Tuesday, June 19, 2012

MACAM DAH BUNTU

Buntu tu macam blur. Dalam keadaan kaki tangan kau kebas kena aircond, kau duduk depat PC library ni, kau duk ketuk ketuk pak puk pak puk pak puk keyboard depan ni, bila agak kau dah puas..... kau tekan Backspace lama lama.

Aik? Padam balik ke kak?

Macam serba tak kena.

Kau nak tulis. Ada dah idea ni, macam best je ni kalau tulis, tapi bila dah tulis.....

Mak aihhh. Macam mengarut aje.

Sejak aku dah jadi student Universiti ni, aku selalu baca balik apa aku tulis. Maksud aku, sebelum aku publish, aku baca banyak banyak. Ulang-ulang. Aku rasa macam, eh pahal aku childish ni? You are no longer school student la.

Jap aku sengih.

Eh macamlah dah besaq sangat.

Aku cuma tak nak jadi childish sangat dah. Pelan pelan nak jadi dewasa sikit. Muahahahah. Cliche nya. Benci pulak aku baca tulisan sendiri. Haha.

Dah lah, at least aku cuba kan?





Lepas ni tak ada entry dah pasal celebriti crush. 





Ala kata dah nak jadi dewasa.


Haha. Kamon la Nini.

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap