Monday, January 17, 2011

CEMBURU ATAU TIDAK? EDISI ZAHIRIL ADZIM

Cemburu cuma perasaan. Yang kadang-kadang kita boleh tahan. Namun terkadang susah ditahan.
*Ayat intro yang jiwang. Eh?

Okay macam ni sebenarnya, masa malam AJL ke25, aku dapat SMS daripada kawan aku. SMS berbunyi :
"Woi jeles tak tengok Ana Raffali dengan ZA? Hahaaa!"

Jadi sekarang persoalannya, aku jeles atau tak? Tak. Betulah memang tak. Tak sebab Zahiril Adzim sendiri dah bagitahu dia akan bersama-sama dengan Ana Raffali dalam AJL tahun ni. Jadi unsur jeles atau cemburu tu langsung tak ada. Lagi pun, Zahiril Adzim tu baik orangnya. Tengok, dia mana ada pengang-pengang Ana. Tak adakan? See, pandai dia jaga hati aku peminat dia.

Aku tak tahu sama ada blogger ni tahu atau tidak, sebenarnya, aku suka Zahiril Adzim ni, sejak aku 15 tahun. Cehh. Tak adalah lama mana eh? Tapi kronologi perkenalan aku dengan dia boleh aku rasa unik. Moh lah dengar aku bercerita.

Masa aku umur 15 tahun. Facebook ni, kurang glamournya. Semua tertumpu pada Myspace. Aku add Zahiril Adzim dekat Myspace aku. Dia approve. Cis sombong. Tak balas comment aku. Lepas tu, ada URLblog dia dekat page dia. Aku bukak. Baca dan baca dan baca.

Terus jatuh cinta. *Ehem!

Aku suka baca tulisan dia. Ayat dia. Semuanya. Aku suka cara dia ekspress feeling guna ayat. Dia dapat bagi maksud yang tepat bagi setiap satu perasaan. Tak ada kata makian, tapi cukup sinis. Setiap hari aku baca blog dia. Huh!

Tapi masa tu aku busy. Nak PMR. Aku malas nak cekidout lebih-lebih pasal dia.

Lepas PMR, aku pergi rumah cousin aku. Aku tengok tv. Ada penyampaian Awards. Tiba-tiba aku dengar nama ZAHIRIL ADZIM. Aku pelik. Jadahnya penulis blog sampai masuk tv? Aku terus cakap dekat cousin aku :

Najaa,  Zahiril Adzim ni penulis blog terkenal. Kite suka baca blog dia. Best gila! Dia pun hensem boleh tahan. Isk bestlah. Bla bla bla bla bla bla bla bla..

Oh dia ni yang berlakon dalam Kami The Movie?

~@#%^&* Zahiril Adzim belakon? Hah?!

Aku terus cekidout pasal dia. Baca dan terus baca pasal dia. Search youtube. Apa-apa video pasal dia semua aku bukak. Pedulik hape aku. Movie dia aku layan. Blog dia aku teruskan baca. Aku buat facebook. Tegur dia dekat sana dan dia balas!

WOW!

Terharu betul.

Tapi dalam pada suka ada tak suka. Yang aku tak suka bila dapat tahu dia penyedut nikotin yang tegar. Terluka aku. Frust gila wehh. Tapi nak buat macam mana. Badan, badan dia. Bukan badan saya. Apalagi badan awak.

Ye dop?

Aku ada lukis gambar dia. HAHA. Nak tengok? Nah!

Bulu mata tu tak boleh tahan! HAHA. Aku lukis gambar ni last year.


Yelah, tak ada iras dia. Penting aku lukis guna hati beb. Ahhh. At least tahi lalat tu ada. Asset penting tu! Okay geng!

Chow!

*Semakin jujur tulisan kita, semakin orang sukakan kita. ^^,

Eh ye ke? Dahlah, jiwang aku memang kebiasaannya tak menjadi. Apalah budak 17 tahun tahu sangat pasal jiwang-jiwang ni.

HAHA.

Bye!

6 comments:

  1. sandra : haha, jgn lah. segan kut. mata pun senget.
    rudy : thnkssssssssssss.

    ReplyDelete
  2. azfiza :
    yeah! meh lah kita sama2 minat ye yek
    ^^,

    he is a great actor!

    ReplyDelete
  3. hahaha...nice story...ari 2 zahiril nie ada dtg opis tmpt kje sy...die tgur sy...jgn jeles..hehehe....

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap