Thursday, October 14, 2010

GEMURUH

Esok hari Jumaat. Boleh dilabel sebagai hari gelabah gua. Besok gua akan berdrama. HAHA.

Okay for short, sekolah aku ada buat pertandingan drama. Cikgu-cikgu English yang buat. Dramanya adalah bertajuk Gulp & Gasp. Bagi yang tak tahu G&G adalah drama yang akan di pelajari oleh budak-budak form 4 batch 2010.

Memandangkan kami adalah batch pertama yang akan menggunakan Drama tersebut, jadi cikgu telah decide untuk buat pertandingan. Setiap kelas kena hantar wakil.

Watak aku sebagai perempuan buta. Okay. Susah gila jadi buta kau tahu tak. Perasaannya macam kau pura-pura suka orang yang kau benci. Weww.

Selalu aku kena marah dengan kawan-kawan aku, katanya aku kurang emosi. Cikgu aku pulak, kata aku tak macam orang buta. 

Jujur susah jadi buta.

Haih. Apa-apa hal demi kelas yang tercinta aku akan buat yang terbaik untuk esok. Kawan-kawan, sila doakan aku. 

Aku harap esok aku buat yang terbaik. 


Kalah menang adat bertanding. 


Yang penting, bertanding secara sihat.




Kalau kalah pun rasa tak rugi, sebab take part je pun dah dapat hamper. Ooo yeahh!
:D

1 comment:

Beramal ketika bercakap