Monday, June 28, 2010

Brengset

Rebel.

Aku tengok orang sekeliling aku. Diam aku mengeluh. Kenapalah macam ni wei?

Kau ingat, bila kau banyak bake-up kau betullah? Wei, dah salah mengaku jelah kesalahan. Mungkin malu untuk mengaku kesalahan, tapi dosa beb kalau kau tak betulkan apa yg betul. 

Kau ia-kan apa yang salah. Kau nafikan apa yg betul. Orang pandang kau baik. Orang pandang kau mulialah kononnya. Kau tak sedar, lawan kau lagi mulia. 

Kau carik beribu-ribu orang, sokong kau. Lambung kau. Julang kau. Puaskan? Kau pemenang. YEAH. Lawan kau kena maki, kena keji tak ada sesiapa yang nak tolong. Kau senyum lagi, berdekak, puas. Peduli apa jadi dekat lawan kau, asal kau yakin kaulah sang penegak keadilan. Tuihhhh! Hipokrit loe!

Tergedik menyebarkan cerita kononnya si A musnahkan hidup kau. Rosakkan reputasi kau. Jatuhkan karier kau. Wow, habis tu, apa yang kau sedang buat sekarang? Oh, cananglah lagi cerita palsu tu. Ayuh. Bestkan?

Lawan kau diam. Cool sahaja. Bukan mengalah, tapi malas. Malas nak layan kau. Dia pura-pura tak mahu amik peduli. Dia ingat lama-lama benda ni diam. Senyap.

Dia silap. Kau pijak lagi kepala dia. YAHOO! HOORAY. Kau betul-betul dekat bahagian paling atas. Kau manusia tak pernah faham maksud puas. Rakus ya kau kejar nama?

Lawan kau senyum, pelan-pelan dia cakap:
'Tahniah. Kau menang. Aku harap, lepas ini kau akan berubah. Jadilah macam seseorang yang aku pernah kenal. Sungguh, aku teringin nak jadi bestfriend kau lagi, macam dulu.'

Musuh tak semestinya jahat. Musuh sedarkan kekurangan kau. Jujur, aku rela banyak musuh, sekurang-kurangnya aku tahu ada benda pasal aku yg perlu di ubah. Dari kalau ada kawan, berdamping ada alasan. 

Entry hari ini dramatik. Kan?








ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
28/06/2010 jam 6:36petang waktu tempatan

Tuesday, June 22, 2010

DIGI MAXIS HOTLINK XPAX CELCOM UMOBILE?


Haha, aku amik test ni dekat facebook. Jawapan aku Digi. Kenapa aku tak suka Digi? Sebab dia ada setan kuning.

Cuma sekarang aku conpius, maxis dengan hotlink ada beza ea?
Celcom dengan Xpax ada beza ea?

Almaklumlah, tuan hamba tak pakai phone, manalah tahu pasal benda-benda macam ni. HEHE.

Saja buat entry ringan-ringan. Idea kurang laaa ^^,

Ada sesiapa nak ajar saya subjek fizik, BTW?

22/06/2010 jam 9:26malam waktu tempatan
ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada

Sunday, June 20, 2010

exam

Aku memang sekarang semakin kental. Mungkin aku fikir jawab exam macam lukis gambar penyu agaknya. Buku? Tah ke mana- mana. Takut? Aku tak takut. Kenapa entah.

Mood aku jawab exam macam makan mee sup ais. Kosong. Mungkin masa PMR, aku dah muak exam. Muak aku telan macam-macam formula mathematic. Fakta sains. Sejarah. Mungkin.

Muak aku kaji segala-mala novel, pantun, sajak dan cerpen. Muak dah.




=.="




BTW, ni perkara terbodoh yang pernah aku jumpa. Erkk, disgusting.




ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
20/06/2010 jam 8:26malam waktu tempatan

Thursday, June 10, 2010

Macam Macam

Haha. Macam-macam yang aku buat sejak akhir-akhir ni. Cool. Tengok wayang dengan kawan-kawan, makan-makan, tengok wayang lagi, makan lagi then karoke. HAHA.

Happy gila kut. Biasalah, dah lama tak seharuk ni. 

Mula-mula aku ingat nak buat review pasal dua movie yang aku tengok. 'Kecoh Betul' dengan 'Lagenda Budak Setan'. Tapi aku cancelled laa. Sebab filem 'Kecoh Betul' tu poyo je. Entah la. Bak kata kawan aku 'Aku tak faham kenapa tajuk dia kecoh betul. Tak ada kene mengena langsung.' Then yang pasal cerita 'Lagenda Budak Setan' pulak, ramai yang dah tulis review pasal cerita ni, so aku macam malas nak tulis.

Apa-apa pon, aku rasa cerita 'Lagenda Budak Setan' to cool. So, bolehlah kalau korang nak tengok. Cuma ada sikit-sikit aku rasa cerita tu mengarut ah. HAHA. Then cerita tu laju, mungkin sebab dia adaptasi dari nove yang tebal, tapi cerita hanya dua jam je. Sebab tu lah cerita tu macam rushing je aku tengok. 

Haha. See, aku gelak lagi. YEAH YEAH. 





ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada 
10/06/2010 jam 1:56malam waktu tempatan

Sunday, June 6, 2010

10 perkara yang blogger tak tahu pasal aku

Okay, mula-mula aku nak ulas pasal lagu dekat page aku ni. HEHE. Bestkan? First time aku dengar lagu ni, aku dah rasa sedap. So, aku pon decide-lah nak letak lagu ni dekat blog aku. Harap, korang pon rasa bestlahkan mendengar lagu ni.

*Masa aku tulis entry ni, aku tengah dengar lagu ni. HEE. Saja nak amik feel.
  1. Aku rabun jauh. Power 3.00 kiri dan kanan.
  2. Aku tak pakai handphone.
  3. Aku tak ada boyfriend.
  4. Aku bukan musahakah.
  5. Aku suka tengok cerita korea.
  6. Aku mula meminati subjek sejarah.
  7. Aku tak pernah lulus subjek fizik setakat ni.
  8. Aku makan semua jenis sayur.
  9. Aku suka menyanyi.
  10. Aku punya hari jadi hari ni.





Ohh ya, Ezatul Hani. SELAMAT ULANG TAHUN. Kau dah 16 tahun, berhenti jadi perempuan, sekarang masa jadi gadis.


ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
6/06/2010 jam 11:33malam waktu tempatan



Thursday, June 3, 2010

BILA KAU BOLEH PUAS?

Bila ada orang pandai kau kata,
"Dia pandai, bolehlah. Aku ni mana pandai."
Bila ada orang bodoh kau kata,
"Dia dahlah bodoh, belajar malas pula tu!"
Bila ada orang cantik kau kata,
"Dia kaya, kalau aku kaya mesti aku lawa macam dia"
Bila ada orang hodoh kau kata,
"Dia dahlah hodoh, perangai buruk lagi!"

Apa? Tak habis-habis kau nak condemn orang. Bagus mana kau? Hebat mana kau?


*Atas sekadar mukadimah, cerita sebenar di bawah.

Bukan aku nak rendah-rendahkan bangsa Melayu, tapi serious, Melayu busuk hati. Aku pernah ada bestfriends orang cina, diorang sikit pon tak busuk hati.

Masa bulan puasa, budak cina sikit pon tak tunjukkan aku air. Walaupun air hanya masak yang langsung tak buatkan aku terliur. Melayu? Dahlah tak puasa, pastuh makan belakang surau. Apakah?

Aku puasa, budak Cina kesian tengok aku puasa. Diorang tanya. Aku lapar tak. Aku cakap tak apa, aku dah biasa. Then diorang bawakkan aku Twistis. Balut macam hadiah birthday. Diorang kata nanti makan masa buka puasa. Kalau tak Twistis, coklat Cadbury.

Selalu sangat aku dengar. Budak-budak kutuk-kutuk orang Cina, sebab orang cina makan khinzir. Apa ni? Agama diorang dah macam tu, buat apa pertikaikan? Orang Melayu? Tiap-tiap hari buang anak. Kau pernah ke dengar cerita seorang wanita berbangsa Cina di tangkap atas kesalahan menanam anak hidup-hidup?

Budak Cina hormat aku sebagai orang Islam. Tak pernah diorang ajak aku jangan pakai tudung. Tak pernah diorang suruh aku makan benda-benda tak halal. Tapi, cuba kau pegi pub, penuh orang Melayu teguk arak dengan bangganya.


Tak payahlah kita nak cakap itu. Nak cakap ini. Kita jagalah diri kita sendiri. Kalau kita rosak, jangan salahkan orang lain yang mempengaruhi kita. Salahkanlah diri kita, sebab kita yang tak pandai jaga diri sendiri sebenarnya.



ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada

3/06/2010 jam 5:33petang waktu tempatan