Thursday, June 3, 2010

BILA KAU BOLEH PUAS?

Bila ada orang pandai kau kata,
"Dia pandai, bolehlah. Aku ni mana pandai."
Bila ada orang bodoh kau kata,
"Dia dahlah bodoh, belajar malas pula tu!"
Bila ada orang cantik kau kata,
"Dia kaya, kalau aku kaya mesti aku lawa macam dia"
Bila ada orang hodoh kau kata,
"Dia dahlah hodoh, perangai buruk lagi!"

Apa? Tak habis-habis kau nak condemn orang. Bagus mana kau? Hebat mana kau?


*Atas sekadar mukadimah, cerita sebenar di bawah.

Bukan aku nak rendah-rendahkan bangsa Melayu, tapi serious, Melayu busuk hati. Aku pernah ada bestfriends orang cina, diorang sikit pon tak busuk hati.

Masa bulan puasa, budak cina sikit pon tak tunjukkan aku air. Walaupun air hanya masak yang langsung tak buatkan aku terliur. Melayu? Dahlah tak puasa, pastuh makan belakang surau. Apakah?

Aku puasa, budak Cina kesian tengok aku puasa. Diorang tanya. Aku lapar tak. Aku cakap tak apa, aku dah biasa. Then diorang bawakkan aku Twistis. Balut macam hadiah birthday. Diorang kata nanti makan masa buka puasa. Kalau tak Twistis, coklat Cadbury.

Selalu sangat aku dengar. Budak-budak kutuk-kutuk orang Cina, sebab orang cina makan khinzir. Apa ni? Agama diorang dah macam tu, buat apa pertikaikan? Orang Melayu? Tiap-tiap hari buang anak. Kau pernah ke dengar cerita seorang wanita berbangsa Cina di tangkap atas kesalahan menanam anak hidup-hidup?

Budak Cina hormat aku sebagai orang Islam. Tak pernah diorang ajak aku jangan pakai tudung. Tak pernah diorang suruh aku makan benda-benda tak halal. Tapi, cuba kau pegi pub, penuh orang Melayu teguk arak dengan bangganya.


Tak payahlah kita nak cakap itu. Nak cakap ini. Kita jagalah diri kita sendiri. Kalau kita rosak, jangan salahkan orang lain yang mempengaruhi kita. Salahkanlah diri kita, sebab kita yang tak pandai jaga diri sendiri sebenarnya.



ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada

3/06/2010 jam 5:33petang waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap