Wednesday, July 27, 2011

QUESTION & ANSWER


4 days remain till Ramadan 1432H, InsyaAllah.
Sama-sama kita meraikannya ya.

Tuesday, July 26, 2011

MAAP MAAP



So apa plan Nini lepas SPM? 

Sunday, July 24, 2011

SYAFIQ YUSOF

Sebenarnya aku pun tak kenal Syafiq Yusof ni sangat. Tapi haritu aku tengok berita. Budak ni nak buat flem. Macam abang dia. Aku okay je at first. Tapi bila tahu dia baru 18 tahun, rasa macam pelik sikit pun ada. Sebenarnya bukan pelik. Tapi rasa macam perasaan yang pelik. Awkward. Strange. Haaa, fahamkanlah please. Thanks.

Then aku tanyalah abah. Abah kenal ke Syafiq Yusof ni bah? Abah cakap kenal. Patuh abah cakap dia tak hensem macam abang dia. Kira Syamsul Yusof lagi hensemlah. Tu buat aku lagi pandang rendah dekat sikit Syafiq ni. *Sebenarnya boleh tahan banyaklah rendah tu.

Yelah budak 18 tahun nak buat flem. Boleh ke? Aisey mampu ke lu bro? Kira 18 tahun tu line-line umur akulah. Baru  setahun jagung habis SPM. Aku pun 17 kut. Kalau macam ni aku pun nak buat flem. Boleh dapat juta-juta. Ye dak?

Tapi apa boleh buat. Bapak aku Yusof Akmar. Bukan Yusof Haslam. Cewah.

So aku rasa macam money can buy anything. Macam kau ada duit. Semua kau boleh buat. Guna duit untuk beli lagi duit. Hmm. Tapi aku malas nak jadi pasif sangat. Busuk hati dan sebagainya. Itu rezeki diakan? Kita buat hal kita dahlah. Belajar BM BI Agama Math AddMath LK TK Chemistry Physics Sejarah sampai pandai.

Tapi tangan aku ni gatal jugak. Nak google jugak pasal Syafiq ni. Jumpalah twitter. Baca blog. Then bukak youtube channel dia.

Awesome dia ni! Brilliant pun ada. Kira dengan abang dia ni boleh fight-fightlah. Dengan Mr David Teo pun boleh jugak ni.


Haha! Tiba-tiba aku rasa bersalah pulak sebab bagi early judge dekat dia. But at least aku recorrectkan diri aku. Masih tak lambatkan? Hmmm. Well don't judge a book by its cover. Konon selalu sangat pegang ayat ni. Akhirnya makan tuan jugak. Hampeh.


So guys. Pergilah ronda-ronda dekat youtube channel dia. Tak rugi rasanya.

Itu aja quick update daripada aku. Okay bye ^^,


Terima Kasih sebab follow blog ni walaupun lama dah tak update. Thanks. <3