Sunday, March 20, 2011

HELLO APE DAH JADI?

Hi geng!

Pergh. Dah lama tak update blog. 

Check nuffnang, ada 3 buffered earning. Dahsat. Tak update pun duit jalan. Alhamdulillah, rezeki Allah.

Hari tu tengok I am Number 4. Tapi tak buat reviewkan? Pemalaskan akukan? Bakugan betul!

Pergi KL pun tak buat cerita.

Sedara kahwin pun sama. Tak ada nak buat entry.

Hari tu, Asraf Imam Muda datang sekolah aku pun tak buat entry.

Cerita banyak. Update malas.

Jangankan update. Homework pun tak buat.

Cuti seminggu, kasut tak basuh.

Heh, ada tak yang nak basuhkan kasut aku? Kotor sangat dah. Datang sekolah labuhkan kain. Nak cover kasut.

Blogshop tergendala. Dah buat. Baru 5% siap. Buat card Maybank dah. Boleh senangkan transfer-transfer duit. Tak payah pakai Maybank kakak aku. Asik susahkan dia je.

InsyaAllah, aku cuba, pulihkan semangat-semangat aku yang hampir hilang.

Bukan apa, cuma aku rasa. Penyakit PEMALAS dah makin menular dalam diri aku.

Tahun ni nak SPM, tahun ni mood PEMALAS aku makin dahsat.

Tapi aku rasa. Memang dalam diri kita, akan ada satu tahap di mana kita akan sentiasa suka memberontak. Di mana aku sedang mengalami tahap ini. Fuhhh.

Moody memanjang je aku rasa aku sekarang.

Tu je kut nak update. 

Tunggu, Ezatul Hani yang lama balik ya kengkawan. Bila? Entah.

1 comment:

Beramal ketika bercakap