Thursday, May 6, 2010

hati kita pon pandai tau

Sebenarnya aku letih hari ni. Macam tak larat je nak tulis. Tapi nawaitu dah ada nak tulis. Jadi, aku ketepikanlah penat. Aku betul-betul tak faham, macam mana orang-orang boleh tulis sehari satu entry. Don't you feel tired? Korek idea setiap hari. Tak cukup dengan tu, ada tu, suka buat peng-pos-an entry secara pukal. Sekali post entry, 4-5 kali. WALAO. Cerita kalau best tak apa. Akward.

Berbalik kepada headline. Tajuk utama, hati kita pon pandai tau. Betul. Aku tak tipu. Selalu bahagian hati kita dipersalahkan, 'Kau ni, ikut kan hati dengan perasaan kau sangat!'. Kan kan? Tapi sebenarnya, hati kita taklah selalu sangat suruh kita buat benda buruk.

Contoh, cuba korang try menipu ibu bapa korang tentang sesuatu perkara. Mesti lepas tu korang rasa hati tak tenteram, tak senang. Tak sedap hati laaa. See, its shows hati kita akan protes kalau kita buat benda tak baik.

Tukarlah ayat, 'Kau ni, ikut kan hati dengan perasaan kau sangat!' Lebih manis kalau guna, 'Kau ni, ikut kan nafsu dengan perasaan kau sangat!' Hati kita baik sebenarnya. Dah 16 tahun aku dengan hati ni. Sikit pon dia tak pernah tersilap.

Dulu, IC aku pernah hilang. Sekali dengan duit RM150. Time tu, aku form 3. Pada aku RM150.00 tu banyaklahkan. Bagi budak 15 tahun macam aku. Nak nak ada IC. Tapi sikit pon aku tak rasa takut. Hati aku tak ada bad feeling pon. Esoknya jumpa. Banyak kali pena jadi dekat aku bende macam tu. Biasalah, aku careless.


Cuma sekarang, aku rasa tak sedap hati.




Agak-agak esok kenapa?


ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
6/05/2010 jam 8:16petang waktu tempatan


0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap