Monday, January 10, 2011

AJL's REVIEW AND WINNERS 2010

Hi geng!

Lagi cerita pasal AJL 2010? Hee. Apasalahnyakan? Musim ni. Okay. Persembahan pembukaan yang amazing gila. Betul. Nak nak Fransisca Peter dengan Nash. Aduhh. Tangkap leleh tau aku.

Kemudian Yuna. Which aku rasa biasa-biasa. Tapi suara dia memang lovely. Dan apa yang aku suka, dia tak ada pakai Piano besar-besar. Pakai keyboard je. Dan baju dia a bit macam Sari sikit. Never minelah. Aku suka. 

Tomok? Cute. HAHA. Okay. Okay. Showmanship yang sangat high. Baju biru military yang cool. Everything was undercontrolled even dia tukar banyak melodi. 

Hafiz? Terkejut. Memang. Part dia pengsan tu. Kena tembak lagi. Fuhhh cool habis.

Shahir. Seriously aku suka. Nasha Aziz pun best. Cuma Shahir nampak tak sihat. Kurus cengkung. Mata bengkak. Kesian. Nyanyi macam tak ada feeling je. 

Ana Raffali. Or Zahiril Adzim? Wkakaka. Drama yang gila dramatis! Wa suka.

Dan masa ni gua sedikit gelabah. Sebab semua baik-baik. Faizal Tahir macam mana? A bit frustlah. Well semua pun deserve menang. Semua hebat-hebat belaka. Drama. Gimik. Showmanship. Ahhh.

Agak-agak macam mana persembahan Faizal Tahir ek?

Sabar je aku tunggu. Sampai Selamat Malam. Yeah. Aku respect. Sebab dia buat lain dari yang lain. Time tu aku lega. FT pandai jugak buat gimik. Walau pun tak seberapa kan?

Lepas tu, aku tunggu lagu Hanyut. Dah kuar. Aku tengok. Rasa biasa-biasa sahaja. Nyanyi dalam penjara. Eleh aku pun boleh. Tapi suara dia nice without background musik. Bonus for him. Lepas tu tiba-tiba dia terjun dalam air. Masa tu aku ingat dia menyorok je dekat bahagian bawah pentas. Tipu-tipulah konon. Japlagi dia stand up balik, dia basah. Did he jumped in the water for real?!

!@#$%&*()

Aku tengok mata tak kelip-kelip. Eh betul ke tak betul dia ni. Then, dia sambung nyanyi dengan segala energy yang dia ada. Walau dah semput-semput macam tu.

Jujur aku AMAZING. Heh kau ada jumpa ke artis macam dia?

Dan dia menang untuk persembahan terbaik! And yang lain :

3) Hafiz - Nokhtah Cinta
2) Drama King - Meet Uncle Hussin and Black
1) Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Foine. Keciwa gila Faizal Tahir tak menang. Tahniah untuk Ana Raffali. Memang aku tak jangka! Kemudian Yuna tak menang apa-apa? Juga dissapointed.

Tapi tak apa. Rezeki masing-masing. Tuah masing-masing. Ye dop? Aku terima kekalahan Faizal Tahir dengan terbukanya. Wooot. 

*Sorry, ada a few artis yang aku tak dapat buat review. Sebab aku tak tahu nak cakap apa sangat. And susunan penyanyi tak betul sangat. Sebab aku lupa turutannya. Again sorry. Tak ada unsur diskriminasi eh?

Okay bye!

2 comments:

Beramal ketika bercakap