Sunday, August 29, 2010

WHY HIJAB?



Jujur, banyak perempuan dibutakan kerana fesyen. Bukan kau sahaja, malah aku. Semuanya pun. Satu benda yang semua perempuan mahukan adalah kelihatan cantik. Berusaha jadi cantik, sampai lupa banyak lagi benda yang boleh kita kejarkan. Aku tahu, ramai perempuan ingin bertudung. Pengaruh sekeliling menyebabkan mereka tidak melakukannya.

Si bertudung yang lihat video ini mungkin bangga. Tapi ingat, kita masih belum sempurna.


Si bukan bertudung yang lihat video ini mungkin tersentap. Atau mungkin tutup terus.
Tapi tak apa, mulalah perlahan-perlahan okay?

Cuma, tak semestinya perempuan bertudung tu punya hati yang mulia. Jaga-jaga ya. 



ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
29/08/2010 jam 6:30 petang waktu tempatan


Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Ahh, dah lama rasanya tak layan blog. Aku baru lepas bersahur dan tengok cerita Nur Kasih. Tak pernah aku bosan tengok cerita tu. Best sungguh.

Rasa kekok pula nak tulis entry harini. Hihi. Macam yang semua tahu, harini dah hari ke-5 ramadhan. Jadi ada lagi 25 hari. Jadi, aku harap lagi 25 hari ni, dapatlah aku buat pahala banyak-banyak. Kurangkan dosa banyak-banyak. Amin.

Jadi kepada semua warga blog, jangan tinggal puasa okay! Kalau ya tinggal pun, gantilah.
Saja promote muka. Awuuu

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
15/08/2010 jam 6:21 pagi waktu tempatan

Tuesday, August 3, 2010

KUASA

Seseorang berkuasa sentiasa di look-up. Tak kesahlah dengan cara apa dia dapat kekuasaan tu. Tak kesah macam mana dia menggunakan kuasa dia untuk berkuasa. Tak kesah. Dan pada dia, dialah yang berkuasa daripada yang berkuasa.

Haih. Dia lupa agaknya ada Tuhan. -..-

Contoh pertama. Pepatah customer always right. Kan? Di sini semua dapat lihat, customer adalah orang paling berkuasa. Even lebih berkuasa daripada tauke kedai. 

But how if the customer is totally wrong?

Contoh lain. Pengawas. Seseorang paling berkuasa dekat sekolah. Pelajar biasa yang bermasalah selalu kena condemn. Benda remeh-temeh di perbesarkan. 

Tapi, macam mana kalau pelajar tu betul-betul tak bersalah?

Hanya sebab dendam dia di condemn. 

Hanya sebab dia cantik dia di condemn.

Hanya sebab di kelas belakang dia di condemn dan

Sebab hati kau busuk kau meng-condemn.

Ahh, lupa, bila dengan orang berkuasa, orang bawahan boleh buat apa? Diam tunduk dengan kau je kan?

Tak apa. Hari pembalasan ada. Masa tu, kau kutiplah ya. Satu-satu, apa kau dah buat. Risau aku, tak cukup jari kau nak kutip.


Dengar sini baik-baik (Itu pun kalau kau masih mahu mendengar) :
Aku tahu kau rasa kau cukup bagus. Tapi jangan lupa, kau masih tak sempurna. Jadi, kalau kau complain orang sebegitu-sebegini, ingatlah, kau apa kurangnya. Sama sahaja.

Malah aku rasa kau lebih teruk. Sorry.

Tolong, kau patut sematang umur kau sekarang.





Haih. Sedih aku tengok orang macam kau. Sadis doe! Sungguh.




ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
03/08/2010 jam 10:23 malam waktu tempatan



SALT


Masa tengok trailer dekat youtube rasa berdebar and tak sabar nak tengok. Expetation dengan certita ni tinggi gila. Beranggapan cerita ni akan jadi best-gila-lah-kan. Tapi bila tengok. Rasa apa je. Dari 10 markah aku bagi 5 sahaja. 

Bukan apa, cerita ni sangat clueless. Tak ada mesej. Even aku tak faham jalan cerita tu. 

Cuma yang buat aku kagum, yang buat aku bagi 5 markah, sebab action yang Anglina Jolie buat. Tu je yang best. Yang lain cuma ... ... .... .. . . .  .

Erk.

So, kepada yang berhajat nak tonton cerita ni dia panggung wayang. Serius, batalkan saja hasrat suci itu. 

Okay?


ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
03/08/2010 jam 9:54malam waktu tempatan