Sunday, January 2, 2011

REZEKI NEW YEAR

Hi geng!

Kata orang,
Tuah ayam nampak dekat kaki,
Kata aku,
Tuah aku nampak dekat contact lens.

Ha, okay-okay. Ingat tak entry aku pasal promote contactlens tu? Okay boleh baca kalau masih tak ingat. Macam ni, lepas je order daripada kakak yang jual tu, aku terus keluar. Pergi jalan-jalan dekat rumah cousin sampai malam. Padahal dah janji dengan kakak tu nak buat payment pada petangnya. Jadinya bila balik rumah, terus bukak computer dan suruh kakak aku transferkan duit. Macam biasa maybank2ulah kan. Lepas tu aku terus cepat-cepat update blog kononnya nak cerita pasal online shopping aku.

Weeee wee wee.

Lagipun di sambil dapat update blog, dapat buat amal jariah, promote contect lens. Apa salahnya tolong bangsa sendiri. Kalau kita tak tolong, siapa lagi nak tolong? Kan? Kan? *hangguk kepala please.

Dan aku dengan tak tahu malunya, pergilah usha blog jual contactlens tu, dan post dekat wall dia tentang entry yang baru aku buat. Ches, dasar nak fame jek kan?

Kemudian, lepas beberapa minit, akak tu buzz aku dekat IM.

Buzzzzz!! Buzzzz!!

Dan dia mintak tolong ajar a few things about blog. Macam tutorial secara online. Bagus kakak ni, kuat sabar dengan aku. Belajar satu per satu. Contoh :
Mula-mula pergi dashboard, lepas tu design, edit html. etc......

Tapi memang selalu jugak aku ajar kawan-kawan aku tentang benda-benda macam ni. Daripada zaman Myspace lagi. Lepas tu ke YM. Blogging. Dan Facebook. Tapi nak ikutkan aku memang tak pernah mintak upahlah. Aku buat ikhlas tuan-tuan. You gembira, you faham, I happy!

Lepas dah selesai sesi ajar-mengajar, tiba tiba, kakak tu kata aku comel. Eh silap. Okay okay. Dia kata terima kasih ajar dia pasal blog ni. Aku pun cakap, no hal kak! Biasa je tu. Lepas tu, tahu tak kawan-kawan apa dia buat? Tahu tak?

Malas aku nak cakap ni.






Wait bagi korang sakit hati.









Alah aku rasa, korang pun dah agak apa kan?











Okay lah aku give up. Ye dia bagi aku lagi satu contact lens free. Time tu, aku dah semacam, wowwwww. Whoooo yoooooooo. Awesomeeeeeee. Yahoooooooooo. Gila koool. Gila bestttt. Gila ahhhhhhhhhhh. Happy. Lebih happy daripada Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010 wa cakap lu. Then dia terus tanya, suka colour apa. Aku cakap greylah kak! Dan kakak tu cakap, dia akan post hari Isnin ni berikutan Jumaat tu cuti umum sebab bola. Yeay!

Jadi, dengan hanya RM30 aku akan menerima tiga pasang geolens berwarna biru, coklat dan kelabu. Masing-masing, sila cepat jeles! Hehehe. Alhamdulillah, mungkin rezeki aku. Masuk contest tak penah nak menang-menang, tapi Allah bagi rezeki cara ni. Happy sangat tau.

Tak sabar nak bergaya sakan dengan lens tu. InsyaAllah, aku akan buat review pasal ketiga-tiga lens yang aku dapat tu nanti. Hihi. Mana tahu, korang nak tengok secara close up dengan lens tu kan? Apart form that, aku akan buat cara-cara pakai contact lens. Tak janji lagi, takut nanti naik sekolah busy. Tak ada masa. 

Untuk sesiapa nak beli contact lens, ushalah facebook ni!

*Macam manalah nak naik sekolah esok. Isk dedoo. Macam nak naik jadi form 1 je kan?

3 comments:

  1. pehh nini, mata aku sesuai pkai lens color coklat je. dulu penah pakai lens hrga RM30, tp kena infection, x sesuai kot. now, tukar pkai lens brand lain yg hrga RM45 ke atas. kena korban duit untk beli lens la lepasni ihihihi :P

    ReplyDelete
  2. iela : kan kan!!!
    anis : lah boleh puloks dah macam tuhhhh? pakai spec je lah

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap