Friday, January 21, 2011

SELSEMA NI ANNOYING, KAN?

Hi geng!

Dah dua tiga hari ni. Aku asik tak sihat je. Balik-balik selsema. Alahh, poyo. Anti body lembik ibarat agar-agar. Tapi nak buat macam mana, dah sedaya upaya dah aku halang. Tetap macam ni.

Aku ni jenis tak suka makan ubat. Tapi, kalau dah sampai aku rimas, memang aku makan. Biasanya, aku lebih suka minum 100 plus. Sakit perut, demam atau selsema. Cuma sejak akhir-akhir ni, aku minum 100 plus, dah tak jalan. Makin lebat je hingus aku.

Mungkin malam ni aku makan ubat. Ya mungkin!

Sekarang pun musim hujan je dekat Johor. Aku tengok kawan-kawan aku pun, banyak yang selsema. Tak kurang yang amik MC demam. Fuhh, nasiblah aku tak sampai ambil MC.

Bukan apa, aku nak full datang sekolah. Azam tahun baru tu. HEHEHE.

Okay back to topic. Selsema ni annoying, kan?

Meleleh... Sretttt! Sedut. *Gila pengotor.

Bukannya apa, aku tak suka, buang hingus. Sungguh. Aku suka simpan. Patuh telan. Yummy. Sedap!

Yuks-lah. Aku tak suka sebab nanti kita kene hembus hinguskan? Nanti kene lap hingus. Nanti sakit hidung aku. Sebab selalu tekan-tekan. Jadi, aku memang prefer seduttt je. Srettt. Srett.

Tapi kalau dah lebih. Over sangat. Baru aku buang.

Kira simpan stok dululah. Dah banyak, baru buang.

Bersin. Bersin sampai dada aku sakit. Ahhh, benci tau. Kadang-kadang rasa anak tekak nak terkeluar pun ada. Bersin. Aitchoom! Patuh kadang-kadang sampai 4-7 kali dalam satu masa. Tiba-tiba air mata mengalir. Insaf jap rasa.

*Masa aku tulis entry ni je pun dah berapa kali aku bersin.

Bila selsema, rasa rimas! Nak buat homework, hingus meleleh. Sreettt. Sreett. Aku sedut. Aichomm! Bersin pula. Patuh habis buku kadang-kadang. HAHA. Selebetnya Nini ni!

So, masih mahu berkawan?

HAHA. Dah dah. Redhakan jelah. Sakit ni, Allah yang beri.

Ye dop!

Jom main laike laike!

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap