Wednesday, September 1, 2010

ISU GANYANG MALAYSIA LAGI?

Dari pihak Malaysia, jujur aku kecewa dengan sikap segelintir rakyat Indonesia. Di bulan Ramadhan macam ni, bukan nak buat amal jariah, malah buat masalah.

Apa lagi yang nak diperdebatkan entah. Curi kesenian? Kesenian apa yang mereka maksudkan? Aku kurang faham. Di Malaysia ada orang Jawa. Sama sahaja dia Indonesia. Tak bolehkah kita berkongsi kesenian? Budaya dan culture kita memang hampir sama. Tiada masalah untuk diperdebatkan.

Orang Malaysia dia Indonesia hidup macam tawanan. Orang Indonesia hidup di Malaysia bahagia. Senang. Kami tak kacau. Kami tak halau. Kami tak usik. Kami tak baling dengan batu. Kami tak buat GANYANG INDONESIA. Kami tak lempar bangkai tikus-tikus ke arah mereka.  Kami tak boikot lagu-lagu Indonesia. Kami tak buat semua tu.

Maaf, kami masih punya peri kemanusiaan.

Jadi apa yang sebenarnya anda mahukan daripada kami?

Berperang? Angkat senjata? 

Untuk apa? Berperang bukan mudah. Kau fikir dalam berperang kau sahaja akan meninggal? Kau silap. Anak kau. Isteri kau. Ibu bapa kau. Semua boleh jadi mangsa juga. Semua boleh terbunuh. Akibat sikap rakus kau sendiri. Kau tak takut semua itu?

Kalau kau mahu berbakti kepada negara tidak usah berperang. Berperang juga belum tentu menang atau tidak. Kalau kau tinggi tahap nasionalisme, kau belajar betul-betul. Macam itu cara berbakti pada negara.


Aku seorang perempuan. Berumur 16 tahun. Boleh berpikir sematang ini. Kenapa tidak kau?




ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
1/09/2010 jam 4:03 petang waktu tempatan

1 comment:

  1. akibat terlalu kejar dunia. berebut kesenian pe sume jadah. lupa asal dari bangsa yang sama, dan agama yang sama kebanyakkannya.

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap