Friday, January 22, 2010

lagi cerita sekolah baru =.=

Hello. Sebenarnya, aku sangat baik di sekolah baru. Bukan atas dasar rela, tapi seakan-akan terpaksa. Aku budak baru, jadi aku rasa pengawas dekat sana macam suka carik salah aku. Sampai aku rasa extreamly depress!

Bila ada spot check. Aku jadi gelabah. Even aku tahu aku tak buat apa-apa salah. Sebab mungkin aku macam cultural shock. Aku tak biasa lagi dengan keadaan sekolah ni.

Aku ingat lagi, aku kena marah dengan seorang pengawas ni (malas nak sebut nama), sebab aku makan dekat pondok masa rehat. Seriously, aku tak tahu tak boleh makan dekat situ. Padahal aku cuma makan roti je.

Kalau sekolah lama, kantin dia besar sangat. Sampai banyak meja kosong masa rehat. Bila dekat sekolah baru, pelajar dia ramai, kalau lambat beli makanan, memang kene makan berdiri. Kalau dulu, aku rehat sampai 6-8 orang. Makan nasi dengan ayam. Tak pon mee dengan ayam. Sekarang tiap - tiap hari aku makan roti. Dah tu aku rehat berdua je. Bukan nak kata apa, sunyi hanya tuhan yang tahu.

Bayangkan, makan roti dekat kantin yang sesak. Sambil berdiri. Dua orang je. Kau tengok orang lain semua buat bising. Ketawa.

Bila pikir - pikir balik, aku rindu dengan suasana sekolah lama. Rindu nak makan dengan bestfriend dekat sekolah lama.

Masa dekat sekolah lama, aku paling tak suka masa belajar. Bila dah dekat sekolah baru jadi terbalik. Aku lebih suka masa belajar daripada masa rehat.

Kalau dalam kelas, masa tengah belajar, teringat kawan lama. Memang sedih gila.
...
...
...
..


Sorry. Bukan aku tak nak sambung. Malas, Nanti aku nangis.

SERIOUSLY, AKU RINDU KORANG =,="

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
22/1/2010 jam 6:53 petang waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap