Friday, March 26, 2010

Apa ada pada JB?

Hello. JB yang saya maksudkan bukan Johor Bahru. Bukan Jonas Brothers. Tapi JUSTIN BIEBER.

Justin Bieber

Macam yang semua dah tahu, JB, memang di gerami ramai orang. Yelah, umur 16 tahun, muka comel siapa tak suka. Kalau pergi mana-mana, suruh pasang lagu, mesti nak play lagu JB ni. Muak pula aku dengar.

One love
My one heart
My one life for sure
Lemme tell you one time
I'ma tell you one time
And I'ma be your one guy
You'll be my number one girl
Always makin time for you
I'ma tell you one time
I'ma tell you one time


Tapi ramai tak tahu, dia tak hensem sebenarnya

APA MACAM? HENSEM KAWAN?







Agak-agak Justin Bieber dapat berapa A's untuk PMR tahun lepas?



ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
26/03/2010 jam 2:03petang waktu tempatan

Friday, March 5, 2010

malaysia sangat panas

Habis muka aku rentung. Sekarang Malaysia panas gila. Time-time kritikal dari pukul 2petang sampai 4petang. Pergh, time tu, bukak kipas laju-laju pon rasa panas. Dalam rumah, rasa macam dalam gua. Bahang gila.

Dah la Malaysia panas, jiran sebelah rumah aku ni pergi bakar sampah. Walauwei. Dia tak tahu apa Malaysia mengalami fenomena alam La Nina La Nino? Dan di jangka fenomena ni akan berterusan sampai bulan lima. URGHH.
*Siapa tak tahu definisi La Nina La Nino boleh google sendiri.

Kadang-kadang, aku balik sekolah pukul dua lebih, aku rasa otak aku macam dah menggelegak. Fuh. Panas. Then, sampai rumah, pergi sinki, air sinki pon panas. =.=" Mungkin dia terjemur dalam tangki air. Menyebabkan dia panas.

Aku pon decide nak tidurlah. Penat balik sekolah. Jap lagi, tidur sampai berpeluh. Mak aihh. Panasnya Malaysia. Aku rasa macam nak mandi ais je.






Tapikan,
cikgu aku cakap,
NERAKA lagilah panas.


ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
05/03/2010 jam 8:33petangwaktu tempatan