Monday, July 12, 2010

Kadang-Kadang

Aku tengok semua bestfriends aku masa sekolah rendah,
Aku tengok diorang berbual-bual dekat facebook,
Jelous sangat. Sebab aku rasa diorang rapat.
Mestilah, kenal daripada darjah satu mana tak rapat.
Nak buat macam mana, masa form one aku dah pindah ke SMK Desa Skudai.

Tapi tak apa, sikitpun aku tak menyesal pindah SMK Desa Skudai.
Lantaklah kalau ada suara-suara busuk nak kata Desa tu kampung.
Sebab
Aku bahagia bila dapat kenal kawan-kawan baru dekat SMK Desa Skudai.
Ketawa sama-sama. Nangis sama-sama.
Sumpah, kenangan aku dekat Desa Skudai memang banyak.

Sampai satu masa, aku nak pindah dekat Universiti 1.
Sekolah tu memang bagus. Sangat. Kan.
Hurmm. Entahlah. Mungkin, hmm mungkin.
Aku sedang bahagia dengan budak-budak kelas 4KJ.
Tapi susahlah nak bahagia macam dekat SMK Desa Skudai.
Kalau nak buat perbandingan memang tak terkira. 
Sebab aku dah rasa perfection dekat Desa Skudai.
Aku dah rasa chemisty.

Tapi tak apa.
Bahagia tu terlalu subjektif.
Dekat mana-mana tempat pun mesti ada bahagia
Dekat mana-mana tempat pun mesti ada derita
Sebab dunia bukan neraka,
Apatah lagi syurga.

Tolong. Tolong. Tolong.
Hargailah apa yang kau ada sekarang.
Takut, 
Esok dah tak ada lagi dah.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
12/07/2010 jam 9:47petang waktu tempatan

1 comment:

  1. bahagia sesuatu yang abstrak :) lepas lalui nya baru kita merasa:)

    ReplyDelete

Beramal ketika bercakap