Monday, June 28, 2010

Brengset

Rebel.

Aku tengok orang sekeliling aku. Diam aku mengeluh. Kenapalah macam ni wei?

Kau ingat, bila kau banyak bake-up kau betullah? Wei, dah salah mengaku jelah kesalahan. Mungkin malu untuk mengaku kesalahan, tapi dosa beb kalau kau tak betulkan apa yg betul. 

Kau ia-kan apa yang salah. Kau nafikan apa yg betul. Orang pandang kau baik. Orang pandang kau mulialah kononnya. Kau tak sedar, lawan kau lagi mulia. 

Kau carik beribu-ribu orang, sokong kau. Lambung kau. Julang kau. Puaskan? Kau pemenang. YEAH. Lawan kau kena maki, kena keji tak ada sesiapa yang nak tolong. Kau senyum lagi, berdekak, puas. Peduli apa jadi dekat lawan kau, asal kau yakin kaulah sang penegak keadilan. Tuihhhh! Hipokrit loe!

Tergedik menyebarkan cerita kononnya si A musnahkan hidup kau. Rosakkan reputasi kau. Jatuhkan karier kau. Wow, habis tu, apa yang kau sedang buat sekarang? Oh, cananglah lagi cerita palsu tu. Ayuh. Bestkan?

Lawan kau diam. Cool sahaja. Bukan mengalah, tapi malas. Malas nak layan kau. Dia pura-pura tak mahu amik peduli. Dia ingat lama-lama benda ni diam. Senyap.

Dia silap. Kau pijak lagi kepala dia. YAHOO! HOORAY. Kau betul-betul dekat bahagian paling atas. Kau manusia tak pernah faham maksud puas. Rakus ya kau kejar nama?

Lawan kau senyum, pelan-pelan dia cakap:
'Tahniah. Kau menang. Aku harap, lepas ini kau akan berubah. Jadilah macam seseorang yang aku pernah kenal. Sungguh, aku teringin nak jadi bestfriend kau lagi, macam dulu.'

Musuh tak semestinya jahat. Musuh sedarkan kekurangan kau. Jujur, aku rela banyak musuh, sekurang-kurangnya aku tahu ada benda pasal aku yg perlu di ubah. Dari kalau ada kawan, berdamping ada alasan. 

Entry hari ini dramatik. Kan?








ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
28/06/2010 jam 6:36petang waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap