Wednesday, July 28, 2010

Bukan

Bukan tak nak update
Bukan dah lupa blogspot
Bukan malas
Bukan tak ada idea

Cuma, tak ada mood.
Dah penat cari, still tak ada.
Mood berblogging dah tak ada.
Harok nak update entry dah tak ada.
Mana?


Entah, aku pun tak tahu.

Banyak nak tulis
Banyak nak cerita
Tapi setiap kali login
Setiap kali tengok dashboard, rasa mati
Kaku, Sejuk, Gelabah, Gabra

Terus malas nak tulis.


......
.....
....
...
..
.

Bencinya. -..-


Oh ya, aku ada tumblr. Boleh carik sendiri. Macam biasa, guna ID ezatulhani.




ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
28/07/2010 jam 8:08malamwaktu tempatan


Wednesday, July 14, 2010

ECLIPSE


BOSAN.

Aku tak sangga Eclipse sebosan tu.

Aku tak nampak dah cerita Twilight Saga pasal tu vampire. Yang aku nampak, love. Kissing scence makin banyak. 

New moon lagi best aku rasa. Sebab New Moon lagi banyak action. Even sampai sekarang, aku masih bayangkan macam mana masa Jacob lari ke arah Bella dan tiba-tiba dia bertukar jadi wolf coklat. WOW! Aku suka part tu. 

Dalam Eclipse aku suka semua part yang ada Jacob. Cis. Aku tak suka Edward. Bella pun aku tak suka. Apasal dia pilih Edward bukan Jacob? Seriously, aku tak nampak pun Edward seorang yang protective. Jacob is betterkan? Atau aku yang buta tak nampak?

Im gonna fight for you. Until your heart stops beating.
You have to consider the idea that I'm might be better for her than you are.
I'm in love with you Bella. And I want you to pick me instead of him.


Kalau kau dah tengok Twilight mesti kau tahu ayat tu. Kan kan?

photo
Whoop Whoopp! Kacak bukan? <33



ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
14/07/2010 jam 2:47petang waktu tempatan


Monday, July 12, 2010

Kadang-Kadang

Aku tengok semua bestfriends aku masa sekolah rendah,
Aku tengok diorang berbual-bual dekat facebook,
Jelous sangat. Sebab aku rasa diorang rapat.
Mestilah, kenal daripada darjah satu mana tak rapat.
Nak buat macam mana, masa form one aku dah pindah ke SMK Desa Skudai.

Tapi tak apa, sikitpun aku tak menyesal pindah SMK Desa Skudai.
Lantaklah kalau ada suara-suara busuk nak kata Desa tu kampung.
Sebab
Aku bahagia bila dapat kenal kawan-kawan baru dekat SMK Desa Skudai.
Ketawa sama-sama. Nangis sama-sama.
Sumpah, kenangan aku dekat Desa Skudai memang banyak.

Sampai satu masa, aku nak pindah dekat Universiti 1.
Sekolah tu memang bagus. Sangat. Kan.
Hurmm. Entahlah. Mungkin, hmm mungkin.
Aku sedang bahagia dengan budak-budak kelas 4KJ.
Tapi susahlah nak bahagia macam dekat SMK Desa Skudai.
Kalau nak buat perbandingan memang tak terkira. 
Sebab aku dah rasa perfection dekat Desa Skudai.
Aku dah rasa chemisty.

Tapi tak apa.
Bahagia tu terlalu subjektif.
Dekat mana-mana tempat pun mesti ada bahagia
Dekat mana-mana tempat pun mesti ada derita
Sebab dunia bukan neraka,
Apatah lagi syurga.

Tolong. Tolong. Tolong.
Hargailah apa yang kau ada sekarang.
Takut, 
Esok dah tak ada lagi dah.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
12/07/2010 jam 9:47petang waktu tempatan

Sunday, July 11, 2010

Ini Serious #02

Kerajaan nak mansuhkan PMR dengan UPSR?

Oh baguslah. Kenapa tak mansuhkan SPM sekali? Tutup semua sekolah. Budak-budak tak payah belajar. Perempuan duduk rumah tolong mak. Cukup masa kawin. Lelaki tolong bapak tanam jagung.

Lepas ni tak payah ada istilah Universiti or Menara Gading. Semua orang rebutkan benda tu kan? 

Lepas ni aku tak payah takut bila dapat bad result untuk setiap exam. Aku tak payah susah-susah belajar setiap kali exam. Bukan aku je, semua orang pun. Bukan semua orang, termasuk generasi-generasi akan datang semua tak payah belajar.

Kejar degree, master or PhD. Tak payah.

Serious, aku benci orang yang label manusia berdasarkan intelligancy. Mungkin yang ada PhD, Degree dan apa semua memang pandai. Rajin segala bagai. Tapi, tak mustahilkan orang yang tiada certificate macam tu boleh jadi billionare. Macam Bill Gates.

Kesian, orang yang dilahirkan sebagai seseorang yang kurang pandai.
Kesian mereka. 
Aduh..
Kesian manusia.

Haih.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
11/07/2010 jam 4:00petang waktu tempatan

Friday, July 9, 2010

LELAKI VS PEREMPUAN #01


Laki versus perempuan siapa yang bila marah teruk?

Laki dengan perempuan memang lain-lain perangai. Tapi, pada akulah kan, kalau gaduh dengan laki lagi okay daripada bergaduh dengan perempuan.
[Lelaki dan perempuan bukan kekasih ya. Maksud aku kawan.]

Asal?

Lelaki.
Kalau gaduh dengan lelaki, masa dia marah, memang dia hembus. Maki segala. Tapi bila dia dah baik, dah calm, semua benda dia lupa. Boleh jadi kawan macam dulu.

Perempuan.
Kalau gaduh. Semua perempuan akan kata "Okay. Hmm, its fine." Tak pon "Tak apalah wei. Aku dah maafkan kau, benda dah jadikan?" Padahal dalam hati dendam. Bila gaduh lagi, bukak cerita lama, dulu kata okay, tapi pertikaikan lagi. Habis semua bertimpa-timpa. Tunding jari sana sini. At last, putus kawan.

Kan?

-..-

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
09/07/2010 jam 9:06malam waktu tempatan

Wednesday, July 7, 2010

Common Sense #01


Okay. Sejujurnya aku ni, leaking of common sense. Itu antara kelemahan akulah kan. So bila kawan-kawan aku share sesuatu, agak selalu aku akan membalas:

'OHH, eaaa, ye ke? Baru tahu siaaa!'

Memang memalukan. HAHA. Contoh pagi tadi, setelah kekalahan Brasil memang aku agak frustlah nak tengok World Cup. Jadi, biasanya ada apa-apa perlawanan Abah yang bagi tahu result.

Macam biasa dalam kereta Abah dengan aku akan borak-borak pasal World Cup. Abah pon mula cerita :
'Netherlands menang lawan Uruguay. Tiga Dua. Netherlands masuk final. Sekarang tunggu Spain lawan dengan German untuk tahu siapa lagi masuk final.'

Aku dengan poyonya cakaplah
'Belanda dah kalah ke? Yes Yes. Nasib Belanda tak masuk final! Tulah bajek sangat kalahkan Brasil tuari.'

Abah
'Belanda dengan Netherlands tu binatang yang samalah Nini.'


Errrkkk. Eaa? Ye je? -..-

Tak pasal-pasal malu pagi tadi. Cehh.

Kenapa aku tak sokong Belanda? Sebab Belanda pernah jajah Tanah Melayu. So sekarang aku on Germany side! HEHE.

Btw, harini jari jadi Kim Bum gua-lah!
Tekan sini untuk usha gambar Kim Bum gua. HAHA
Oppa Kim Bum, sarang chukka hamida! :P

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
07/07/2010 jam 2:21petang waktu tempatan

Tuesday, July 6, 2010

Ini Serious #01

Ya, aku tahu English aku tak bagus. Jadi seboleh-bolehnya aku elakkan menulis dalam Bahasa Inggeris. Malu rasanya bila orang baca blog kita, dengan English yang tah apa-apa.

Tapi kenapa sesetengah orang, suka sangat ya tulis entry dalam Bahasa Inggeris.


Aku tak kesah sangat kalau nak tulis dalam Bahasa Inggeris. Even aku suka baca entry yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Dapatlah aku improvekan  Bahasa Inggeris aku.

Serious, kalau grammar tah apa-apa, buat apa nak belagak tulis Bahasa Inggeris?   

CHOI! Baik kau tulis bahasa yang kau boleh tulis dengan cemerlangnya. At least, semua orang boleh faham. Ni tak, nak jugak tulis Bahasa Inggeris kau tu.

Bukak blog kau bila aku stress memang best. Dapat release tension bila baca English kau yang hebat tu! 

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
06/07/2010 jam 8:35malam waktu tempatan

Saturday, July 3, 2010

MALAYSIA vs WORLDCUP

Chinese Guy : When will China wins the World Cup?
God : Wait till another 100 years
The Chinese guy cried because he won't able to see it.

Japanese Guy : When will Japan wins the World Cup?
God : Wait till another 200 years
The Japanese guy cried because he also won't able to see it.

Malaysian Guy : When will Malaysia wins the World Cup?




Then the God cried.

HAHAHAHA.

Bukan karya aku ya, karya asal oleh :
Arni Anati (Google dia di facebook)

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
3/07/2010 jam 9:13malam waktu tempatan

RUBBISH

" Wei, jelouslah aku dengan kau ni, kau ni tak belajar pon pandai "

Habis tu, kalau aku cakap aku jeles dengan kau sebab kau cantik macam mana? Tak pandai boleh belajarkan, tak cantik? Macam mana? Choii!

Kau discover dululah apa kelebihan kau. Masing-masing ada kelebihan. Kalau kau nampak ada satu manusia ni perfect, cantik hensem kaya pandai, kau patut kesian dengan budak tu.

Sebab memang sangat mustahil. Mustahil Allah jadikan jalan seseorang itu mudah. Lancar. Tak ada halangan. Kan?

Aku tak suka kenapa orang persoalkan benda-benda yang dah jadi. Aku tak suka tengok orang menyesal. Aku tak suka. Benci. Bazir masa tahu tak? Daripada kau buang masa, baik kau plan masa depan kau. Pedulikan masa lalu kau.

Tapi janganlah sampai kau tak toleh langsung belakang. Lupa asal usul pulakan?

Cuma tolong wei, kalau kau tengok seseorang lebih daripada kau, jangan maki diri kau. Kenapa kau tak macam diorang. Jangan salahkan makbapak korang, kenapa lahir daripada diorang? Jangan salahkan takdir, kenapa korang begitu, kenapa tak begini.

Sebaiknya korang work harder. Ubahlah apa yang kau nak ubah.


It's okay if you born as a poor people but it's hell if you die also as a poor people.
 
BTW, I love this kid dude!
 
ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
3/07/2010 jam 11:31petang waktu tempatan