Tuesday, December 21, 2010

JENIS JENIS BLOG/BLOGGER/ENTRY YANG AKU KURANG GEMAR

Hi geng!

Macam biasa, ada suka, ada benci. Tak ada niat nak perli siapa-siapa. Aku just tulis apa yang aku rasa. Hee, mungkin ada sesetengah yang tak setuju, tak apalah. Ni cuma pendapat aku.

1) Pop-Up/Alert
Bila kita buka blog seseorang, dia akan keluarkan alert. Ada tu satu je. Ada tu dua. Ada tu sampai tiga, empat, lima. Isk. Menyampah. Sampai ada yang siap suruh tulis nama dulu, baru boleh baca blog dia. Gambarajah di bawah sedia membantu tahap kefahaman anda :

2) Berbahasa Gedik
IteW tAk ChEwkEW dEWnGAn OwANg yAnG ChEwkEW MenulisHH Entewy dIeww dEWnGAn bAhAWSEW maCaM nieWh. Isk, MencIEW bEtul arhh tItEW. --"

3) Kuat Mencarut
Ini serius, aku betul-betul tak suka orang mencarut dekat blog dia. Lagilah menggunakat carutan-yang-ekstrim(Yang berkaitan dengan tubuh badan manusia. Lelaki mahupun wanita). Geng, tak kan tak cukup kut kau mencarut dekat perkataan sampai dekat tulisan pun kau nak bantai? Tahan-tahan bro amarah lu.

4) Kuat Politik
Okay. Ini aku akui, ada orang yang suka. Ada yang tidak. Tapi secara peribadinya, aku kurang suka. Tapi yang suka, tak apa, boleh teruskan. Aku tak ada masalah.

5) Terlalu Banyak Gadget
Gadget memang comel, tapi awas, boleh membunuh. Aku tak suka blog yang banyakkkk sangattttt gadjet sampai nak loading bukak blog dia amik masa yang lama. Sampaikan, windows jadi stuck. Isk, lepas tu taubat, terus taknak bukak blog dia lagi.

6) I dah follow you, Follow Me Back Please :P
Kurang gemar. Tapi, masih boleh di terima. Kalau boleh, elak-elakkanlah eh. Sebab, nampak sangat korang menulis untuk followers. Bukan sebab passion. ^^, Lagi pun, nampak desprate je. Takkan nak di cop sebagai minah or mamat despratekan? Heeeee.

7) Mat/Minah Salleh Celup
Ada sesetengah orang yang suka tulis entry dalam Bahasa English. Biasalah, baru macho. Tapi, macho ke-ape-nye kalau English broken? Tapi okay juga kalau English broken, at least boleh jadi bahan hiburan aku di masa aku stress. Heee. Kan?

8) Hardcore/Screamo/Metal Songs
Letak lagu dekat page memang tak salah. Cool juga. Kadang-kadang menghiburkan aku. Tapi kalau lagu hardcore, screamo or metal. Isk. Lagilah kalau lagu tu auto-play. Mau tak bingit telinga aku mendengarnya.

9) Disable Right Hand Click
Ini annoying gila!(pada aku) Ya mungkin dia nak tambah tahap ke-sekuriti-an blog dia. Tapi berpada-padalah kan? Sebab orang guna right hand click ni bukan tujuan copy paste je. Kadang-kadang, dia nak bukak mana-mana link yang ada pada page korang pada new tabs. Jadi bila korang disablekan right hand click, lecehlah bagi visitor korang untuk bukak mana-mana link pada page korang tanpa tutup blog korang.

10) Hi nama saya anonymous!
Kepada blogwalker yang rajin menjadi anon, hentikanlah. Lepas tu, hentam-hentam blog orang. Tak berfaedah punlah. Betul ni. Tak tipu.


Okay setakat ni, itu jelah yang dapat aku listkan. Macam aku cakap, ini secara peribadi. Jangan ambil hati sangat. Pendapat masing-masing berbeza-beza. Kan kan?

5 comments:

  1. setuju ngn entry ni! kt ade buat jugak entry cmni. haha. kbetulan sume pendapat same. :)

    ReplyDelete
  2. setuju sangat, terfikir dah haritu nak tulis tentang ni tapi tak de idea. hee keep it up :)

    ReplyDelete
  3. @sarah + @iMah : hehhe, mekasih yek!

    @.izzati liyana. + @mhrzh : hehe. mekasih. benda macam ni, memang kita kurang gemar. sabarkan je lah. :P

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap