Wednesday, April 20, 2011

SINOPSIS PENUH , TRAILER/TEASER, CAST JUVANA TV3

Trailer Juvana
Date and Time on Air :
25 April 2011. Isnin. On tv3. At 9.00 pm.

Cast :
Zahiril Adzim, Bront Palarea, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, Hariry serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.

Sinopsis Penuh :
Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.


Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya? (info: budiey.com)

Personal Opinion :
Kekuatan cerita ni of course terletak pada pelakon bertahi lalat tu. Hee. Mungkin jugak tu sebab aku rajin sangat nak buat sinopsis macam ni. Ceh. Okay. Pada aku. Cerita ni sangatlah berbeza daripada cerita Melayu yang lain. Dan bila baca sinopsis pun, rasa storyline dia menarik. Dan rasa tak sabar sangat dah nak tengok! Kemudia cerita ni akan tunjuk perkara yang kita tak biasa tengok dalam kehidupan sebenar. Tapi sebenarnya dia ada berlaku dalam kehidupan sebenar. Biar mata kita bukak sikit. Lihat dunia. 



Frust, sampai sekarang aku tak tengok lagi Senjakala. Haihh. I'll make sure that I'll catch him that movie. HE HE. 


1 comment:

  1. salam.. jemput2 la ke my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau berminat nak baca my travel experiences ke 46 buah negara.. :)

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap