Sunday, October 10, 2010

ILMU ITU PENTING SAYANG

Dari aku kecil dulu mama abah pesan, belajar baik-baik. Esok besar jadi orang berguna. Banggakan mama abah. Kerja baik-baik. Kahwin dengan orang yang baik-baik.

Dulu aku tak pernah sedar pentingnya ilmu. Bak bahasa remajanya pentol-pentol. Aku belajar untuk aku. Aku nak berjaya. Aku malu kalau tak pandai. Sebab tu aku belajar. Aku malu kalau result aku teruk. Aku belajar. Terpaksa. Semua sebab terpaksa.

Tapi bila dah besar, aku sedar. Ilmu tu penting. Kat mana aku pergi, kalau aku ada ilmu memang akan di look up. Hodoh mana rupa kau, dengan ilmu orang pandang kau. Time tu, baru aku  ubah sebab aku belajar.

Aku belajar untuk masa depan aku. Aku nak hidup senang bila dah besar.

Pakcik aku pernah cakap :
Rasulullah pernah bersabda, nak berjaya di dunia kena ada ilmu. Nak berjaya dekat akhirat pun kena ada ilmu. Ilmu tu penting.

Tengok, memang ilmu tu penting. Penting sangat.

Jadi apa lagi Nini, sekarang grab buku. Ayuh belajar. 

Berhentilah berangan nak kahwin ala-ala Dato Sheikh Muszaphar tuh. Dia angkasawan. Kau engineer je.

Okay, bye bye.

3 comments:

Beramal ketika bercakap