Sunday, April 17, 2011

NEW BOOKS

Hi geng!

Baru beli tadi. ^^,

Rasanya macam tak pernah aku tulis dekat blog aku ni tentang hobi aku, baca buku bukan fiksyen. Mungkin satu hari nanti aku akan buat satu entry tentang koleksi-koleksi buku yang aku dah ada. Kebanyakkan buku yang aku suka baca adalah buku bukan fiksyen. Tapi, aku baca jugak buku fiksyen.

Genre yang aku suka adalah tentang Men and Women. Cool sangat. Banyak benda yang kita kena baca untuk kenal lelaki dan perempuan sebenarnya. Kalau korang baca, baru korang sedar, betapa coolnya jadi lelaki. Betapa coolnya jadi perempuan. Paling penting, melengkapi satu sama lain.

Nampak macam buku cinta-cinta. Geli geleman. Tapi aku rasa lebih memotivasikan diri kita. In the other hand, dapat jugak perbaiki diri kita dalam perhubungan dan komunikasi sesama manusia. Or kalau korang berfikiran lebih jauh, boleh jugak siapkan diri jadi seorang suami atau isteri yang baik. Tu pun kalau korang berfikiran jauhlahkan. Hehe.

Jadi sekarang aku tengah baca buku yang belah kanan tu. Men are from Mars, Women are from Venus (MAFMWAFV) - John Gray. Lagi satu buku, kakak aku baca.

Aku tahu buku ni lepas baca buku Aku terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga. Penulis buku tu suggestkan untuk baca buku MAFMWAFV. Kebetulan harini baru dapat beli.

Rasa seronok! Sungguh.

Aku baru baca few pages and yes, it was so interesting. Walaupun aku baca sikit. 

Tak pe, nanti aku cuba baca review buku ni dari masa ke semasa.

*Ada orang takut baca buku genre macam ni, konon mat jiwang minah jiwang. Tapi seriously. Trylah baca dulu. Komen kemudian. Bukan nasihat semata-mata dalam buku ni. It is more than that. Knowledgeable sangat okay. Trust me!

And if aku ada future husband, tunang ke, boyfriend ke, I will defenitely hadiahkan buku ni pada ni. HEHE.





Undi kawan saya di link ini!

2 comments:

  1. Saya dari Mars. :P Nice headr la... ;p

    ReplyDelete
  2. baca buke nie sebenarnye memang seronok..tak kisahla pasal perempuan ke, pasal lelaki ke, pasal......ke, yang penting baca! huhu

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap