Tuesday, July 6, 2010

Ini Serious #01

Ya, aku tahu English aku tak bagus. Jadi seboleh-bolehnya aku elakkan menulis dalam Bahasa Inggeris. Malu rasanya bila orang baca blog kita, dengan English yang tah apa-apa.

Tapi kenapa sesetengah orang, suka sangat ya tulis entry dalam Bahasa Inggeris.


Aku tak kesah sangat kalau nak tulis dalam Bahasa Inggeris. Even aku suka baca entry yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Dapatlah aku improvekan  Bahasa Inggeris aku.

Serious, kalau grammar tah apa-apa, buat apa nak belagak tulis Bahasa Inggeris?   

CHOI! Baik kau tulis bahasa yang kau boleh tulis dengan cemerlangnya. At least, semua orang boleh faham. Ni tak, nak jugak tulis Bahasa Inggeris kau tu.

Bukak blog kau bila aku stress memang best. Dapat release tension bila baca English kau yang hebat tu! 

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
06/07/2010 jam 8:35malam waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap