Wednesday, December 22, 2010

HANI(TV3) VS 1 LITRE OF TEARS(JEPUN)


Hi geng!

Jadi harini aku nak cerita sikit pasal drama tv3 dalam slot Lestari tajuk Ezatul Hani. Malam tadi pukul 9 malam sampai 10 malam. Tengok tak? Lah apasal tak tengok. Rugi. HAHA. Bukan senang nak tengok aku belakon. Hee hee.

Cuma aku terperasan sikit, cerita tu macam lebih kurang dengan cerita 1 litre of trears. Okay mula-mula meh layan sinopsis kedua dua cerita tersebut. Bagi clear sikit! Klik link di bawah ya!

Bagi yang tak tahu, cerita 1 litre of tears ni base on true story. Cerita ni memang takat sedih yang aku tak boleh cakap. Seriously. Aku nangis memang tak henti-henti tengok cerita ni. Kalau tengok, mesti nak ada kotak tisu. Baik laki. Mahu pun perempuan. Kalau tengok cerita ni mesti nangislah punya! Aku pun tak ingat berapa litre tears aku dah nangis. Isk memang sedih gila. Sambil gigit-gigit bantal aku tengok. And aku rasa, cerita ni MEMANG-WAJIB-TONTON. 

Okay, jadi antara perasamaan kedua-dua cerita di atas adalah :
  1. Situasi cerita di mana budak-budak sekolah yang sedang ghairah berlumba-lumba menggapai cita-cita sambil mengejar cinta.
  2. Heroin di gambarkan seorang yang ceria dan Happy-Go-Lucky.
  3. Heroin sangat aktif dalam sukan. Sampai mewakili sekolah.
  4. Heroin ada penyakit yang akan membuatkan mana-mana pancainderanya gagal berfungsi dengan baik.
  5. Penyakit heroin akan memberi kesan sehingga heroin tak boleh aktif sukan lagi.
  6. Ibu heroin pernah/sedang menjadi seorang jururawat
  7. Ibu heroin merupakan orang yang mula sedar tentang penyakit heroin dan sedaya upaya cari cara untuk memulihkan anaknya.
  8. Heroin ada dua orang kawan rapat.
  9. Keluarga heroin sangat prihatin dan mengambil berat tentang keadaan heroin.
  10. Hero di gambarkan sebagai budak yang pelik dan sombong.
  11. Bapa hero seorang doktor.
  12. Hero mempunyai satu rahsia bahawa dia mempunyai abang yang sudah meninggal dunia.
  13. Sejak kematian abangnya, dia menjadi pendiam dan kurang bercakap.
  14. Hero tidak suka profession seorang doktor kerana bapanya seorang doktor tapi tidak mampu menyelamatkan abangnya.
  15. Hero sangat membenci bapaknya dan selalu menyalahkan bapaknya atas kematian abangnya.
  16. Hero suka ikan.
  17. Hero tiada adik beradik lain selain arwah abangnya yang sangat disayanginya.
  18. Kalau dalam drama 1 litre of tears, hero suka binatang jadi dia join Kelab Biologi. Dia luangkan banyak masa di Makmal Biologi. Tapi, dalam drama Hani, hero suka membaca jadi dia join pustakawan. Dia habiskan banyak masa dekat perpustakaan.

Okay, setakat ini itu jelah yang dapat aku cakap. Lagipun aku baru tengok cerita Hani sampai episod 3. Tak banyak sangat yang aku tahu pasal cerita ni. Cuma aku nak tanya, persamaan ni, suratan atau kebetulan? Okaylah aku anggap kebetulan. Kang blog aku kena gam susah juga. Apa-apa pun, aku tetap layan cerita tu.

Eh eh, hero cerita Hani tu hemsem jugakan? HAHA.

Lagi satu, tahun depan aku pun nak SPM. Nama aku pun Hani. Wkakakakakaka. Apa kata tahun depan pun ada budak baru masuk sekolah aku. Yang hemsem hemsem jugalah.



Tapi aku taknaklah ada penyakit tu. :/

Isk Nini kuat berangan. Istighfar banyak-banyak.


Nota Kaki : Good Luck untuk semua adik-adik yang bakal amik result PMR esok. Have fun and good luck. Apa-apa pun jangan bunuh diri. Akak taknak esok keluar paper cakap ada yang mati sebab frust dengan result dia. Okay?
*Bapak poyo. HAHA

4 comments:

  1. tiba tiba rasa tertarik nak tengok cerita Hani :P

    ReplyDelete
  2. oh...thanks for the info
    cter ni best :)

    ReplyDelete
  3. da tengok gak citer 1 litres of tears..memang menusukk kalbu wooO..huhu..sedeyy sgt2...

    ReplyDelete
  4. aina : apalagi. melekat dkt dpn tv setiap hari selasa pukul 9 mlm

    shazika : betul2. best sangattt!!!

    nureen : ya tulah pasal. nangis pun tak henti2. isk

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap