Thursday, December 23, 2010

REVIEW : FILEM AKU MASIH DARA

Hi geng!


Aku Masih Dara. Betul lah, tak tipu.

Heh, tengok dulu baru komen okay. Cerita ni memang aku akui, agak panas. Tengok poster pun dah tahu. Apa lagi kalau kau tengok trailer. Memang dahsat. Aku tengok pun segan je wei. Tapi macam biasa, ada baik, ada buruk. Ada pro, ada kontra. So pada aku cerita ni cool! Nak tahu sebab apa? Sebab biasanya, bila aku tengok trailer sesuatu cerita, otak aku akan cepat merangka cerita ni. Bila tengok wayang, apa yang aku rangka lebih kurang 80% akan sama dengan cerita asal. Tapi bila aku tengok cerita asalnya, aku rasa 60% je sama dengan apa yang aku rangka. Apa yang aku cuba sampaikan, cerita ni bukan stereotype dengan cerita-cerita Melayu yang lain.

Betul ni aku tak tipu. *Berapa kali betul dan tak tipu nih.

Aku tengok cerita ni dekat Skudai Prade. Macam biasa, dengan Tuan Sponser Tiket Wayang, kakak aku. Dan yang lebih menarik, Mama pun ikut sekali. Layankan jelah menantu dia belakon dalam cerita tu. Asyraff Muslim eh, bukan Farid Kamil.

Okay mungkin ada yang terpersan. Babak di mana Asyraff Muslim ikut pergi pub tu. Dan aku pun ada terperasan, ada orang kutuk-kutuk babak tu. Tapi aku tengok, okay je. Tak ada cacat cela dengan babak tu. Dan sebenarnya, Asyraff Muslim, bukan sengaja nak ikut diorng pergi pub tu. Dia tak tahu pun mereka akan ke pub. Lagi pun, okay apa buat dakwah dekat pub. Maksud aku, rata-rata orang kita pikir, orang warak sesuai di masjid. Berdakwah dekat situ. Padahal dah tentu dekat masjid kebanyakkannya orang alim-alim. Jadi, kalau berdakwah dekat pub pun not bad lah. Walaupun tak berapa masuk akal. Lagi pun, tak semestinya orang dekat pub tak ada rasa nak berubah.

Favourite scene aku adalah masa Asyraff Muslim kena tetak. Nampak real. Macam betul-betul kena tetak. Macam dia pernah rasa sakit kena tetak. Favourite scence aku yang kedua adalah masa.. Okay tak ada.. Satu je ada.

Cuma yang aku rebel masa tengok cerita tu, asal watak jahat dia nama Hani? Asal? Hah? Isk, discrimination betul. Rasa teranianya.

Tapi, untuk menggalakkan korang tengok cerita ni dekat wayang, aku tak yakin sangatlah. Takat beli cd tengok dekat rumah okaylah. Kira bukan-wajib-tonton. Tapi, kalau korang ada disease, die-hard-fans-asyraffmuslim, okay wajib-tonton.

Jap, nak show off gambar boleh? Okay thnks.

Muka excited eh nak pergi tengok Asraff Muslim. Wkakaka.

Show off tiket :P Truth, contact lens aku terkoyak, kena pakai cermin mata. Demi Abang Asyraff tersayang, apa-apa pun boleh.



Mula-mula ingat nak letak 7 gambar. Tapi tak jadi ah. Kang ada yang tak boleh tidur malam ni. Isk.

HAHA. Okaylah. Bye bye!!


*Tahniah untuk adik adik yang cermerlang PMR.


2 comments:

  1. ko jadi segan sebab tengok dengan family.

    ReplyDelete
  2. sarah : betul wei. lagi lah bila datang adegan2 yang agak panas. isk

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap