Sunday, October 31, 2010

A TRIP TO TANJUNG PIAI

Okay, semalam Mama ajak pergi Tanjung Piai. Sebab budak sekolah Mama ada buat camping dekat sana. So, Mama ajak tengok diorang. So, aku pun just joinlah. Dah dua tahun rasanya tak pergi sana. 
*Asal banyak so ni?

Muka excited nak pergi. Dalam kereta. Muahhahha.



Macam biasa Encik Abah yang drive. 


Bila sampai dekat sana je, memang banyak monyetlah aku nampak. Heee. Comel je. Haaa, lepas tu Mama ajak tengok budak-budak main game rakyat. Lari dalam guni. Lepas tu, break time. Minum petang. Yippie!


Lepas tu kami pun jalan-jalanlah dekat area-area Tanjung Piai. Time ni air tengah pasang. And angin memang kuat gila! Melayang-layang tudung aku dibuatnya. Rasa syok je. Around 500 meter kami dah jalan. Tapi tak rasa penat pun. Memang cool habis. Dulu tempat ni tak berapa lawa, sekarang dah better sikitlah.



Dalam pukul 6 macam tu, kami gerak balik. Tiba-tiba aku rasa nak makan Mee Bandung. Hee, ajak Mama singgah mana-mana kedai jap. Ah memang sedap gila lah Mee Bandung dia. Murah lagi. Jap jap, tengok gambar sikit.


Kan sedap kan?Dah dah. Cukup-cukuplah tu. Esok boleh sambung.

Wah, Kelantan menang. Dalam hati tetap Johor FC. Hee.

Saturday, October 30, 2010

COOLBLOG YANG COOL

Okay. Sebenarnya kakak aku dah balik. Jadi, kalau dia balik mesti kami akan jalan-jalanlah. Dia balik tak lama. Dua minggu je. Nak manfaatkanlah masa bersama konon. Heee.

So petang tadi kami pergi karok. OOO yeah! Dah lama tak karok jadi harok. 

Lepas tu pergi beli COOLBLOG. Yippi. My fav flavor, oreo blog. Letak pearl sikit! Kalau semua nak tahu, coolblog dah ada membership card. Tujuannya adalah untuk join lucky draw dengan dapat coolblog percuma masa birthday kita! Ni buat tak sabar ni nak tunggu 6/6/2011. Tu dia contoh membership card.



Yang belah kiri untuk kita redeem free coolblog masa birthday kita. Hee. Cepat dapatkan sementara masih ada peluang! YEAH!

Yang belah kanan pulak, kita kena kumpul 5 stamps. Kalau kita beli coolblog berharga lebih daripara RM3.00 kita akan dapat satu stamp. Kalau dah cukup 5 stamps, kita layak masuk lucky draw. Hadiah utama 2 units Iphone. Hadiah sampingan adalah 30 units Nokia's Handphone. Semakin banyak kita beli, semakin banyaklah peluang kita untuk menang!


Wah, macam power root ali cafe puloks!

Jadi apa lagi, jom ajak kawan-kawan beli coolblog. Hehe.




Btw, masa pergi beli coolblog semalam, boleh tak cukup duit sepuluh sen. Malu je, terus call kakak. Masa ni, baru aku tahu sepuluh sen tu berharga. HIHIHI.

Thursday, October 28, 2010

SPOT THE DIFRENCE!

Jap, cuba tengok photo collage ni.


Macam biasa, fokus pada buku dulu. Okay sekarang burger.

So apa berbezanya dua gambar di atas? Hee. Pada aku lah, tengok makanan yang black and white memang nampak tak sedap je. Kalau makanan tu ada warna, baru ada kick sikit. Kan. So, kira burger dalam black and white tu tak sedap lah. Yang bawah tu sedaplah.


Aik asal aku nampak yang ni macam lagi sedap ni? HAHA

Bye, selamat bermakan!

*Burger ni dalam perut saya dah. Dah di digest.


Hari ni ada paper two Engineering Technology. Alhamdulilah. Tak adalah berat sangat. Exam pun lepas rehat. Masa awal-awal pagi, pulun baca buku. YEAH!



Wish me luck. ^^,



Wednesday, October 27, 2010

TIREDO

5 subjects which equal to 9 papers to go.


