Sunday, January 30, 2011

SHE ONCE ASKED ME

Hi geng!

Aku ada kawan. Nama dia Nazihah. Dekat kelas dia duduk sebelah aku. Dialah tukang dengar cerita aku. Aku pun tukang dengar cerita dia. Masing-masing bercerita tentang cerita masing-masing. Kita gelak besar sebab bercerita, orang lain pandang semacam. Ahh, biarlah. Diorng tak faham kita. Heee!

Aku ada satu crush. Boleh tahan handsomenya. Maksud aku, handsome gila. Tak tipu. Hari-hari aku cakap dengan Nazihah.

Aku : Handsomenya 'budak' tu wei. 

Sampai Nazihah pun dah muak dengar. Pernah aku panggil Nazihah :

Aku : Weh nazihah. Buu........ 
Nazihah : Apa? Budak tu handsomekan? 

Dia tahu je apa aku nak cakap. Lepas tu masing-masing gelak. Haha. Lucu doh. Memanglah korang tak rasa lucu, macam aku cakap. Diorang tak faham kita. Tiba-tiba Nazihah tanya,

Nazihah : Kalau budak tu suka kau macam mana? 

Erkkk. Macam mana? Haahlah. Kalau dia suka aku macam mana ni. Aku cuma balas :

Aku : Tak nak lah aku dengan dia. 
Nazihah : Lah, kau kata kau suka dia. Dia handsome. 
Aku : Entah, suka, sukalah. Handsome, handsomelah. Tak adalah sampai nak buat pakwe. 
Nazihah : Asal? 

Aku diam. Senyap. Haah. Asal eh? Terus aku bagi jawapan yang kononnya mudah.

Aku : Aku tak suka ada boyfriend kut. *Gelak Kecil

Aku sendiri tak pasti. Entah betul entah tidak jawapan aku. Haaa. Entah. Lepas tu Nazihah tanya lagi.

Nazihah : Habis, kau suka lelaki macam mana? 

Diam. Tak ada jawapan. Ye tak ye jugak. Habis aku suka laki macam mana? Sampai sekarang aku fikir.

Nini, kau suka laki macam mana ni Nini?

Sedap-sedapkan hati. Biasalah. Budak 17 tahun. Masih amatur. Mana pakar sangat pasal benda macam ni.

Dah jangan tanya aku pasal soalan ni lagi. Entah, pada aku, personally, kalau suka, suka ah. Kadang-kadang aku suka lelaki handsome. Kadang-kadang aku suka lelaki yang tak handsome jugak. Kadang-kadang aku suka lelaki kelakar. Kadang-kadang lelaki garang macam harimau buas. Kalau dah suka, sukalah. Tak kesahlah macam mana dia. Kan?

Haha weh. Isk. Tulis pasal benda-benda macam ni memang buat aku geli. Serious. Mesti korang pun gelikan. HAHA. 

Okay berhenti ah gini.

Bye!

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap