Hi geng!
Hari ni, aku nak tulis entry yang ringan-ringan. Yang tak menyentuh pasal perasaan. Atau Hati. Harini, lebih spesifikasi kepada mata. Contact lens.
Contact lens ni khususnya, untuk orang-orang yang rabun. Tapi kebanyakan orang-orang sekarang, pakai contact lens untuk bergaya. Ada juga yang pakai untuk rabun dan bergaya. Macam aku. *Ceh.
Sekarang ni, aku tak nak sebut tentang jenis-jenis contact lens. Tapi tentang cara-cara jaga mata kita. Supaya tak infected dengan apa-apa bakteria semasa menggunakan contact lens.
Tips tentang contact lens :
- Mahal atau murah bukan masalah untuk beli contact lens. Tapi kualiti dan originaliti kau kene ambil kira.
- Pastikan contact lens tersebut buatan Korea atau Japan. Bukan China.
Tips pemakaian contact lens :
- Basuh tangan bersih-bersih sebelum memakai atau membuka contact lens.
- Dahulukan pakai contact lens sebelum pakai make-up.
- Jika anda baru memakai contact lens, di nasihatkan supaya memakai contact lens bersaiz sederhana. Jangan cuba big effect. Diameter 14mm dan ke bawah.
- Kalau selepas memakai contact lens anda merasa mata anda tidak selesa, bukak. Mungkin ada habuk di dalamnya. Cuci contact lens tersebut dengan menggunakan cecair contact lens.
- Jangan pakai contact lens semasa tidur.
- Jangan gosok mata anda kuat-kuat setelah memakai contact lens.
- Tempoh masa paling sesuai pakai contact lens ialah 8 jam dan jangan lebih 12 jam.
Tips penjagaan contact lens :
- Jangan simpan contact lens anda di dalam tisu, kalau terdesak, simpan di dalam bekas yang berair. Air masak boleh, hanya kalau terdesak. Sebaiknya, cecair contact lens.
- Bekas contact lens yang baru hendaklah di rendam dengan air suam sebelum digunakan.
- Sentiasa bawak bekas contact lens anda ke mana-mana.
- Pastikan cecair contact lens di dalam bekas contact lens sentiasa bersih dan tiada apa-apa habuk.
- Sebaiknya jangan tukar-tukar jenama cecair contact lens.
- Jangan cuci contact lens dengan menggunakan air paip.
So far ini je yang aku terpikir, InsyaAllah, kalau ada apa-apa tambahan, aku akan update daripada masa ke semasa. Yang mungkin pakar dalam penggunaan contact lens pun di alu-alukan untuk tambah idea. Ye lah, benda baik, tak salah kita kongsi bersama.
Ye dop?
Bye yahhh !