Thursday, May 20, 2010

SAINS UNGKAP TEORI JATUH CINTA


Kajian Dari Los Angeles menunjukkan bagaimana bahan kimia dalam otak kita ber-reaksi saat kita jatuh cinta. Semuanya di ulas daripada berdasarkan faktor Sains. Para peneliti menggunakan beberapa kaedah untuk mengukur cinta dan reaksi kimia yang terjadi dalam otak manusia. Seorang ilmuwan New York melakukan scan otak pada pasangan baru. Hasil scan telah mengungkapkan bahwa "Setelah pertemuan pertama, sebuah sistem kompleks di otak diaktifkan"
Ini menemukan bahawa dopamin dilepaskan ketika mereka diminta untuk memikirkan pasangannya masing-masing. Larry J Young, seorang profesor psikiatri menjelaskan bahwa zat yang dihasilkan dalam otak kita adalah sama sewaktu kita sedang melakukan aktiviti yang sangat menyenangkan.
Tapi cerita tidak berhenti sampai di dopamin. Selanjutnya, menurut para peneliti, ada oxytocin dan vasopressin yaitu zat kimia yang mendorong pasangan untuk membentuk ikatan emosional ketika zat tersebut dilepaskan dari otak.
Jangan khawatir jika anda berada dalam hubungan jangka panjang, sebab zat kimia romantis Anda tetap masih kuat. Para peneliti menjelaskan terlibat intimasi dengan pasangan, mendengarkan, dan berempati dengan mereka akan melepaskan lebih banyak hormon ikatan cinta.
Rasanya agak aneh memikirkan hubungan anda dan pasangan sebagai serangkaian reaksi kimia dalam otak kita. Sering kali, cinta dan hubungan disajikan sebagai sesuatu yang sangat komplek dan halus sehingga tidak cukup dijelaskan dengan kata-kata.
Tetapi jika cinta anda berdasarkan nafsu, zat kimia seperti testosterone dan estrogen akan di hasilkan pula.


Menarikan? Aku jumpa entry ni. Dan olah sikit.



ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada

23/05/2010 jam 2:53petang waktu tempatan

Monday, May 17, 2010

LIN DAN






Hello. Aku amik masa yang lama sebenarnya untuk carik gambar LIN DAN. Daripada yahoo ke google. Daripada goolge ke FLIKR. Bukannya apa, gambar LIN DAN kebanyakkannya tak comel untuk di pandang. Gambar semua berpeluh-peluh. Dengan muka tengang tengah smash bulu tangkis. Nasib aku jumpa yang ni. HEE.

LIN DAN MEMANG HEBAT. Pada aku, tak ada sesiapa yang boleh kalahkan LIN DAN. Kalau ada pun, mungkin sebab nasib. DATO' LEE CHONG WEI pun masih tak boleh kalahkan dia. Tebukti dalam THOMAS CUP 2010.

Aku pun pelik. Macam mana dia boleh sehebat tu. Baru-baru ni aku baru sedar. Dia ada keunikan tersendiri yang Taufik Hidayat tak ada. Apatah lagi Chong Wei. Even Sidek Brothers pun tak ada kelebihan ni.






LIN DAN KIDAL.


Ya. Dia kidal. Aku rasa orang kidal unik. Bukan apa, sebab kebiasaanya orang yang kidal menulis, dia tak akan kidal benda-benda lain. Macam aku ,kidal masa menulis je. Kalau main badminton aku masih guna tangan kanan. Jadi pelikkan orang boleh main badminton secara kidal dengan hebatnya.

Cuba lepas ni korang main badminton secara kidal. Mungkin boleh jadi sehebat LIN DAN.

Contengan:
Orang yang kidal berfikir menggunakan otak kanan. Orang yang berfikir menggunakan otak kanan adalah orang yang lebih kreatif.


ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada

17/05/2010 jam 2:12petang waktu tempatan

Wednesday, May 12, 2010

pengaruh facebook

Hello. Sekarang aku bermaharajelela dekat rumah. Bukannya apa, kakak aku yang ke-dua dah pergi matriks. Jadi, laptop ni aku sorang jelah yang guna. Kalau ikutkan, bila-bila je aku boleh online. Yelah, aku dah tak berkongsi laptop dah sekarang.Tapi, masa free tak banyak. Homework banyak. Lagi-lagi mid year nak dekatkan?

Workhard nini, work hard. :)


Okay. Hari Isnin tu hari aku cuti. Nak hantar kakak pergi matriks la konon kan. Bila dah hantar dekat Negeri Sembilan, on the way nak balik, time dalam kereta, kakak aku call aku. Aku dah agak dah dia akan call.

Mestilah dia nak cakap belajar betul-betul. Rajin buat homework. Kan. Bagi semangat sikit dekat adik dia ni. HEHE

Tapikan, aku silap sebenarnya. Sebab apa yang dia cakap lagi. Dia cakap ni;






"Nini, dah sampai rumah nanti onlinekan facebook aku. Haverstkan ladang aku. Then, sekali sekala kau mainkanlah farmville aku."



CHOIII. Ade ke sayang FACEBOOK lebih daripada sayang aku?



ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada

12/05/2010 jam 10:11petang waktu tempatan

Monday, May 10, 2010

BUDAKBUDAK SEKARANG


he nice,
ada nak bantah, anyone?


ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada

10/05/2010 jam 12:14petang waktu tempatan

Thursday, May 6, 2010

hati kita pon pandai tau

Sebenarnya aku letih hari ni. Macam tak larat je nak tulis. Tapi nawaitu dah ada nak tulis. Jadi, aku ketepikanlah penat. Aku betul-betul tak faham, macam mana orang-orang boleh tulis sehari satu entry. Don't you feel tired? Korek idea setiap hari. Tak cukup dengan tu, ada tu, suka buat peng-pos-an entry secara pukal. Sekali post entry, 4-5 kali. WALAO. Cerita kalau best tak apa. Akward.

Berbalik kepada headline. Tajuk utama, hati kita pon pandai tau. Betul. Aku tak tipu. Selalu bahagian hati kita dipersalahkan, 'Kau ni, ikut kan hati dengan perasaan kau sangat!'. Kan kan? Tapi sebenarnya, hati kita taklah selalu sangat suruh kita buat benda buruk.

Contoh, cuba korang try menipu ibu bapa korang tentang sesuatu perkara. Mesti lepas tu korang rasa hati tak tenteram, tak senang. Tak sedap hati laaa. See, its shows hati kita akan protes kalau kita buat benda tak baik.

Tukarlah ayat, 'Kau ni, ikut kan hati dengan perasaan kau sangat!' Lebih manis kalau guna, 'Kau ni, ikut kan nafsu dengan perasaan kau sangat!' Hati kita baik sebenarnya. Dah 16 tahun aku dengan hati ni. Sikit pon dia tak pernah tersilap.

Dulu, IC aku pernah hilang. Sekali dengan duit RM150. Time tu, aku form 3. Pada aku RM150.00 tu banyaklahkan. Bagi budak 15 tahun macam aku. Nak nak ada IC. Tapi sikit pon aku tak rasa takut. Hati aku tak ada bad feeling pon. Esoknya jumpa. Banyak kali pena jadi dekat aku bende macam tu. Biasalah, aku careless.


Cuma sekarang, aku rasa tak sedap hati.




Agak-agak esok kenapa?


ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
6/05/2010 jam 8:16petang waktu tempatan


Saturday, May 1, 2010

SMKTDS


Aku rindu sekolah ni.
Aku rindu kawan kawan aku.
Aku rindu cikgu cikgu aku.
Aku rindu nak makan makanan kantin.
Aku rindu nak belajar bahasa cina dengan kawan aku yang berbangsa cina.
Aku rindu SMKTDS.
Dah bulan lima. Aku masih rindu.
Macam mana lagi 17 bulan?
<33
Ahh, rindu bukan kepalang.


Adakah aku di kira berdosa kalau aku cakap aku bosan dekat SMTUN?
Maaf, terlepas.
:(




Takpe Nini,
Belajar betul-betul. SPM buat terbaik.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
1/05/2010 jam 6:40petang waktu tempatan