Monday, February 8, 2010

pertikaian tanpa alasan

Saya menerima banyak aduan mengatakan blog saya lawa. Saya sibuk, turun naik court untuk selesaikan masalah ni. Tapi, hakim tetap menetapkan saya bersalah di atas memiliki templete yang lawa. Peguam yang saya upah dah tidak boleh bercakap apa-apa lagi. Saya redha. Saya pasrah. Saya mengaku kesalahan saya dan saya di denda supaya memberikan sedikit tips untuk penjagaan blog.

Abaikan ayat di atas. Saja menguji tatabahasa.

Hello. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal blog pon. Yang atas tu saja suka-suka. Haaa. Cuma tadi dekat sekolah teruk aku kena bahan dengan kawan-kawan. Kenapa?

Sebab aku ada satu bad habit yang daripada form 3 tak boleh di hilangkan. Ahh. Malunya nak cerita. Okay. Tolong jangan gelak.

Aku kuat nganga. Tahukan nganga? Bukak mulut bagi lalat masuk. Seriously aku buat tanpa aku sedar. Macam hypnotize. Mula-mula aku dah tutup mulut, lama-lama dia tebukak, lama-lama makin besar bila kawan aku tegur baru aku sedar. Erk. Malunya.

Selalunya aku ternganga bila aku tengah fokus buat sesuatu. Biasanya masa belajar. Masa cikgu explain sesuatu. Masa online pon kadang-kadang aku ternganga. Macam sekarang, aku ternganga nihhh. GRR. OKAY. Dah tutup balik dah mulut.

So, ada tips tak nak kurangkan habit tu? Kalah boleh nak hilangkan terus!

*Seriously, i really mean it. Tolong bagi saya tips tersebut dengan segera. TVM.



ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
08/2/2010 jam 10:13malam waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap