Saturday, January 2, 2010

rahsia dah terbongkar!

Haah. Akhirnya rahsia dah terbongkar. Aku akan pindah sekolah. Bersama - sama dengan Nazihah. Sebelum tu, lupa nak cakap HELLO. Ramai yang tanya kenapa? Asal? Why? Sebab sekolah yang aku pindah ni, lagi jauh dari rumah aku. Dan ramai juga yang buat andaian yang aku dah tak sayang lagi sekolah lama. Aku nak cari member aku baru. Aku dah tak nak kawan dengan member sekarang. AHHHH. Macam - macam lagi.

Sejujurnya, aku sayang sekolah DESA SKUDAI. Sangat - sangat. Aku sayang kawan - kawan aku, cikgu - cikgu aku, senior dan junior aku, pakcik dan makcik kantin, guard sekolah, tukang kebun, makcik cleaner, kerani sekolah . YA ALLAH, semua aku sayang.

Dekat sekolah ni jugalah aku belajar macam - macam. Aku belajar berada di atas. Aku belajar berada di bawah. Aku belajar hidup sorang - sorang. Aku belajar hidup beramai - ramai. Menangis, ketawa, gembira, bahagia, sedih ahhhh. Memang pelbagai - bagai. Bagi aku, value of friendship memang yang paling banyak aku belajar.

Aku tak suka memilih. Sebab aku memang tak tahu nak memilih. Antara masa depan atau kawan - kawan. Bila aku pikir balik, kawan - kawan pon masa depan aku jugak. Berada di sekolah yang lebih baik, mungkin buatkan masa depan aku lebih cerah.

Statement ini bukan aku nak cakap sekolah DESA SKUDAI tak bagus. Tapi kadang - kadang kita kena cari yang lebih baguskan?

Jadi, kepada semua budak - budak DESA SKUDAI, sorry. Dah nak naik sekolah baru aku cakap nak pindah. Sorry. Lisdah, jaga Raihan tau dekat sana. Zul belajar baik - baik, nanti mintak cikgu ajar kalau tak faham soalan math. Jangan meniru lagi tau. Raihan, jangan lupa aku tau. Aku mesti tak lupakan kau. Lagi la, cara kau nganjeng semua. HEHE.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
2/1/2010 jam 11:22 pagi waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap