalah :
  1. Situasi cerita di mana budak-budak sekolah yang sedang ghairah berlumba-lumba menggapai cita-cita sambil mengejar cinta.
  2. Heroin di gambarkan seorang yang ceria dan Happy-Go-Lucky.
  3. Heroin sangat aktif dalam sukan. Sampai mewakili sekolah.
  4. Heroin ada penyakit yang akan membuatkan mana-mana pancainderanya gagal berfungsi dengan baik.
  5. Penyakit heroin akan memberi kesan sehingga heroin tak boleh aktif sukan lagi.
  6. Ibu heroin pernah/sedang menjadi seorang jururawat
  7. Ibu heroin merupakan orang yang mula sedar tentang penyakit heroin dan sedaya upaya cari cara untuk memulihkan anaknya.
  8. Heroin ada dua orang kawan rapat.
  9. Keluarga heroin sangat prihatin dan mengambil berat tentang keadaan heroin.
  10. Hero di gambarkan sebagai budak yang pelik dan sombong.
  11. Bapa hero seorang doktor.
  12. Hero mempunyai satu rahsia bahawa dia mempunyai abang yang sudah meninggal dunia.
  13. Sejak kematian abangnya, dia menjadi pendiam dan kurang bercakap.
  14. Hero tidak suka profession seorang doktor kerana bapanya seorang doktor tapi tidak mampu menyelamatkan abangnya.
  15. Hero sangat membenci bapaknya dan selalu menyalahkan bapaknya atas kematian abangnya.
  16. Hero suka ikan.
  17. Hero tiada adik beradik lain selain arwah abangnya yang sangat disayanginya.
  18. Kalau dalam drama 1 litre of tears, hero suka binatang jadi dia join Kelab Biologi. Dia luangkan banyak masa di Makmal Biologi. Tapi, dalam drama Hani, hero suka membaca jadi dia join pustakawan. Dia habiskan banyak masa dekat perpustakaan.

Okay, setakat ini itu jelah yang dapat aku cakap. Lagipun aku baru tengok cerita Hani sampai episod 3. Tak banyak sangat yang aku tahu pasal cerita ni. Cuma aku nak tanya, persamaan ni, suratan atau kebetulan? Okaylah aku anggap kebetulan. Kang blog aku kena gam susah juga. Apa-apa pun, aku tetap layan cerita tu.

Eh eh, hero cerita Hani tu hemsem jugakan? HAHA.

Lagi satu, tahun depan aku pun nak SPM. Nama aku pun Hani. Wkakakakakaka. Apa kata tahun depan pun ada budak baru masuk sekolah aku. Yang hemsem hemsem jugalah.



Tapi aku taknaklah ada penyakit tu. :/

Isk Nini kuat berangan. Istighfar banyak-banyak.


Nota Kaki : Good Luck untuk semua adik-adik yang bakal amik result PMR esok. Have fun and good luck. Apa-apa pun jangan bunuh diri. Akak taknak esok keluar paper cakap ada yang mati sebab frust dengan result dia. Okay?
*Bapak poyo. HAHA

Tuesday, December 21, 2010

JENIS JENIS BLOG/BLOGGER/ENTRY YANG AKU KURANG GEMAR

Hi geng!

Macam biasa, ada suka, ada benci. Tak ada niat nak perli siapa-siapa. Aku just tulis apa yang aku rasa. Hee, mungkin ada sesetengah yang tak setuju, tak apalah. Ni cuma pendapat aku.

1) Pop-Up/Alert
Bila kita buka blog seseorang, dia akan keluarkan alert. Ada tu satu je. Ada tu dua. Ada tu sampai tiga, empat, lima. Isk. Menyampah. Sampai ada yang siap suruh tulis nama dulu, baru boleh baca blog dia. Gambarajah di bawah sedia membantu tahap kefahaman anda :

2) Berbahasa Gedik
IteW tAk ChEwkEW dEWnGAn OwANg yAnG ChEwkEW MenulisHH Entewy dIeww dEWnGAn bAhAWSEW maCaM nieWh. Isk, MencIEW bEtul arhh tItEW. --"

3) Kuat Mencarut
Ini serius, aku betul-betul tak suka orang mencarut dekat blog dia. Lagilah menggunakat carutan-yang-ekstrim(Yang berkaitan dengan tubuh badan manusia. Lelaki mahupun wanita). Geng, tak kan tak cukup kut kau mencarut dekat perkataan sampai dekat tulisan pun kau nak bantai? Tahan-tahan bro amarah lu.

4) Kuat Politik
Okay. Ini aku akui, ada orang yang suka. Ada yang tidak. Tapi secara peribadinya, aku kurang suka. Tapi yang suka, tak apa, boleh teruskan. Aku tak ada masalah.

5) Terlalu Banyak Gadget
Gadget memang comel, tapi awas, boleh membunuh. Aku tak suka blog yang banyakkkk sangattttt gadjet sampai nak loading bukak blog dia amik masa yang lama. Sampaikan, windows jadi stuck. Isk, lepas tu taubat, terus taknak bukak blog dia lagi.

6) I dah follow you, Follow Me Back Please :P
Kurang gemar. Tapi, masih boleh di terima. Kalau boleh, elak-elakkanlah eh. Sebab, nampak sangat korang menulis untuk followers. Bukan sebab passion. ^^, Lagi pun, nampak desprate je. Takkan nak di cop sebagai minah or mamat despratekan? Heeeee.

7) Mat/Minah Salleh Celup
Ada sesetengah orang yang suka tulis entry dalam Bahasa English. Biasalah, baru macho. Tapi, macho ke-ape-nye kalau English broken? Tapi okay juga kalau English broken, at least boleh jadi bahan hiburan aku di masa aku stress. Heee. Kan?

8) Hardcore/Screamo/Metal Songs
Letak lagu dekat page memang tak salah. Cool juga. Kadang-kadang menghiburkan aku. Tapi kalau lagu hardcore, screamo or metal. Isk. Lagilah kalau lagu tu auto-play. Mau tak bingit telinga aku mendengarnya.

9) Disable Right Hand Click
Ini annoying gila!(pada aku) Ya mungkin dia nak tambah tahap ke-sekuriti-an blog dia. Tapi berpada-padalah kan? Sebab orang guna right hand click ni bukan tujuan copy paste je. Kadang-kadang, dia nak bukak mana-mana link yang ada pada page korang pada new tabs. Jadi bila korang disablekan right hand click, lecehlah bagi visitor korang untuk bukak mana-mana link pada page korang tanpa tutup blog korang.

10) Hi nama saya anonymous!
Kepada blogwalker yang rajin menjadi anon, hentikanlah. Lepas tu, hentam-hentam blog orang. Tak berfaedah punlah. Betul ni. Tak tipu.


Okay setakat ni, itu jelah yang dapat aku listkan. Macam aku cakap, ini secara peribadi. Jangan ambil hati sangat. Pendapat masing-masing berbeza-beza. Kan kan?

Monday, December 20, 2010

HEADER BARU!

Hai geng!

Harini aku rasa teruja sangat-sangat. Kenapa tah, mood editblog jadi mengganas. Tertekan agaknya tengok blog orang lain yang comel-loteh tu. Ada tu siap bersalji-salji lagi. Isk memang lovely!

Sebelum ni aku memang tak ada header. Pernahlah berangan nak ada header-header comel macam Hanis Zalikha tu, tapi apa boleh buat.

Kreativiti aku = Zero

Yang ni aku buat, bolehlah. Sedap mata memandang cukuplahkan?


1) Gambar Peace (Y)
Tak ada agenda lain selain nak tanyang tuan punya blog punya muka. Paling susah sekali nak siapkan gambar tu. Sebab kene tukar background dia jadi putih. Sorrylah, aku buat tak berapa smooth. Aku mana biasa buat macam tu.

2) Domo-Kun
Nak ikutkan. Aku tak adalah into Domo sangat. Cuma aku rasa, macam comel je kalau letak dia dekat header. Hee, saja tambahkan garam secukup rasa. Apasalahnya.

3) Kim Bum
Kalau Domo garam, Kim Bum kira gula. HAHA. Aku memang into Kim Bum. Tak boleh nak buat apalahkan. Kebetulan, terjumpa gambar Kim Bum yang background dia putih. Apalagi!

4) Icon Laman Sosial
Ajinamoto pulak. Mula-mula aku ingat nak letak icon facebook, formspring, blogspot, twitter, youtube dan tumblr je. Sebab tu je yang aku ada. Lastly, terjumpa pulak gambar tu. Rasa cool pulak. HEHE. Terus save, letak dekat header.

5) <3 <3 <3 Welcome
Aku lukis sendiri tu. Tanda menghargai brader-brader hensem, sister-sister cun yang datang blog aku. Terima Kasih. Allah sahaja dapat membalas semuanya.

6) Ezatul Hani/www.ezatulhani.blogspot.com
Alang-alang dah promote muka, promotelah nama blog dengan url blog sekali. Untung-untung, visitor or newcomers boleh datang lagi. Hihihihi.

7) Pencils Colour
Last touch-up nak bagi header nampak colourful sikit. 

So, tu jelah nak kongsi. HAA. Lupa, aku buat ni semua guna paint dengan photoscape je. Yelah, tak percaya tak apa. Sebab, aku bukan lagi photoshop user. Sebab laptop format dan photoshop software hilang. Jadi aku manfaatkan apa yang ada jelah.

Harap-harap, dengan kehadiran header yang comel, tu dapatlah aku pulihkan semangat blogging aku yang dah lama tak ada. HEHE. Okay, bye!

Sunday, December 19, 2010

CONTEST PEACE 02#

Hi Geng!


Ini adalah contest kedua aku. Sebelum ni, aku join contest senyuman maneh. Tak menang pun. Mungkin tak ada rezeki. Tapi semangat nak masuk contest memang berkobar-kobar. Fuh. 

Aku tak di tag pun sebenarnya. Tapi, ternampak contest ni, dekat blog kawan aku. Rasa macam cool je. So aku decidelah untuk join. Kebetulan, aku ni gila peace! Serious. Nak bukti? Nah hamik kau :




HAHA. Terbukti aku suka peace. Tapi, ni bukan gambar yang aku nak pertaruhkan. Tu gambar showoff je. HEE. Jadi tanpa melengah-lengahkan masa, nilah gambar yang aku pertaruhkan. Jeng jeng jeng.




Aku harap ada lucklah gambar ni. Amin. Saje letak gedabak sikit. :P

Jadi kawan, kalau nak join game ni, boleh CLICK SINI! Boleh baca syarat-syarat pertandingan okay.

Dan yang ditag adalah :



Kalau nak join, jangan lupa tarikh tutup 1 Jan 2011.


So apalagi? Jom ber-peace. Wkakaka.

Friday, December 17, 2010

KETUK-KETUK

Write Entry ,  Save to Draft , Delete Post
Sengeh. Tak apa, esok tulis lagi.

Esok ...
Write Entry ,  Save to Draft , Delete Post

End up dengan tulis entry ni. HAHA.

Online sambil kening berkerut-kerut. Rasa nak cantumkan je kening ni. Dah active formspring balik. Twitter pun sama. Wkakaka. Bosan dah layan FB memanjang. 

Blogspot dah lama terbiar. Dah lebih sebulan ni. Ommo!

Banyak masa terbuang aku dok goyang kaki tak buat apa-apa. Ni lah aku paling benci bila school holiday panjangggggggggggggggggg~~~~

Life getting bored day by day. I miss my school already. Tired of sitting in front of the lappy all the time. Watching tv is not fun anymore. I want homeworks.
*No jokes

Yang penting wa nak tengok itu Aku Masih Dara. Anyone? Wa nak tengok itu Asrap Muslim belakon. Wa jatuh hati dekat dia. Wa wa wa wakakakakakakakak