I've been lessen my online-ing time
I've been lessen my sleeping time
But, I've been adding my blogging time.
-.-" Erkk


Aku dah agak dah, kalau exam week je, tiba-tiba aku jadi taksub. Selalu nak update blog. Asal tah. Kalau ada banyak masa, tak ada rasa update pulak. Memang aneh.


I've been working so hard for this end-year exam.


KehKeh. Apa pun result aku nanti, aku terima dengan senang hati. Harap-harap melepasti target yang aku buat sendiri. 


Sekarang pukul 5.30 pagi. Dua jam lagi exam Add Math. Whoah. Dedo. 


Dah dah. Berhenti bebel. Jom bersiap nak pergi sekolah! Yeah! Bye!








Eh jap, nak menggedik dulu








Haha. Okay bye! May Allah bless me today! :D

Monday, October 25, 2010

STUDY STUDY STUDIE

Semalam kemainlah, plan nak buat Add Math class dengan Abang  sedara aku. Datang-datang je dia jemput makan. Apa lagi, makan lah kan. Makan buah-buahan je. Hee.

Lepas tu, start belajar. Add Math memang pening. 

At last jadi macam ni je lah
Muncung dia kemain. Belajar Nini, suka sangat tangkap gambar. 

Amboi dia kesian kena belajar. Biasalah, nak SPM. Nini tak apa, next year ada.
Kiri : Abang Edy (AddMath pro) - Kanan : Hisyam ^^,

Lepas tu kita makan dulu. Okay?

Otak otak yang baik untuk kecergasan otak. Yuuhooo!


Fokos pada buku Chemistry............
 Okay sekarang baru boleh tengok Laksa Johor. I tambah dua kali okay. Aww, segannya cakap!




Ahh, penatnya harini. Balik malam. Bangun tidur pukul 3 pagi. Niat nak baca buku Chemistry. Harini ada exam. Tapi tengok ni. Apa dah jadi. Update blog pulak. Hadoii. 







Facebook dengan Blog macam syaitan kan hasut kita?


Sunday, October 24, 2010

QUOTES #003

Never mind, I know, I am always, his number one.

END YEAR EXAM

10 SUBJECTS , 22 PAPERS , 12 DAYS


4 DIED. 6 REMAINS. EQUAL TO :
6 SUBJECTS , 14 PAPERS , 8 DAYS


InsyaAllah, aku akan buat yang TERbaik. Tak kesah, bersengkang mata siang dan malam. Aku rela. Aku dah banyak main dah tahun ni, apalah salahnya exam akhir tahun ni berkorban. Struggle habis-habisan. Kan?


Empat subject dah habis. Alhamdulillah, masih boleh di jawab. Next week killer subject. Ahh Nini, bertenang. Jangan gelabah. Okay?


Wish me luck. YEAH.


Dah, bye nak belajar. Esok exam chemistry. Heee.








Btw, Johor FC kalah eh? Aduh. -.-"

Saturday, October 16, 2010

MAGIKA HYPNOTIZE AKU


Serious. Ini patut dipuji. Patut diangkat tinggi-tinggi. Kalau kau tengok cerita ni, memang macam kau pergi tengok teater. Sound effect dia memang macho habis!

Kalau dah KRU, memang tak sah tak ada nyanyi-nyanyi. Nama pun filem musikal kan? Tapi nyanyi-nyanyi dia memang superb wa cakap lu. Buat kau selalu nak cakap
'OMG. Oh mai god'

Sambil bibir kau ternga-nga. Sumpah amazing gila.


Lagi satu, filem ni tak macam Hotel Mania okay? Tolong jangan samakan.

Plot cerita best. Kelakar memang kelakar. Sedih sampai bergenang air mata.

Setiap watak ada peranan. Setiap bab ada pengajaran. 



Jadi, aku menyeru kepada seluruh warga Malaysia. Ayuhlah kita bersama-sama memecahkan panggung dan menonton cerita Magika arahan Edry Halim.


Syiok habisssssss!!!

Thursday, October 14, 2010

GEMURUH

Esok hari Jumaat. Boleh dilabel sebagai hari gelabah gua. Besok gua akan berdrama. HAHA.

Okay for short, sekolah aku ada buat pertandingan drama. Cikgu-cikgu English yang buat. Dramanya adalah bertajuk Gulp & Gasp. Bagi yang tak tahu G&G adalah drama yang akan di pelajari oleh budak-budak form 4 batch 2010.

Memandangkan kami adalah batch pertama yang akan menggunakan Drama tersebut, jadi cikgu telah decide untuk buat pertandingan. Setiap kelas kena hantar wakil.

Watak aku sebagai perempuan buta. Okay. Susah gila jadi buta kau tahu tak. Perasaannya macam kau pura-pura suka orang yang kau benci. Weww.

Selalu aku kena marah dengan kawan-kawan aku, katanya aku kurang emosi. Cikgu aku pulak, kata aku tak macam orang buta. 

Jujur susah jadi buta.

Haih. Apa-apa hal demi kelas yang tercinta aku akan buat yang terbaik untuk esok. Kawan-kawan, sila doakan aku. 

Aku harap esok aku buat yang terbaik. 


Kalah menang adat bertanding. 


Yang penting, bertanding secara sihat.




Kalau kalah pun rasa tak rugi, sebab take part je pun dah dapat hamper. Ooo yeahh!
:D

Sunday, October 10, 2010

ILMU ITU PENTING SAYANG

Dari aku kecil dulu mama abah pesan, belajar baik-baik. Esok besar jadi orang berguna. Banggakan mama abah. Kerja baik-baik. Kahwin dengan orang yang baik-baik.

Dulu aku tak pernah sedar pentingnya ilmu. Bak bahasa remajanya pentol-pentol. Aku belajar untuk aku. Aku nak berjaya. Aku malu kalau tak pandai. Sebab tu aku belajar. Aku malu kalau result aku teruk. Aku belajar. Terpaksa. Semua sebab terpaksa.

Tapi bila dah besar, aku sedar. Ilmu tu penting. Kat mana aku pergi, kalau aku ada ilmu memang akan di look up. Hodoh mana rupa kau, dengan ilmu orang pandang kau. Time tu, baru aku  ubah sebab aku belajar.

Aku belajar untuk masa depan aku. Aku nak hidup senang bila dah besar.

Pakcik aku pernah cakap :
Rasulullah pernah bersabda, nak berjaya di dunia kena ada ilmu. Nak berjaya dekat akhirat pun kena ada ilmu. Ilmu tu penting.

Tengok, memang ilmu tu penting. Penting sangat.

Jadi apa lagi Nini, sekarang grab buku. Ayuh belajar. 

Berhentilah berangan nak kahwin ala-ala Dato Sheikh Muszaphar tuh. Dia angkasawan. Kau engineer je.

Okay, bye bye.

Sunday, October 3, 2010

CONTEST SENYUMAN MANIS #01


Aku tak pernah join mana- mana contest dekat blog, sekali sekala bagilah aku join kan. Jadi ringkasnya, pertandingan ini menggalakan anda mempunyai senyuman yang maneh. Kalau senyuman anda tak maneh, tak boleh join. 

Yang paling penting hadiah. Hee. RM30. $$$$. Apa-apahal korang boleh click sini okay?

Jadi, banyak-banyak gambar yang aku ada, yang nilah yang aku pilih :

Trivia : Aku orang yang paling kanan. Gambar ni di tangkap pada tahun 2009.

Orang yang di tag adalah orang yang ada dalam gambar ni:

RASA MACAM NAK AMIK PMR LAGI


Aku : Susahnya SPM.

Nazihah : Senangkan.

HAHA. Sejak dah masuk menengah atas ni, memang stress betul. SPM setahun lagi. Stress kemain. Rasa macam nak amik PMR lagi je. Setiap tahun amik PMR. Whoah. 

Takpayah susah-susah stress belajar.



Tapi hidup kena-lah ada cabaran. Kalau tak ada, baik tak payah hidup. Tak gitu?

Saturday, October 2, 2010

QUOTES #002

Being strong its not that easy. Put yourself in their shoes. Than you will know how pain it is.

Friday, October 1, 2010

QUOTES #001

I love a guy who didn't entertain girls when they already have girlfriends. It's not because they are arrogant but, they think their girls are better than others.