Sunday, August 21, 2011

CUBA TRY TEST


Haa? Apa macam?
Nama Siti Nurhaliza pun ada dalam google translate tau.
Nama Krisdayanti pun tak dak.
Apatah lagi Kak Pah.
Apalagi, jom google translate nama masing-masing.
Untung-untung ada maksud.

*This is not a joke. Non-edited. Also, you can try it by yourself here http://translate.google.com/

Saturday, August 20, 2011

SOMETIMES, THINGS WILL NOT RUN AS WE HAVE PLANNED

Kadang-kadang banyak benda kita dah aturkan baik-baik. 100% kita workhard. Kita ingat bila workhard semua benda tu sempurnalahkan. Tapi ironinya, semuanya jadi lain. 

Manusia merancang, tapi perancangan Allah lebih sempurna. --Cikgu Kamilah.

Tulah, sedangkan kalau kau usaha 100% pun belum tentu kau dapat hasilnya 100% seperti apa kau nak. Nikan kalau kau datang dengan zero usaha.

Zero bai. 5% tu tak apa le lagi.

Kalau dah usaha 100% tapi apa yang dapat zero, siapa tak sentap? Kalau aku pun bengang apa.

Sedap-sedapkan hati. Allah uji.

Allah won't give you anything you can't handle.

Kalau orang tanya, banyak-banyak benda apa yang paling susah nak di buat dalam dunia ni. Aku pilih muhasabah diri. 

Admit our own mistakes. Feel guilty. Regret. Then ask for the forgiveness.

Memang. Susah sangat weh.

Tapi 17 tahun memang angka yang buat aku jadi matang. Walaupun kadang-kadang aku hyper tak memasal. Aku sedar, nak di bandingkan daripada masa aku 13 tahun, aku sekarang jauh berbeza.  

Alhamdulillah. Dah 17 tahun rupanya aku ni.


Walaupun entry harijadi ni lambat. Bukan lambat. Lambat kuasa dua. Tak apa. Still nak update. Also, thanks for my lovely buddies for the lovely cake. Nazihah, Nas and Megat.

InsyaAllah, kalau ada jodoh, birthday aku yang tahun depan, kita jumpa lagi! Okay? 

Monday, August 15, 2011

I DON'T GET IT WHY 01#

I don't get it why ada a few makcik-makcik yang tarik tangan dia bila kita nak cium.

Seriously. I tak tahu kenapa dia mesti kena tarik tangan dia. Why must she?

It's okaylah if dia kakak-kakak. Umur 30an. I bolehlah terima. Mungkin dia segan nak I salam dia, kan? But when it comes to makcik-makcik yang umur pun lebih tua daripada Mak I. How was it? I pulak yang segan bila dia tarik tangan dia. Lagilah bila I punya hidung dah lebih kurang 2 inch dari belakang tangan dia. Dia tarik sentap kemain. Worst, bila I tersepak dahi I sendiri akibat kerakusan dia nak sentap tangan dia semata-mata nak elakkan I cium tangan dia.

Am I doing wrong?

Atau dia rasa tangan dia bau bawang. Atau tangan dia ada alah tak boleh kena hidung I yang cute ni. Atau yang atau atau yang lain?

Well. It is how I show my respect to oldies.

Heh, takkan tak sudi terima rasa hormat saya pulekkk?

So sad ah gini makcikkkk.

Sunday, August 14, 2011

SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA

13 OGOS 2011

*Entry lambat satu hari.

Aku baru tahu semalam hari kidal sedunia masa online twitter. Time tu jam pukul 11:59 tengah malam. So sad kau. Tak dapat meraikan diri yang kidal ini. Hanya dapat raikan untuk saat-saat terakhir je.

Okay. Aku kidal mungkin di sebabkan genetic mak aku yang kuat dalam badan aku. Ya, mak aku pun kidal. Dalam family, aku dengan mak aku kidal. Kakak aku yang sulung tu aku tak pasti. Macam kidal.

Mula-mula, masa kecik, aku sendiri rasa aku pelik. Lagi bila menulis, siku aku berlaga dengan kawan-kawan yang normal. Tak memasal aku kena marah. Lagilah bila ada cikgu cakap aku tulis pakai tangan tahi. Amboi. Tapi, masa tu aku kecik lagi. Masih belum ngerti apa-apa donk.

Bila aku makin besar. Aku sedar. Menjadi salah seorang daripada 15%  daripada seluruh orang dekat dunia ni memang ajaib. 

Bukan aku sorang je, ramai lagi! Albert Einstein, Henry Ford, Bill Gates, Leonardo da Vincci, Tom Cruise, Nichcol Kidman, Angelina Jolie, Lin Dan, Barrack Obama, Rafael Nadal, Lionel Messi.

Zahiril Adzim pun. Haah. Ye. Dia pun kidal.

Mereka semua, kidal. Well at least I am not alone.

Gara-gara didominasi otak kanan, orang kidal jadi jauh lebih kreatif dibanding orang-orang yang biasa menggunakan tangan kanan. Otak kiri fungsinya mengatur hal-hal yang berhubungan dengan logika, sedangkan otak kanan mengatur hal-hal yang abstrak seperti seni, bahasa, musik dan emosi.

Aku tak cakap eh. Google yang cakap.

Oh ya, Nurul Cakap-Cakap pun kidal rupanya. Dia yang menyedarkan aku tentang hari kidal semalam. Maksud aku, aku baca twitter dia.

Ada juga a few classmate aku yang kidal. Woohooo. Entah. Aku rasa aku surrounded dengan ramai orang kidal. So, being lefthanded it doesn' matter anymore.

Jadi, untuk sesiapa yang kidal. Live your life. It doesn't mean you are wierd. You just unlike any other. And I assume that is unique.

SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA! <3

entry kidal yang paling menarik aku pernah baca :

Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY 01#

My strength and my weakness for the past 2 years. <3

Thursday, August 4, 2011

AIMING


Tiba-tiba gua rasa macam main Blackshot pulak dah. Kerja asik aiming je. Ni dah nak trial ni. Aiming lagi kerja gua. Harap terkena sasaran. 

Bayangkan, ada 10 penjahat dekat satu bangunan. Kalau boleh, memang gua nak bagi sepuluh-sepuluh mati. Tapi gua sedar, skill gua tak kuat. Senjata gua tak hebat. 

Apa yang gua harap, 5 orang mati pun jadilah. Jangan sampai 2-3 orang je yang mati. Nanti gua yang mati, susah beb.

Lagi 5 orang gua nak sekurang-kurangnya dia cedera. Lagi parah, lagi bagus. Tiga koma masuk ICU. Dua lagi tembak kaki cukuplah. Biar dia jalan senget-senget. Comel macam suster ngesot.

Kalau menang, boleh jadi hero. Jadi hero Mak Bapak bangga. <3 Siapa tak suka.

Lepas ni gua tak nak menembaklah, nak cuba memanah pulak. Mana tahu, gua boleh bunuh 8 orang. Bukan je gua boleh jadi hero, legend pun boleh.

Jom sama-sama yang lahir tahun 1994 tu. Kita fight-fight. Jadi legend tahun 2012.

Legend-legend 2012 cewwah.