Friday, February 5, 2010

Soalan sederhana panas :)

Di beri oleh makcik comel nama dia AMIRA HANANI. Tapi saya panggil dia NANU. Sesungguhnya ni first time saya jawab tag ni. Sorrylah kalau jawapan tak tepat dengan soalan. Saya cuba jawab baik dan sebaik yang mungkin.

1.Lima perkara tentang anda yang tidak diketahui orang lain
-Saya kidal. YEAH. I'm LEFTHANDED
-Saya tak suka berbual dengan orang yang saya tak rapat. Kenapa? Sebab saya pemalu.
-Hobi baru saya riding horse! WHOOT WHOOT.
-Kalau saya tengah takut or gelabah muka saya akan jadi merah. Bila saya malu, saya akan gelak, gelak dan gelak tanpa berhenti.
-Dari belajar subjek kimia, saya lebih suka belajar sejarah!

2.Dunia internet kegemaran anda . Pamerkan profile anda jika perlu YAHOO MASSANGER. Malas nak print screen.

3.Nyatakan 1 perkara tentang anda yang tidak perasan oleh anda , tapi orang lain perasan anda begitu.
Diorang kata saya cakap laju.

4.Apakah reaksi anda sepanjang menunggu seseorang ?
Menunggu? To be honest saya seorang yang relax. Menunggu bukan perkara yang besar bagi saya. Tapi, kalau dah lama sangat, kadang-kadang saya menunggu sampai lap air mata.
*Kadang-kadang saja, saya takdelah gembeng sangat.

5.Cita-cita anda ?
Jangan tanya saya soalan yang saya tak boleh jawab. Errr..

6.Status anda 5 tahun akan datang ?
16 + 5 = 21 tahun. Status saya bujang/belum berkahwin.

7.Anda mempunyai diari ? jika tidak , bagaimana anda meluah perasaan anda ?
Saya takde diary. Saya biasanya luahkan perasaan dekat myspace, ym atau facebook. BTW, saya tak banyak perasaan yang perlu diluahkan.

8.Anda rasa , anda cantik ?
Macam mana boleh ada soalan macam ni?

9.Anda minat kekayaan atau keserdehanaan ? mengapa ?
Saya tak hipokrit. Saya suka kekayaan. Kenapa? Kalau saya cakap kesederhanaan nanti mesti kawan-kawan cakap saya menipu. Lagi pun, sapa tak suka jadi kaya?

10.Bagaimana anda menilai seseorang ?
Air muka. Saya suka tengok muka orang yang relax dan tenang. Lagi satu senyuman.

11.Tag anda seterusnya ?
Siapa nak ni, amik sahaja. Boleh copy paste. Okay? Takde hal la. Saya tak marah.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
05/2/2010 jam 3:34petang waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap