Sunday, August 14, 2011

SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA

13 OGOS 2011

*Entry lambat satu hari.

Aku baru tahu semalam hari kidal sedunia masa online twitter. Time tu jam pukul 11:59 tengah malam. So sad kau. Tak dapat meraikan diri yang kidal ini. Hanya dapat raikan untuk saat-saat terakhir je.

Okay. Aku kidal mungkin di sebabkan genetic mak aku yang kuat dalam badan aku. Ya, mak aku pun kidal. Dalam family, aku dengan mak aku kidal. Kakak aku yang sulung tu aku tak pasti. Macam kidal.

Mula-mula, masa kecik, aku sendiri rasa aku pelik. Lagi bila menulis, siku aku berlaga dengan kawan-kawan yang normal. Tak memasal aku kena marah. Lagilah bila ada cikgu cakap aku tulis pakai tangan tahi. Amboi. Tapi, masa tu aku kecik lagi. Masih belum ngerti apa-apa donk.

Bila aku makin besar. Aku sedar. Menjadi salah seorang daripada 15%  daripada seluruh orang dekat dunia ni memang ajaib. 

Bukan aku sorang je, ramai lagi! Albert Einstein, Henry Ford, Bill Gates, Leonardo da Vincci, Tom Cruise, Nichcol Kidman, Angelina Jolie, Lin Dan, Barrack Obama, Rafael Nadal, Lionel Messi.

Zahiril Adzim pun. Haah. Ye. Dia pun kidal.

Mereka semua, kidal. Well at least I am not alone.

Gara-gara didominasi otak kanan, orang kidal jadi jauh lebih kreatif dibanding orang-orang yang biasa menggunakan tangan kanan. Otak kiri fungsinya mengatur hal-hal yang berhubungan dengan logika, sedangkan otak kanan mengatur hal-hal yang abstrak seperti seni, bahasa, musik dan emosi.

Aku tak cakap eh. Google yang cakap.

Oh ya, Nurul Cakap-Cakap pun kidal rupanya. Dia yang menyedarkan aku tentang hari kidal semalam. Maksud aku, aku baca twitter dia.

Ada juga a few classmate aku yang kidal. Woohooo. Entah. Aku rasa aku surrounded dengan ramai orang kidal. So, being lefthanded it doesn' matter anymore.

Jadi, untuk sesiapa yang kidal. Live your life. It doesn't mean you are wierd. You just unlike any other. And I assume that is unique.

SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA! <3

entry kidal yang paling menarik aku pernah baca :

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap