Monday, September 27, 2010

AKU MEMANG MACAM NI

Pelik, memang pelik. Aku ada banyak masa terluang, ada cerita banyak untuk di tulis tapi bila nak menulis je malas kemain.

Tapi kau tengoklah nanti, masa dua bulan lagi nak SPM (2011) , time tu baru aku gelabah. Hari-hari nak post entry. Time tu memang rajin je. Dahsat.

Memang manusia macam tu kan?

Ada masa di buang-buang. Selalu noh masa membazir masa. Cehhh. Selalu pikir ada masa lagi. Masih sempat. Tak pernah nak muhasabah diri. Hadui. Apa nak jadi?

Aku selalu doa, supaya aku jadi budak rajin. Rajin daripada segala aspek. Tapi ... ... ....


Apakan daya. Bak kata cikgu aku :

Selagi awak tak ada tekanan, selagi itu awak tak akan berusaha.



Ya, bila tulis entry macam ni, rasa berkobar-kobar nak belajar. HUH! Macam nak amik buku je sekarang. Baca. Tapi terdengar orang bisik,

Tahun ni honeymoon Nini. Tahun depan baru belajar.



CIS. KALAU MACAM NI BILA AKU NAK BELAJAR?




Bye aku nak belajar ni. Hmm. Malam ni lah? Malam ni ada tusyen Physics. Boleh belajar dengan Mr. Tan.

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap