Wednesday, January 19, 2011

REVIEW : FILEM KHURAFAT

Hi geng!


Tadi lepas balik sekolah, terus pergi U-MALL. Hajat nak tengok Khurafat. Diorng kata, cerita ni seram SANGAT. Syamsul Yusof buat lagi. Tu buat aku rasa tertarik nak tengok cerita ni.

Tapi memang seram beb. Storyline pun menarik. Ending yang cool gila! Orang tak terfikir langsung pun cerita itu akan menjadi macam tu. 

Dan bila time seram, memang seram sangat. Sampai jerit-jerit. Habis riuh panggung tu.

Part paling seram, adalah masa bila hantu tu peluk Syamsul daripada belakang. *Macam dalam gambar poster di atas. Aku memang tak expect hantu tu akan keluar. Mata semua dah fokus melekat dekat screen. Tiba-tiba dia keluar. Pergh! Boleh gugur jantung aku.

Semua part dalam cerita tu aku suka. Tak tahu nak pilih mana satu. Tapi yang paling cool adalah masa ending. Dan paling seram adalah masa van jenazah tu terbalik masuk dalam gaung. Bila Syamsul angkat mayat perempuan tu. Ahhhh, serammmmmmmm!

Cuma kelakar tengok Liyana Jasmay berlakon sebagai isteri Syamsul. Aneh. Sebab Liyana tu muka macam remaja. Bila dia belakon sebagai isteri orang, pelik je.

Hah, tunggu apa lagi. Tengok ah! Boleh jerit dekat panggung macam ni.

Tak sangka Syamsul ni pandai buat cerita hantu. Ye lah, sebelum ni, dengan Bohsianya, Rempitlah, KL Driftlah. Eh macam-macamlah. Tapi yang ni. ahh thumbs up. Memang cool gila!

Cuma sekarang yang aku tengah pikir, kenapa. Kenapa tajuk cerita tu khurafat? Macam tak ada kene mengena sangat. HAHA

*Personal opinion je, jangan amik hati sangat eh!

Kalau tak tengok, tengoklah! Aku menyeru nihh!

2 comments:

Beramal ketika bercakap