Tuesday, January 4, 2011

17 TAHUN

Hi geng!

Aku tekejut jugak, macam tak sangka aku dah 17 tahun. Yelah, 17 tahun tu kira umur terbesarlah dekat sekolah menengah. Orang kata senior. Kakak-kakak. Sista-sita. Taiko habislah konon. Tapi, serious aku tak rasa macam dah 17 tahun.

Pergi sekolah, rasa pelik je, sebab duduk kelas  form 5. 

Pagi-pagi beratur dekat line-line budak-budak form 5. Cikgu-cikgu semua dok tak habis-habis cakap awak ni nak SPM tahun ni. Still rasa macam tak percaya.

Eh ye eh aku dah 17?

Yelah, tahun depan dah habis sekolah. Dah boleh masuk universiti. Dah boleh kahwin. Dah tak jadi pelajar sekolah. Dah tak pakai baju sekolah. Dah boleh amik lesen kereta. Dah itu. Dah ini. Eh dah macam-macamlah.

See, aku pun masih tak percaya lagi.

Tengok jelah profile aku dekat sebelah tu, umur pun aku masih tak tukar. Masih 16 tahun. Tak sedia lagi wehh!!

Aku masih hingat lagi, tiga tahun lepas, masa masih budak-budak hingusan dulu. Aku datang sekolah jadi budak 13 tahun. Ingat sangat. Hmm. Ingat sangat-sangat.



*Aku dah dapat contact lens, insyaAllah, kalau ada masa, aku cuba buat close up Super Nudy Brown Geo Lens eh? 

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap