Friday, September 17, 2010

AL-FATIHAH

Dalam keseronokan menyambut kemeriahan bulan Syawal, ada juga peristiwa-peristiwa sedih berlaku. Salah satu kawan di facebook aku pergi menghadap ilahi pada 14 September yang lepas. Yang buat aku sedih, bila tengok girlfriend dia (which kawan aku) semacam lost. Aku tahu, mesti berat dia nak terima semua ni. Ya Allah, kau tabahkanlah Nadiha ya Allah.




Berita kedua pula pasal kematian Cikgu Shelly Shelina aku yang baru aku terima petang tadi. Sungguh, aku macam tak percaya. Arwah baik sangat. Aku ni memang pelajar degil dan banyak cakap. Tapi arwah sabar ajar aku. Sampai markah subjek Kemahiran Hidup aku dapat A. 

Arwah pernah belanja aku makan. Mee goreng kantin sekolah. Arwah ajar aku pateri (kerja kursus). Walaupun lepas dah siap pateri, tak berfungsi pun litar aku. Arwah tak pernah marah. Sikit pun. Kalau nak cerita memang banyak. Semua kawan-kawan aku pun tahu, arwah penyabar sangat.


Cikgu, saya rindu cikgu. Macam mana ni? Cikgu baik-baik tau dekat sana. Saya dengan kawan-kawan yang lain mesti akan selalu doakan cikgu. Terima Kasih sebab dah ajar saya yang degil ni. Terima Kasih cikgu. <3 <3 <3

Tapi nak buat macam mana. Dah ajalkan mereka

Aku harap roh kedua-duanya tenang. Ya Allah, kau tempatkanlah mereka bersama-sama dengan ahli firdausi ya Allah. 

Amin.

2 comments:

Beramal ketika bercakap