Wednesday, September 29, 2010

MOOD


brader macho menyanyikan lagu yang macho bersama video klip yang macho dengan lirik yang macho tambahan eskpresi yang macho memang boleh bikin hati gua melayang.

Cukuplah lima kali macho. Lebih-lebih kang kontroversi.

Dengar lagu ni memang buat gua high. Tak boleh stop. Heee. Harap Kim Bum tak jeles. 

Okay bai.


Monday, September 27, 2010

AKU MEMANG MACAM NI

Pelik, memang pelik. Aku ada banyak masa terluang, ada cerita banyak untuk di tulis tapi bila nak menulis je malas kemain.

Tapi kau tengoklah nanti, masa dua bulan lagi nak SPM (2011) , time tu baru aku gelabah. Hari-hari nak post entry. Time tu memang rajin je. Dahsat.

Memang manusia macam tu kan?

Ada masa di buang-buang. Selalu noh masa membazir masa. Cehhh. Selalu pikir ada masa lagi. Masih sempat. Tak pernah nak muhasabah diri. Hadui. Apa nak jadi?

Aku selalu doa, supaya aku jadi budak rajin. Rajin daripada segala aspek. Tapi ... ... ....


Apakan daya. Bak kata cikgu aku :

Selagi awak tak ada tekanan, selagi itu awak tak akan berusaha.



Ya, bila tulis entry macam ni, rasa berkobar-kobar nak belajar. HUH! Macam nak amik buku je sekarang. Baca. Tapi terdengar orang bisik,

Tahun ni honeymoon Nini. Tahun depan baru belajar.



CIS. KALAU MACAM NI BILA AKU NAK BELAJAR?




Bye aku nak belajar ni. Hmm. Malam ni lah? Malam ni ada tusyen Physics. Boleh belajar dengan Mr. Tan.

Friday, September 17, 2010

AL-FATIHAH

Dalam keseronokan menyambut kemeriahan bulan Syawal, ada juga peristiwa-peristiwa sedih berlaku. Salah satu kawan di facebook aku pergi menghadap ilahi pada 14 September yang lepas. Yang buat aku sedih, bila tengok girlfriend dia (which kawan aku) semacam lost. Aku tahu, mesti berat dia nak terima semua ni. Ya Allah, kau tabahkanlah Nadiha ya Allah.




Berita kedua pula pasal kematian Cikgu Shelly Shelina aku yang baru aku terima petang tadi. Sungguh, aku macam tak percaya. Arwah baik sangat. Aku ni memang pelajar degil dan banyak cakap. Tapi arwah sabar ajar aku. Sampai markah subjek Kemahiran Hidup aku dapat A. 

Arwah pernah belanja aku makan. Mee goreng kantin sekolah. Arwah ajar aku pateri (kerja kursus). Walaupun lepas dah siap pateri, tak berfungsi pun litar aku. Arwah tak pernah marah. Sikit pun. Kalau nak cerita memang banyak. Semua kawan-kawan aku pun tahu, arwah penyabar sangat.


Cikgu, saya rindu cikgu. Macam mana ni? Cikgu baik-baik tau dekat sana. Saya dengan kawan-kawan yang lain mesti akan selalu doakan cikgu. Terima Kasih sebab dah ajar saya yang degil ni. Terima Kasih cikgu. <3 <3 <3

Tapi nak buat macam mana. Dah ajalkan mereka

Aku harap roh kedua-duanya tenang. Ya Allah, kau tempatkanlah mereka bersama-sama dengan ahli firdausi ya Allah. 

Amin.

Wednesday, September 15, 2010

HAPPY EID '01


Untuk semua yang mengenali Ezatul Hani, tak kesahlah daripada myspace, facebook, youtube or blog.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Semoga, pada bulan Syawal ini, kemeriahan akan lebih berganda daripada tahun-tahun sebelumnya.

Amin.

Tuesday, September 7, 2010

Kim Bum


Cik Tembikai, I tak pernah label you gedik, tapi harini terpaksa okay. Sebab I baca blog you, you tulis pasal Kim Bum I. Tak boleh hendel.

Mana boleh you suka Kim Bum I. Cisss. Tak boleh. Simpang malaikat 44 pun tak boleh. Nak nangis lah I macam ni. Hisyhhh!

Hamik kau. Ni pic Kim Bum. Hee, Cik Tembikai, you jangan nak ngada-ngada kopi pes picture ni masuk dalam handphone jadikan wallpaper okay. I jentik you nanti. HAHA

I rasa macam pernah je letak gambar dia dekat entry I yang lain. So, kalau you dah lama follow blog I, mesti you tahu kan I suka Kim Bum kan? Heee. Even I pernah letak gambar dia dekat bahagian hero I, dekat myspace. Gila tau. 



Eh, sejak bila aku gedik ni?

Sobss Sobs
ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
7/09/2010 jam 3:38 petang waktu tempatan


Wednesday, September 1, 2010

ISU GANYANG MALAYSIA LAGI?

Dari pihak Malaysia, jujur aku kecewa dengan sikap segelintir rakyat Indonesia. Di bulan Ramadhan macam ni, bukan nak buat amal jariah, malah buat masalah.

Apa lagi yang nak diperdebatkan entah. Curi kesenian? Kesenian apa yang mereka maksudkan? Aku kurang faham. Di Malaysia ada orang Jawa. Sama sahaja dia Indonesia. Tak bolehkah kita berkongsi kesenian? Budaya dan culture kita memang hampir sama. Tiada masalah untuk diperdebatkan.

Orang Malaysia dia Indonesia hidup macam tawanan. Orang Indonesia hidup di Malaysia bahagia. Senang. Kami tak kacau. Kami tak halau. Kami tak usik. Kami tak baling dengan batu. Kami tak buat GANYANG INDONESIA. Kami tak lempar bangkai tikus-tikus ke arah mereka.  Kami tak boikot lagu-lagu Indonesia. Kami tak buat semua tu.

Maaf, kami masih punya peri kemanusiaan.

Jadi apa yang sebenarnya anda mahukan daripada kami?

Berperang? Angkat senjata? 

Untuk apa? Berperang bukan mudah. Kau fikir dalam berperang kau sahaja akan meninggal? Kau silap. Anak kau. Isteri kau. Ibu bapa kau. Semua boleh jadi mangsa juga. Semua boleh terbunuh. Akibat sikap rakus kau sendiri. Kau tak takut semua itu?

Kalau kau mahu berbakti kepada negara tidak usah berperang. Berperang juga belum tentu menang atau tidak. Kalau kau tinggi tahap nasionalisme, kau belajar betul-betul. Macam itu cara berbakti pada negara.


Aku seorang perempuan. Berumur 16 tahun. Boleh berpikir sematang ini. Kenapa tidak kau?




ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
1/09/2010 jam 4:03 petang waktu tempatan