Monday, February 22, 2010

answers and questions

Kene jawab dalam bahasa Inggeris. HAHA. Jap aku cuba speaking. Boleh ke tak nih. Lupa, tag ni dari Fatin Nabilah or AKA bebiAPA.

About you :
Spell your name without vowels:
ztlhn
List favorite color?:
green and cream
What are you listening to? :
I am listening to myself, however, its bad, cause I can't hear anything.
Are you happy with your life right now? :
Happy? I've put a lot of efford on it. Honestly, i'm indescribable,
What is your favorite class in school? :
Engineering Drawing <33
When do you start back at school/college? :
Tomorrow. Arghhh.
Are you outgoing? :
Sometimes.
Favorite pair of shoes? :
I don't know. I use all of them. And no one from them is my favorite.
Where do you wish you were right now? :
Sekolah Menengah Taman Desa Skudai's canteen

Can:
Can you dance?:
Of course can't
Can you tie a cherry stem with your mouth? :
I dont think anyone can't do that.
Can you whistle?:
A bit.
Can you walk with your toes curled?
It is so wired so i can't.


DO'S:
Do you believe there is life on other planets?:
Yes i do!
Do you believe in miracles?:
Yes i do!
Do you believe in magic?:
Yes i do!
Do you believe in Satan?:
Yes i do!.-
Do you believe in Santa?:
I am muslim. How could i do that?.
Do you know how to swim?:
I can but i am not pro about that
Do you like roller coasters?:
Thats its so cool!
Do you think you could handle the stuff they eat on those realityshows? :
I don't know

THE HAVES :
Have you ever been on a plane?:
Nope.
Have you ever asked someone out?:
Of course!
Have you ever been asked out by someone? :
Yes, someone.
Have you ever been to the ocean?:
Yeah!
Have you ever painted your nails?:
I don't remember.

THE WHATS
What is the temperature outside?:
Its cold now. I'm shivering
What radio station do you listen to?:
I listen radio in the car only, and usually it was HOTFM
What was the last restaurant you ate at? :
Arked, UTM
What was the last thing you bought?:
Curry-puff at school canteen
What was the last thing on TV you watched?:
I can't remember.

THE WHOS
Who was the last person you took a picture of?:
One of the pony club members
Who was the last person you said I Love You to ? :
I can't remember

Now I wanna Tag ;
Its up to you if u wanna tag urself

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
22/02/2010 jam 10:33petangwaktu tempatan

Friday, February 19, 2010

RED MENYONDOL

Hello. Jangan tiru aksi ini ye. Hari Khamis hari tu aku pegi stable. Dah lama tak pergi stable, rindu sangat dengan Red. Bila dah sampai , aku meluru ke stable Red. Ingat nak main dengan Red.

Tiba-tiba, Red sondol muka aku.

Eywuuuu. Saliva dia melekat dekat muka aku. Geli bukan kepalang. Then budak-budak semua risau if Red bite hidung aku. Tapi memang muka aku dah basah time tu. Nasib aku kawal perasaan. Kalau tak, habis aku pukul Red.

Lepas tu aku terus merajuk dengan Red. Tak nak kawan Red. Lepas ni nak naik Matthew je.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
19/02/2010 jam 6:43petangwaktu tempatan


Tuesday, February 16, 2010

RIP MARTINA

Kuda tu nama dia RED. Perut dia besar, lepas naik dia, mesti terkengkang. Tapi dia tak degil. Dia pandai. Bagus kuda ni. Selalu buat trot dengan dia.

(Bukan sekadar gambar hiasan)

(Bukan sekadar gambar hiasan)

Tepat jam 8:15malam handphone kakak aku bunyi. Ada message daripada Nazihah. Dia tulis:

"Martina dah meninggal.Lepas tu Abang Harith pengsan."

Time tu aku dah terkedu. Gila. Takkan cepat sangat. Aku balas message nazihah:

"OMG! Serious? Then macam mana?"

Nazihah lambat bagi respon. Aku terus call dia. Time tu, air mata bergenang dah. Sedih. Even dia hanya kuda, aku tetap rasa sedih. Tadi aku YM-ing and FACEBOOK-ing dengan budak-budak dekat tempat kejadian masa martina nazak, diorng cakap semua nangis. Abang Haris muka depress. Sampai pengsan lagi.=.=". Ahaa. Abang Harith the gretesttt lahhhhh ! Btw. Jangan pelik kami emosi sebab seekor kuda, kalau kau dah join JPC, baru kau tahu apa yang kitorang rasa.

RIP Martina. JPC love you.

Contengan :
Eleh. Abang Harith mesti tengah gelak-gelak en time baca ni. XD

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
16/02/2010 jam 10:43malam waktu tempatan

Saturday, February 13, 2010

ketaksubaan kekudaan

Hello. Sesungguhnya, aku sangat taksub dengan kuda sekarang. Really, lagilah bila aku dah belajar trot. Whoahhh. Sumpah, suka gila ni. Tadi aku buat trot, aku rasa kurang jadi sangat. Tapi ada la juga rupa-rupa trot tu. Okay la jugakkan daripada tak buat apa-apa.

Since aku new, so aku lack dengan ilmu kuda. Masa kali kedua aku buat trot(harini punya), aku semacam lost. Then kuda tu pun macam memberontak, aku hampir jatuh. Nasib tak jatuhkan? Esok aku nak naik lagi. And nak buat trot yang(kalau boleh) PERFECT.

Aku nak belajar, belajar dan belajar lagi.

Betul, bila sekali kau dah naik kuda, mesti rasa macam nak buat lagi. Ahhh. Coolnya.

Abang Harith(coach) kata, bulan lima ada horse show. Dan dia nak new rider. OMG. Betul-betul aku teruja. Then nak belajar lagi naik kuda. Bestnya kalau dapat terpilih. So, aku akan cuba datang stable selalu, luangkan masa dengan kuda selalu. Even aku dah sunburn.

Ahhh. Bestnya kalau aku dah pakar dalam kuda. Wish me luck dan doakan aku boleh?

Mesti boleh kan? Heeeeeee.



ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
13/02/2010 jam 9:00malam waktu tempatan

Thursday, February 11, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA

WO AI NI. Haaaa. Hello. Bagi aku Chineese New Year membawa maksud cuti selama satu minggu. Lama tu satu minggu. Then homework macam sikit je. YEAH! Tapi 01032010 start ujian penilaian pertama. Grrrr. Malasnya nak baca buku.

Since ni exam pertama aku sebagai seorang pelajar menengah atas, so aku masih cultural shock. Ada sepuluh subject. Rasa berat gila. Lagilah untuk subject killer macam FIZIK, KIMIA and ADD MATH. Potensi untuk gagal tu ada.

Tapi takpe laa, gagal itukan faktor kejayaan. KAN KAN? No worries!

Lagi satu, sekarang saya sangat menggilai lagu IT'S GONNA BE ME nyanyian 'N SYNC. Cubalah dengar. Kan sedap. Heee~

*Sorry, entry kali ini, kurang nilainya.



ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
11/02/2010 jam 7:03malam waktu tempatan

Monday, February 8, 2010

pertikaian tanpa alasan

Saya menerima banyak aduan mengatakan blog saya lawa. Saya sibuk, turun naik court untuk selesaikan masalah ni. Tapi, hakim tetap menetapkan saya bersalah di atas memiliki templete yang lawa. Peguam yang saya upah dah tidak boleh bercakap apa-apa lagi. Saya redha. Saya pasrah. Saya mengaku kesalahan saya dan saya di denda supaya memberikan sedikit tips untuk penjagaan blog.

Abaikan ayat di atas. Saja menguji tatabahasa.

Hello. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal blog pon. Yang atas tu saja suka-suka. Haaa. Cuma tadi dekat sekolah teruk aku kena bahan dengan kawan-kawan. Kenapa?

Sebab aku ada satu bad habit yang daripada form 3 tak boleh di hilangkan. Ahh. Malunya nak cerita. Okay. Tolong jangan gelak.

Aku kuat nganga. Tahukan nganga? Bukak mulut bagi lalat masuk. Seriously aku buat tanpa aku sedar. Macam hypnotize. Mula-mula aku dah tutup mulut, lama-lama dia tebukak, lama-lama makin besar bila kawan aku tegur baru aku sedar. Erk. Malunya.

Selalunya aku ternganga bila aku tengah fokus buat sesuatu. Biasanya masa belajar. Masa cikgu explain sesuatu. Masa online pon kadang-kadang aku ternganga. Macam sekarang, aku ternganga nihhh. GRR. OKAY. Dah tutup balik dah mulut.

So, ada tips tak nak kurangkan habit tu? Kalah boleh nak hilangkan terus!

*Seriously, i really mean it. Tolong bagi saya tips tersebut dengan segera. TVM.



ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
08/2/2010 jam 10:13malam waktu tempatan

Friday, February 5, 2010

Soalan sederhana panas :)

Di beri oleh makcik comel nama dia AMIRA HANANI. Tapi saya panggil dia NANU. Sesungguhnya ni first time saya jawab tag ni. Sorrylah kalau jawapan tak tepat dengan soalan. Saya cuba jawab baik dan sebaik yang mungkin.

1.Lima perkara tentang anda yang tidak diketahui orang lain
-Saya kidal. YEAH. I'm LEFTHANDED
-Saya tak suka berbual dengan orang yang saya tak rapat. Kenapa? Sebab saya pemalu.
-Hobi baru saya riding horse! WHOOT WHOOT.
-Kalau saya tengah takut or gelabah muka saya akan jadi merah. Bila saya malu, saya akan gelak, gelak dan gelak tanpa berhenti.
-Dari belajar subjek kimia, saya lebih suka belajar sejarah!

2.Dunia internet kegemaran anda . Pamerkan profile anda jika perlu YAHOO MASSANGER. Malas nak print screen.

3.Nyatakan 1 perkara tentang anda yang tidak perasan oleh anda , tapi orang lain perasan anda begitu.
Diorang kata saya cakap laju.

4.Apakah reaksi anda sepanjang menunggu seseorang ?
Menunggu? To be honest saya seorang yang relax. Menunggu bukan perkara yang besar bagi saya. Tapi, kalau dah lama sangat, kadang-kadang saya menunggu sampai lap air mata.
*Kadang-kadang saja, saya takdelah gembeng sangat.

5.Cita-cita anda ?
Jangan tanya saya soalan yang saya tak boleh jawab. Errr..

6.Status anda 5 tahun akan datang ?
16 + 5 = 21 tahun. Status saya bujang/belum berkahwin.

7.Anda mempunyai diari ? jika tidak , bagaimana anda meluah perasaan anda ?
Saya takde diary. Saya biasanya luahkan perasaan dekat myspace, ym atau facebook. BTW, saya tak banyak perasaan yang perlu diluahkan.

8.Anda rasa , anda cantik ?
Macam mana boleh ada soalan macam ni?

9.Anda minat kekayaan atau keserdehanaan ? mengapa ?
Saya tak hipokrit. Saya suka kekayaan. Kenapa? Kalau saya cakap kesederhanaan nanti mesti kawan-kawan cakap saya menipu. Lagi pun, sapa tak suka jadi kaya?

10.Bagaimana anda menilai seseorang ?
Air muka. Saya suka tengok muka orang yang relax dan tenang. Lagi satu senyuman.

11.Tag anda seterusnya ?
Siapa nak ni, amik sahaja. Boleh copy paste. Okay? Takde hal la. Saya tak marah.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
05/2/2010 jam 3:34petang waktu tempatan