Sunday, October 31, 2010

A TRIP TO TANJUNG PIAI

Okay, semalam Mama ajak pergi Tanjung Piai. Sebab budak sekolah Mama ada buat camping dekat sana. So, Mama ajak tengok diorang. So, aku pun just joinlah. Dah dua tahun rasanya tak pergi sana. 
*Asal banyak so ni?

Muka excited nak pergi. Dalam kereta. Muahhahha.



Macam biasa Encik Abah yang drive. 


Bila sampai dekat sana je, memang banyak monyetlah aku nampak. Heee. Comel je. Haaa, lepas tu Mama ajak tengok budak-budak main game rakyat. Lari dalam guni. Lepas tu, break time. Minum petang. Yippie!


Lepas tu kami pun jalan-jalanlah dekat area-area Tanjung Piai. Time ni air tengah pasang. And angin memang kuat gila! Melayang-layang tudung aku dibuatnya. Rasa syok je. Around 500 meter kami dah jalan. Tapi tak rasa penat pun. Memang cool habis. Dulu tempat ni tak berapa lawa, sekarang dah better sikitlah.



Dalam pukul 6 macam tu, kami gerak balik. Tiba-tiba aku rasa nak makan Mee Bandung. Hee, ajak Mama singgah mana-mana kedai jap. Ah memang sedap gila lah Mee Bandung dia. Murah lagi. Jap jap, tengok gambar sikit.


Kan sedap kan?Dah dah. Cukup-cukuplah tu. Esok boleh sambung.

Wah, Kelantan menang. Dalam hati tetap Johor FC. Hee.

1 comment:

Beramal ketika bercakap