Saturday, January 1, 2011

2011



*Mula-mula aku nak bagi tahu yang sepatutnya entry ni ditulis malam tadi, tapi sebab malam tadi aku demam, jadi aku memang habiskan masa dekat atas katil jelah.

Hi geng!

Macam biasa, semua duk haruk nak cerita pasal new yearkan? Isk, masa awal muharram tak ada pula haruk macam ni. Hah. Okayokay.

Bila cakap pasal 2011, personally, tak ada benda lain yang aku fikir selain SPM. Macam jakun je nak SPM kan? So, ini adalah azam pertama bagi tahun baru. Aku nak buat betul-betullah untuk SPM. Ahh, berkobar-kobar pula rasanya ni! Macam SPM esok je!

Azam aku kedua, nak tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi. HAHA. Takdelah. Kalau dekat sekolah, aku ni, kira budak nakallah juga. Nakal ke? Selalu juga kena tahan dengan para pengawas bertauliah tu. Kena marah dengan cikgu sebab kuat cakap. Kene brainwash sebab gagal addmath. Tak siap homework lain cerita pulak. Buli kawan-kawan yang lemah. Amboi nakal! Dahlah, segan aku nak cerita banyak-banyak. So aku harap, tahun ni, dekat sekolah aku dapatlah jadi budak baik. Yang di sayangi cikgu-cikgu. Chewwah. Tahun terakhir dekat sekolah, aku nak puas-puaskan diri aku. Lepas ni, tak ada dah wei. Tak ada!

Azam ketiga, nak jadi hamba Allah yang taat kepada perintah dah suruhannya. Amin. Dah tujuhbelastahun kan? Kahwin pun lepas. Kalau kawin, anak dah dua dah. Amboi. 
*Tak tahu nak eskplain apa pasal azam yang ni.

Azam keempat, nak kumpul duit banyak-banyak. Masa rehat nak kurangkan makan. Bawak air masak pergi sekolah tiap-tiap hari. Baru boleh kurus macam ni! Tapi memang, untuk tahun 2010, penggunaan duit aku memang rakus. Isk malas cakaplah. Ingat tahun ni nak slowdown. Taknak selalu hangout sangat, bila hangout, memanglah duit cepat habis! Tengok wayang, makan lagi, kadang-kadang karok. Beverages lagi. Coolblog mesti nak ada. Ice Cream sometimes. Sekarang ni, dah pandai pulak cuba-cuba main bowling dengan rollerblade bila hangout. Pergh. Habis duit ni!

Azam kelima, nak kurangkan online, facebook, blogging or apa-apalah! HAHA. Ini susah jugak. Tapi kalau buat slow-slow InsyaAllah boleh. Tahun ni nak SPM kan? Hadap buku jelah. Buku jadi facebook, buku jadi blog. Hihihi

Azam keenam, rahsia. Betullah rahsia! Sebab azam dia macam ober je. So biarlah rahsia. Tapi kalau 2012, azam ni tercapai. Absolutely aku akan bagitahu korang apa dia. Korang pun jangan lupa ingatkan aku okay!

So far itu jelah, apa-apahal aku tambah dalam entry selanjutnya okay!


Dan Happy New Year untuk semua kawan-kawan ikhlas daripada Nini dan keluarga!

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap